❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 10❦︎

2.6K 197 3
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

DUDUKNYA dibetulkan dengan posisi yang lebih menyelesakan. Fon dia ditetapkan kepada mode penerbangan. Ya, telefon. Sempat Sophia beli telefon baru semalam. Cuma dia tidak sempat dapatkan semula nombor kenalan dia. 

Nanti-nanti sajalah dia backup data di whatsapp tu. 

"You're going to love it, Sophia. You akan perform dekat orang terkemuka in France tau, bukan main-main." 

Sophia tersenyum. Ini akan jadi kali pertama dia jejakkan kaki ke bumi Perancis ini lagi setelah kejadian hitam dahulu. 

Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Biarlah apa yang sudah berlaku dahulu. Sekarang ini dia datang Paris dengan niat baik, bukan mahu menyusahkan dirinya lagi. 

Sophia hanya menyandarkan kepalanya di kepala kerusi. Matanya dipejamkan, ingin merehatkan diri sebelum dia bakal membuat persembahan. 

Buat kesekian kalinya, 

TAJAM matanya merenung skrin telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAJAM matanya merenung skrin telefon. Atau lebih tepat lagi, merenung mesej dia dan Sophia. Semalam dia sudah mesej gadis itu yang dia tidak dapat hadir, siap ada emoji sedih minta maaf lagi. 

Namun mesej dia hanya 1 tick. Raykal menggigit bibir bawahnya. 

"Apa jadi dengan budak ni? Balas lah mesej aku, Rose." ikutkan gilanya, sudah lama dia naik jet dia dan terbang kembali ke Malaysia. Bumi Perancis ini memang cantik, namun tidak cantik kalau Sophia tiada dengan Raykal. 

"Hoi." Adha menyenggol bahu Raykal, menyebabkan perhatian lelaki itu teralih padanya. 

"Berangan apa?" 

Raykal memandang telefon dia seketika. Kemudian dia menggeleng. 

"Nothing. Semua dah ready?" soalnya pada Adha, sekaligus kepada semua yang memakai earpiece. Ada yang berada dalam kereta seperti dia, ada yang sudah menjaga dari jarak jauh. 

Mendapat balasan sedia daripada anak-anak buahnya, Raykal memulakan langkah. Pintu kereta dibuka. Serta merta anak-anak buahnya mengambil posisi masing-masing. 

Raykal mengetuai di hadapan manakala Adha setia di sebelahnya. Mereka buat satu posisi mengepung rumah kecil yang sudah lama ditinggalkan gampangnya. 

Raykal mengisyaratkan orang-orang di belakangnya untuk berhenti seketika. Dapat dia lihat ada dua pengawal yang menjaga pintu utama. 

"Dua lagi pengawal ada dekat pintu belakang."  Harriz yang menjaga dari atas memberi info sambil memerhatikan dua orang pengawal yang membuat kerja sambil lewa menerusi scope 8 dia. 

"Hm. In count of three, aku tahu yang belakang tu dah tidur." Raykal bersedia ingin marik picu. 

"Alright.

Seperti arahan Raykal, dalam kiraan tiga laju sahaja mereka berdua menekan picu senjata masing-masing. Hanya bunyi kecil pengawal terjatuh sahaja dapat didengari oleh kerana mereka berdua memakai silencer. 

"All clear." 

Raykal mula bergerak mendekati pintu utama. Adha yang berada di belakang turut ikut dalam masa yang sama, mengawasi keadaan sekeliling. 

Pintu dibuka. Pelik, mudahnya mereka membuka pintu. Tak perlu beri arahan, anak buah dia sudah bijak memasuki setiap bilik terlebih dahulu secara berkumpulan. 

Raykal mendekati sebuah pintu. Dia mengisyaratkan Adha yang dia mahu masuk bilik itu. Lelaki itu mengangguk. Pistol diacukan ke hadapan. 

Dush! 

Pintu ditendang kuat, menyebabkannya terkuak besar. Adha segera masuk terlebih dahulu dan memandang kiri dan kanan. Diikuti dengan Raykal. 

"Abang.." 

Mata Raykal tertancap pada sekujur tubuh wanita yang di ikat pada kerusi. Satu helaan nafas terbit di mulutnya. Raykal mendekati Aiveen. Dia menunduk. Aiveen tersenyum lega apabila Raykal datang menyelamatkan dia.

"Kau bukak tali dekat dia."

"Baik"

Senyuman Aiveen pudar apabila Raykal mengarahkann Adha untuk menolong dia. Sebaliknya, Raykal menunduk untuk mengambil sepucuk surat yang diletakkan betul-betul di hadapan Aiveen. 

Mati-mati gadis itu fikirkan yang dia akan membantunya. Aiveen menjeling dalam diam. Adha yang dapat menangkap jelingan gadis itu hanya mampu menyembunyikan tawa. 

Raykal membuka surat itu dengan dahi yang berkerut. Adha memerhatikan gelagat bos dia itu. Tiba-tiba sahaja wajah Raykal berubah tegang. Rahang lelaki itu bergerak-gerak, urat hijau mula timbul di leher Raykal. 

Pandangan matanya mula berubah gelap. Aiveen tertelan air liur melihat sepupunya. 

"Abang-"

"Aku tak peduli siapa lagi kena culik. Kita.balik.sekarang." usai memberi arahan, Raykal melemparkan surat itu dengan rasa marah. Dia nak main sangat kan, jom main. 

Adha cepat-cepat mengambil surat itu semula, ingin tahu apa yang telah menaikkan baran Raykal. Terangkat keningnya melihat gambar Sophia bersama Raykal dengan satu mesej di bawahnya. 

She is very pretty indeed. I wonder what would happen if i touch that pretty face of hers?

-J

Sebuah huruf itu sahaja, Adha sudah dapat agak. Siapa lagi kalau bukan Jayden Kai. Namun Adha lebih berminat dengan bagaimana Raykal bereaksi setelah dapat surat sebegini. 

Dan dia sudah faham. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now