❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 40❦︎

1.4K 111 8
                                    

   𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

   𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bzz bzz!

Masuk hari ini sahaja sudah 80 kali telefon dia bergetar minta diangkat. Namun sengaja Sophia buat tak endah.

Hati dia masih sakit dengan kejadian malam semalam. Dia ditinggalkan macam patung tanpa sebarang khabar berita.

Dia faham lelaki itu ada kecemasan dan kalau boleh dia mahu bertindak matang dan angkat telefon itu. Namun entah mengapa, terasa seperti sakit sahaja hatinya.

Bzz! Bzz!

“Ish bising lah." telefonnya dimatikan terus. Lantak lah kalau perangai seperti budak-budak sekalipun. Raykal sendiri yang suka memanggil dia 'budak'.

“Lagi baik aku kemas rumah daripada layan mamat ni." Sophia bangun dari duduknya.

Dia mahu sibukkan diri sendiri. Bulu pembersih habuk diambil. Sophia panjat atas kerusi untuk membersihkan habuk yang terdapat di atas almari.

Memang idea gila dia mahu kemas rumah waktu malam. Tapi apa peduli, esok cuti. Tidur lambat pun tidak mengapa.

“Lama jugak aku dah tak kemas. Agaknya berhabuk teruk atas ni" tepat sangkaan dia apabila melihat segala jenis sarang labah labah di atas almarinya.

Sophia geleng kepala perlahan “Nasib kau lah" siapa suruh sibuk sangat sampai tak ada masa nak bersihkan habuk ini?

Kotak dan beg pakaian yang berada di atas almari dialihkan terlebih dahulu sebelum dia mahu bersihkan habuk.

Satu persatu kotak diturunkan ke bawah, sehinggalah beg yang terakhir. Perlahan-lahan Sophia menurunkan beg tersebut.

“Ah!"

Malang pula nasibnya apabila dia tersalah pegang beg itu dan isi dalam beg itu terkeluar. Habis bersepah barang di dalamnya.

“Aduh" dia bercekak pinggang seketika sebelum badan dibongkokkan untuk mengambil semula barang-barang itu.

Nanti kalau bersepah, dia juga yang tersalah pijak. “Hish ni semua salah Raykal" entah di mana silap lelaki itu, tapi beg dia jatuh pun salah Raykal.

Sophia mengambil kertas yang terkeluar itu. Lumrah manusia kalau pegang barang, mesti nak tengok. Berkerut dahi Sophia membaca kertas itu.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now