𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
MEJA yang baru ditinggalkan oleh pelanggan mereka di lap dengan penuh cermat, memastikan tiada kesan kotor yang tertinggal lagi.Sophia mengeluh perlahan. Dalam kafe sudah ada pendingin hawa pun dia tetap rasa letih. Mana tak nya kalau dia sepatutnya kerja shif pagi sahaja, namun perlu ganti sehingga malam kerana kekurangan staff.
Minggu ini ada 5 orang pekerja yang tidak dapat bekerja kerana hal tertentu. Gila betul. Tapi dia punya kerja lebih itu memang dapat bonus lah nanti, beserta cuti.
"Sophia" suara seorang wanita dari belakang menghentikan kerja Sophia.
"Oh my God miss!" teruja dia melihat Linda di belakangnya. Lantas tubuh itu dipeluk.
"Datang tak cakap kenapa?"
"Well surprise! Hahaha"
Teruja Sophia melihat Linda ada di sini. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Linda memandangkan dia sendiri sudah berhenti menari.
"Sophia sampai hati you tak tanya khabar I langsung. Sejak berhenti kelas I, terus hilang eh." Linda duduk di kerusi dengan selamba.
Sophia memandang sekeliling sebentar. Tidak ada ramai pelanggan pada waktu malam, jadi kalau dia duduk sebentar pun tiada masalah.
"Ala miss. I busy, and you pun sama kan? I dengar korang ada show dekat luar negara lagi, so it must be busy."
Sudah beberapa bulan jugalah dia dengar yang mereka sedang bertungkus lumus menyediakan diri untuk persembahan yang kali ini. Betul-betul besar persembahannya.
Dan dalam beberapa bulan itu jugalah Sophia menjadi teman wanita 'tidak rasmi' Raykal. Haih, dua dua dah jelas memang sayang masing-masing tapi dua dua tak pernah bincangkan pun tentang hubungan mereka.
"Well yes. Kitaorang dah prepare lama about this show and I'm so excited. Cuba teka dekat mana kitaorang buat show kalini?"
"China?"
"Paris again!" Linda menepuk tangan sendirian. Nampak gaya memang betul-betul teruja.
Sophia mengerutkan dahinya "Paris again? What's so special about this one?"
Linda diam seketika, cuba menyusun ayat. "Well ingat tak 5 months ago, you buat your last performance dekat Paris? It was epic but this one, dia jauh lebih gempak dari the last time!"
Sophia tersenyum mendengar penjelasan Linda. Kira betul gempak kalau dah lagi gempak dari dulu. Faham dok?
"Serious lah? Dulu pun dah cukup hebat."
"I know right?! Dia punya organiser buat this one betul-betul epic and sweet."
"Sweet?"
Linda tersenyum senget. Dia pandang sekeliling sebentar sebelum mendekatkan diri kepada Sophia. Gadis itu hanya memandang dengan pelik.
"I heard that he made this show at the same place, same date and time each year. Ada beberapa orang dari France kata yang lelaki tu memang buat semua ni for someone special. And he only buat pertunjukan ballet, which I guess it means something to him or that special one."
Sophia tersentak. Entah mengapa, mindanya serta merta menangkap imej lelaki misteri di Perancis tempoh hari. Lelaki bermata biru yang sering menghantar bunga ros kepada dia sepanjang 5 bulan.
Riak wajahnya dikawal. Wajah Linda yang tidak tahu apa-apa dipandang.
"Organiser dia...orang yang sama ke dengan organiser majlis yang my last performance tu?" perlahan sahaja dia bertanya.
Linda geleng kepala "What? No. Organiser lama tu dia muda lagi. Yang this one dia dah tua." balasnya jujur.
Bahu Sophia jatuh sedikit. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia harapkan namun terjentik rasa hampa dalam diri. Mungkin dia terlalu penat dengan kerjanya.
"Oh.." hanya itu yang keluar dari mulutnya. Sekarang dia tidak tahu mahu kata apa.
Linda memegang tangan Sophia. Wajahnya kembali teruja. "Okay Sophia! I know you've been busy, but I rindu sangat you and I nak spend time dengan you macam dulu. So.."
Ayat Linda tergantung sebentar. Sophia mengangkat sebelah keningnya tanda tanya.
"..so I nak ajak you pergi tengok show tu next week."
Sophia sedikit terkejut. Ye lah, sudah lama dia tidak diajak pergi mana-mana tup tup ajak ke luar negara terus.
"What? Hahaha you nak I ikut you tengok show tu? For what?"
Linda berdecit halus. Lengan Sophia ditampar lembut. "Amboi boleh tanya for what eh? Sebelum ni you okay je ikut I gi mana-mana, sekarang ni terus tak nak eh?"
Sophia tahan senyum "Eh I tak kata tak nak, cuma for what? Ye la kalau ada penari sebagus I, tak apa lah jugak."
"Amboi Sophia ni kalau diaorang dengar ni!"
Terhambur tawa Sophia mendengar suara Linda sudah naik sedikit. Dah nyaring dah tu.
"Hahaha okay okay I gurau je. Diaorang bagus,"
Linda menjeling tajam namun dia pun perlahan-lahan tersenyum. "Eleh. So you nak pergi ke tak? I don't take no as answer!"
Sophia membuat riak wajah ala ala terkejut "Wah jadi saya kena terima seadanya je lah ni?"
"Ya!"
Tertawa Sophia melihat wajah serius Linda tapi hujung bibir dah bergetar. Nampak sangat tahan senyum. Akhirnya disebabkan tawa kuat gadis itu, Linda juga tergelak.
AIVEEN mengeluh kasar. Jam tangan dikerling. Sudah 1 jam lebih berlalu sejak dia duduk di kedai ini namun gerangan yang ditunggu-tunggu tidak muncul juga.
"Hish dah sejam lebih dah dia sidai aku dekat sini. Memang tak reti nak datang ke?" telefon dikeluarkan dari beg tangan.
Nombor seseorang di dail lalu laju sahaja dia melekapkan telefon di telinga. Hampir 5 kali cubaan membuat panggilan, barulah panggilan dia berangkat.
"Taqif you tak reti nak datang sini ke? You promised that you would be here!" naik sedikit suara dia walaupun dalam tempat awam.
Namun dia peduli apa.
"Emm the heck?" dengan suara serak basahnya sahaja sudah mampu buatkan Aiveen menjeling geram. Sah lelaki ini memang baru bangun tidur lah jawabnya.
"...oh shit, Aiveen I terlupa!"
Aiveen geleng perlahan. Nafas dihela kasar "K never mind lah. You sambung je tidur you, jangan bangun terus. I wanna go home."
Tanpa menunggu balasan si dia yang di hujung talian, Aiveen mematikkan panggilan. Beg tangannya diambil lalu langkah di bawa ke arah keluar. Tunggu lama lama pun buat sakit otak dia sahaja.
"Aiveen,"
Entah dari mana munculnya suara itu, automatik badan Aiveen pusing melihat belakang.
Buk!
Malang nasib dia, baru sahaja pusing dia sudah terasa sakit apabila belakang kepalanya dipukul. Ada cecair yang mengalir namun dia tidak mampu hendak menjerit apabila dunianya berubah kelam.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...