𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
"ABANG!" terdorong ke belakang badan Raykal apabila badannya dipeluk secara tiba-tiba. Sophia yang berada di belakang lelaki itu mengerutkan dahinya apabila ada seorang perempuan memeluk Raykal depan matanya.
'Adik dia ke?' getus hati Sophia.
"Abang Raykal pergi mana? Sampai hati tinggalkan Aiveen lama-lama tunggu abang. Aiveen dah lah takut." Aiveen memuncungkan bibirnya ke depan, konon merajuk.
Raykal berdecit perlahan. Dia memandang Harriz yang berada di belakang Aiveen. Cukup dengan pandangan mata Raykal, Harriz sudah dapat tangkap. Lelaki itu seolah-olah tanya, 'Apa perempuan ni buat dekat rumah aku?'
Harriz sengih bersalah. Bahunya diangkat.
"Nanti kita bercakap. Aku penat ni." Raykal menolak perlahan badan Aiveen, ingin memberi laluan untuk Sophia masuk.
"Who is this?" soalan Aiveen sambil memandang Sophia atas bawah.
"Oh yeah. Well Sophia, this is Aiveen my cousin. And Aiveen, this is Sophia."
Sophia hanya mendiamkan diri ketika Raykal memperkenalkan mereka. Sepupu? Kiranya mereka bukan mahram juga lah. Ah tak payah tengok orang, tengok diri kau tu sendiri Sophia! Tapi dia cemburu jugalah mengenangkan semula cara Aiveen peluk Raykal. Sikit je tak banyak pun.
Lagi-lagi apabila lelaki itu tidak menolak Aiveen. Entah apa Sophia fikir dalam kepala otak dia sampaikan cara Aiveen memandang dia pun dia tak sedar.
"Kenapa abang bawak dia datang sini? Dia tak ada rumah ke?" okay tapi itu melampau. Terus Sophia memandang Aiveen. Sebelah kening dia diangkat seolah-olah mencabar perempan itu untuk ulang balik apa dia cakap.
Raykal mengeluh.
"No but because I want her to be here. With me!" terus pergelangan tangan Sophia disambar olehnya lalu dibawa gadis itu pergi dari situ. Atau lebih tepat, pergi dari Aiveen.
Raykal memberi isyarat mata pada Harriz dan Adha untuk uruskan Aiveen itu. Sophia masih lagi mendiamkan diri. Sehinggalah mereka memasuki perut lif, baru lah dia buka mulut.
"Sepupu awak tu, suka awak ke? Nampak lain macam je." soalnya polos. Raykal yang sedang membuka tali lehernya tersenyum senget sebelum menoleh ke arah Sophia.
"Rose..kau jealous ke dia peluk aku?"
Laju Sophia menggeleng. Mana ada cemburu! Cuma tak suka sikit je tengok. Sikit je tak banyak pun. Raykal tergelak melihat reaksi Sophia.
Tanpa amaran, dia menolak tubuh gadis itu ke dinding lif. Belakang kepala Sophia dipegang agar kepala gadis itu tidak sakit kena dinding. Badannya dirapatkan sehingga tiada satu inci pun jarak antara mereka.
Sophia terkaku. Tindakan Raykal buatkan dia rasa tak boleh nak bernafas walaupun jantung dia sudah berkerja laju. Deru nafas lelaki itu dapat dirasakan menampar kulitnya. Raykal tergelak kecil melihat reaksi gadis itu.
Hilang segala rasa penat dia tadi. Rambut Sophia yang terjuntai disisipkan belakang telinga Sophia. Jari jemari kasarnya mengusap lembut pipi mulut Sophia.
"Don't be jealous, Rose. Sebab aku tak akan pujuk. I would just hug you, tightly and kiss you passionately until you understand that I.Am.Yours"
Serentak dengan itu, pintu lif terbuka. Raykal mencuit dagu Sophia.
"And you are mine."
Dia menjarakkan kembali tubuh mereka. Dia tahu kalau dia tak beralih memang tak bernafas lah budak itu jawabnya.
Memang betul sangkaannya, sebaik sahaja dia menjauh Sophia menghela nafas panjang. Tergelak dia. Terus Raykal menarik tangan Sophia keluar dari perut lif. Macam biasa, Sophia jadi patung dan hanya ikut Raykal.
Namun itu tidak menghalang mata dia untuk memandang seisi rumah itu dari tingkat 4, tingkat atas sekali. Semuanya nampak sangat luas. Namun terasa kosong.
"Rumah ni, rumah awak ke?" soalnya polos. Dia masih belum hilang ingatan. Pertama kali dia pergi rumah Raykal, bukan rumah ini. Rumah itu jauh lebih cantik dan besar.
"Ya, Rose. Rumah aku jugak."
"Habis rumah yang lagi satu tu?"
"Rumah tu rumah pertama yang aku beli dari hasil titik peluh sendiri. This, it's just family heirloom. Rumah yang first tu lagi istimewa bagi aku. Sebab tu aku tak suka bagi orang masuk." sepupu dia sekali pun tak pernah masuk rumah itu.
Sophia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jadi lelaki itu nampak dia macam monyet ke apa? Sewaktu dia pengsan itu, tahu-tahu saja dah ada dalam rumah itu. Raykal yang seolah faham dengan riak wajah Sophia tergelak.
"You, my Rose. You're special." malas dia mahu terangkan apa dia rasa ketika Sophia pengsan. Biarlah gadis itu sendiri yang faham.
Jujur, sewaktu Sophia pengsan dulu rasa macam nak pengsan juga dia. Tak berfikir lama, terus dia bawa Sophia pulang ke rumahnya. Soalan anak-anak buah dia juga dibiarkan tidak berjawab atau cuma balas 'sebab rumah ni paling dekat.'
Sebenarnya kerana rumah itu paling selamat. Dan...dia tidak pernah membunuh sesiapa dalam rumah itu. Senang kata rumah itu suci lagi dan dia mahu Sophia duduk di situ dan bukannya rumah yang telah dikotori dengan pembunuh, perompak dan segala macam syaitan.
Sophia terdiam. Otot wajahnya ditahan agar tidak membentuk senyuman namun pipi dia pula yang merona merah. Sudah lah kulit putih. Memang jelas.
Akibat geram sangat tengok pipi gebu itu, Raykal mencubit pipi Sophia.
"Ish! Sakit lah."
“HAHAHAHA so damn cute!"
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...