❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 67❦︎

1.4K 100 1
                                    

SOPHIA duduk memandang permandangan yang terbentang luas di depannya kini. Begitu cantik bumi Malaysia pada waktu petang begini. Tambahan pula mereka duduk di bangunan yang tinggi.

Walaupun begitu, suasana nyaman itu tidak dapat memadam kedinginan Sophia. André di sebelah memandang gadis itu.

“Can we talk now?”

Sophia mengerling lelaki itu sesaat sebelum dia angguk perlahan. André menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu.

“Bunga..you dah ingat ke? Or it's just me-”

“Yes.”

Sepatah perkataan keluar dari mulut Sophia namun memberi kesan mendalam terhadap André. Lelaki itu cuba tahan emosi dia.

“Macam mana?"

Sophia menunduk, bermain dengan jadi dia seketika sebelum dia menjawab.

“The gunshot. Waktu Jayden acukan pistol dekat kepala awak, I was scared to death that I couldn't even look. So I tutup mata and I dengar bunyi tembakan. Kuat sangat.”

“Waktu tu I tak faham kenapa kepala I sakit lepas dengar bunyi tu. Mungkin sebab dia kuat, atau mungkin sebab lain.” Sophia memalingkan wajahnya memandang André. Terdiam lelaki itu melihat cecair jernih yang mengalir keluar dari mata Sophia.

“Sekarang I dah faham, André. Sebab I dah ingat semua benda tu. 6 years ago, the moment I hilang ingatan, sebiji macam apa jadi dua hari lepas. Dalam kereta, ada tembakan.” Sophia mengemam bibirnya, menahan esakan.

“But that's not the worst part yet." dia tertawa kecil “The worst part is actually the fun part. I dah ingat semua benda, dan I tahu semua benda.” Sophia bangun dari duduknya.

André diam. Dia tidak memandang Sophia namun dia hanya memandang dinding. Dia sudah boleh agak bila tibanya hari di mana Sophia ingat kembali memori dia, maka akan ada kesannya.

Gadis itu tidak akan sayangkan dia sepenuhnya. Ada sakitnya juga.

“Kita dah kahwin kan? Kita bahagia sangat dulu and everybody knows that.” Sophia berjalan mendekati André.

“Or that's what they thought.”

André menunduk, mengeluh agak kasar.

“Bunga, please stop. Apa yang jadi dulu semuanya mistake. In fact I did love you and I love you now."

“No André you're the one who needs to stop. You benci I dulu, André. I ingat semua benda you tak payah nak berdolak dalik dengan I. Our so called 'marriage' was fake!”

André memejam mata, menahan seribu rasa.

“I macam tak percaya I boleh jadi naif macam tu dulu and sanggup cintakan you sedangkan you layan I macam sampah dulu! You selalu marah I dan sakitkan hati I. I sendiri tak faham kenapa I boleh jadi bodoh macam tu."

“Bunga, I'm sorry but please-”

“You used me multiple times and you betrayed me multiple times too! I tak tahu apa salah I sampai you jijik sangat dengan I. Kita patutnya kahwin dulu tapi you lebih sanggup rahsiakan semuanya. You sanggup palsukan perkahwinan kita semata-mata tak nak kahwin dengan I.”

Sophia menggenggam buku limanya. Kini dia dah ingat segalanya, rasa sakit itu makin kuat. Dia sendiri tidak pasti dia mahu percayakan siapa sekarang ini. Semuanya banyak menipu dan palsu.

“We were never really happy, were we?” sayu sahaja suaranya ketika bertanya.

”I did love you back then, bunga. Bukan setakat sekarang tapi I really loved you even 6 years ago.”

“Tapi you always push me away, André.” Sophia tertunduk, menangis. Dia tidak dapat tahan lagi. Sejak daripada dua hari lepas memang dia banyak menangis.

Melihat Sophia menangis, menjentik rasa sakit di hati dia juga. Kalaulah dia boleh berdiri sekarang ini, sudah lama dia mendekati Sophia.

“Bunga, please don't cry. I tak guna dulu. I ego and I don't know how to treat you well. Sebab I takut. I takut I'm gonna lose you the way every one in my family loses their wife. I tak mintak hidup I macam ni, bunga."

Lebih kepada trauma dia melihat bagaimana ayah dia hilang ibunya. Bagaimana pakcik dia melihat kematian isteri sendiri di depan mata dan bagaimana Res terpaksa kuburkan isteri sendiri.

Dia tak mahu perkara itu jadi kepada Sophia.

“It's just.. everything you did.. it hurts..”

Sophia yang dulu terlalu muda dan naif, André pula kerap menahan rasa sayangnya kerana tidak mahu gadis itu menimpa nasib sama seperti semua isteri kepada mafia.

“Our love was tragic and there were nothing we could've done. Sekarang apa yang tinggal, cuma pilihan you bunga.”

Sophia mengangkat wajah. Dengan mukanya yang sudah merah, dia memandang André.

“Maksud you? Pilihan?"

“Now that you've remembered everything, apa yang tinggal cuma pilihan you. Sama ada you nak I atau Raykal.” ujarnya jelas. Sophia terkejut.

“Jap-"

“Tolonglah bunga, I minta sangat. I'll give you time to think tapi tolong jangan ambil masa lama. Jangan seksa kitaorang lagi. You sendiri tahu sakitnya macam mana bila kita cintakan seseorang yang kita tak boleh dapat.”

Apa yang keluar dari mulut André benar-benar buatkan Sophia terdiam. Dia tidak tahu mahu beriak bagaimana cuma dia terdiam sahaja.

André mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kalau Sophia mahu memilih Raykal, maka dia akan hormat keputusan gadis itu.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu balkoni mematikan perbualan mereka berdua. Sophia lekas-lekas lap air matanya sebelum dia memandang gerangan di muka pintu.

Alex Kai.

“I'm so sorry. I can come again later it's not that important pun." pintanya. Sophia menggeleng.

“Tak apa, awak tak ganggu pun. Ada apa?"

Alex memandang tampang André seketika sebelum kembali memandang Sophia.

“Ada orang nak jumpa you Sophia. Like now."

Dahi Sophia berkerut pelik.

“Siapa?"

“Jayden.”

Makin pelik Sophia rasakan. André juga turut musykil.

“Kenapa dia nak jumpa bunga? No. No way. Don't even think of letting him seeing her. Kalau dia apa-apa kan bunga macam mana?" rasa panas di hati mula membara. Alex mengeluh, sedikit bersalah.

“That's the problem. Aku tak tahu kenapa dia nak jumpa sangat. Sebenarnya dari first day aku tangkap dia lagi dah minta nak jumpa Sophia.”

Sophia jelas terkejut.

“Kenapa awak tak bagi tahu?"

“I don't think you would care about him. I mean tengok lah apa dia dah buat. All the mess.."

Mata Sophia terpejam sesaat, mengeluh berat. Dia capai beg tangannya yang berada di atas meja namun terasa berat secara tiba-tiba.

“Bunga jangan buat kerja gila please. I don't want him to hurt you.”

Sophia senyum lemah. Tangan André yang berada di begnya dicapai lalu diletakkan atas peha lelaki itu.

“Kalau dia betul nak sakitkan I, dia dah lama buat dah. You jangan risau sangat, I pandai jaga diri." tanpa menoleh kali kedua, Sophia keluar mengikuti langkah Alex.

Namun sempat André memberi pesanan kepada lelaki itu.

“I swear, Alex if there's a single wound-”

“Kau jangan risau. Jayden tak akan dapat sentuh dia." dia tahu lah bagaimana dia akan uruskan lelaki itu.

Lagipun, jauh di sudut hati dia sebenarnya memang percaya yang Jayden tidak akan apa-apa kan Sophia.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now