𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
SETIA dia menunggu lelaki itu walaupun sudah setengah jam berlalu dan Raykal sepatutnya sudah tiba dah pun. Sophia buat buat sibuk dengan bermain telefon walaupun hakikatnya dia cuma pusing-pusing buka galeri kemudian whatsapp.
Almaklumlah kawan tu bukannya ada media sosial pun dia nak tengok.
"Cik Sophia," suara seseorang yang dia kenal menyapa dari belakang menyebabkan Sophia menoleh. Jelas kelihatan Adha yang tampak termengah-mengah.
"Adha? Awak okay tak ni kenapa nampak macam baru lepas lari marathon?" guraunya. Namun Adha tidak nampak seperti mahu melayan pun malah hanya penat.
"Cik Sophia dah lama ke tunggu dekat sini?"
"Boleh lah jugak. Bos awak tu mana? Tak nampak pun batang hidung dia dari tadi." Sophia memandang sekeliling, mencari kelibat Raykal.
Kalau Adha sudah ada di sini, mana pula Raykal?
Adha menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Jelas terpancar riak bersalah di wajahnya namun Sophia tidak perasan akan hal itu kerana terlalu sibuk mencari Raykal.
"Um cik Sophia, saya hantar cik balik dulu eh?"
Soalan Adha mampu membuatkan dahi Sophia berkerut seribu. "Aik? Dah kenapa pulak nak saya balik?" atas bawah Adha dipandangnya.
Adha meneguk liurnya. Ya Allah tolonglah jangan tiba-tiba muncul perangai Sophia waktu marah Aiveen tempoh hari. Seram dah macam Raykal!
"Ni...cik kena tanya dekat Raykal sendiri. Sebenarnya dia dah sampai dah pun tadi tapi ada hal kecemasan jadi dia terpaksa terus balik rumah."
"What?!" naik suara Sophia, hampir sahaja menjadi nyaring. Bagai tak percaya dengan apa yang Adha baru kata.
Adha menunduk apabila beberapa orang ramai yang berada di situ memandang mereka. Belum sempat dia hendak balas apa-apa, terasa kolar bajunya dicengkam oleh Sophia.
"Ulang balik apa awak cakap tadi? Dia dah balik!?" tajam mata Sophia memandang Adha. Pandangan orang lain sudah dia tidak peduli lagi.
Teragak-agak Adha ingin angguk.
“Sumpahlah?! And he didn't even tell me?" kolar baju Adha dilepaskan dengan kasar.
Telefon dia dibuka, memeriksa sebarang mesej daripada Raykal namun hampa kosong sahaja. Ini apa benda perangai macam ni?
“D-dia ada hal urgent.."
Sophia menjeling tajam wajah Adha. “Hal urgent apa nya? Dia baru balik Malaysia kot,” kalau ya pun ada benda penting, mesej lah.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Любовные романы"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...