𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
TANGAN kekarnya memegang erat pinggang ramping Sophia. Badan mereka bergerak, mengikut langkah tarian kebiasaan orang lakukan jika menari bersama pasangan.
Raykal memusingkan tubuh gadis itu kemudian lincah tangannya menarik semula pinggang Sophia mendekati tubuhnya.
“Wow, you got skills!" puji Sophia spontan. Makin lama, terasa seperti makin banyak rasa kekok yang hilang antara mereka berdua.
“Of course. This is Raykal Iman lah." lelaki ini pun tak nak kalah. Angkat bakul sendiri.
Apabila alunan lagu mula perlahan, Raykal memperlahan tarian mereka. Wajah cantik Sophia ditenungnya lama.
“Kenapa awak tenung saya macam tu? Ada apa-apa ke?”
Raykal tergelak kecil “Tak lah. Aku cuma nak enjoy pemandangan depan mata aku ni. Bukan selalu dapat tengok sesuatu yang cantik macam ni.”
Sophia menjeling. “Sweet talker.”
”Only to you, my Rose." Raykal berbisik perlahan di telinga Sophia.
Tak semena-mena terangkat bulu roma gadis itu. Rasa dia...lain macam.
“Jangan lah blushing sangat Rose. Susah lah kalau setiap kali ada dengan aku je, muka kau merah." selamba sahaja Raykal berkata begitu.
Sophia mengherot bibirnya “Eleh saya blushing sebab malu bukan suka pun."
Ada beza besar ke tu?
Raykal tertawa. Puncak hidung Sophia dicuit perlahan sebelum tangannya memegang kembali pinggang gadis itu lalu bergerak ke kiri dan kanan.
“Um awak..?"
“Yes Rose?"
“Kenapa awak suka bagi saya macam-macam?”
Soalan daripada Sophia menyebabkan Raykal berhenti seketika. Tangannya naik mengelus rambut gadis itu.
“Aku pun tak tahu kenapa. But I do know that I want you to be by my side, all the time. I do know that I want you to be safe. I do know that your voice can make all the trouble go away like nothing bad ever happened in this world and your smile can light up my whole day.”
Sophia terkaku. Panahan mata coklat cair itu seolah-olah menusuk tepat ke arah jantungnya, memberikan sesuatu rasa. Namun Raykal tidak berhenti di situ.
Dia memegang pula pipi Sophia. “For a moment, life is like a better place than it has ever been. You're someone special to me, Rose. That's why."
Sophia makin tenggelam dalam dunia dia dan Raykal. Disangkakan dia seorang sahaja yang sedang tenggelam, namun Raykal pun apa kurangnya juga.
Sepasang mata bundar itu memang dia suka. Sejak pertama kali dia lihat Sophia, memang mata itu yang memanggil-manggil dia untuk mendekati.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Storie d'amore"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...