❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 27❦︎

1.7K 129 3
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

             SEBAIK sahaja Sophia masuk ke dalam kereta, Raykal tidak menunggu lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             SEBAIK sahaja Sophia masuk ke dalam kereta, Raykal tidak menunggu lama. Terus dia menyentuh dahi gadis itu.

Tak panas.

Kemudian dia buka pula topeng wajah yang Sophia pakai. “Don't wear that when you're with me. Aku nak tengok muka kau." ujar Raykal tanpa malu.

Tak semena-mena pipi Sophia merona. Raykal hanya tersengih apabila menyedari hal itu. Rambut Sophia diserabutkan.

“And satu lagi..jangan buat macam tu lagi.”

Terus berkerut dahi Sophia. ”Buat apa?"

“Tu tadi tu. Nak tukar baju tapi tak tutup pintu rumah. Nasib baik aku, kalau orang lain macam mana?" sudah serupa mak mak berleter dekat anak perempuan sendiri.

Sophia tersengih bersalah “Oh tadi tu sebab saya bukannya bukak baju pun.” betul lah. Dia cuma pergi ke biliknya untuk ambil beg dompet.

“I don't care. Close your door okay.”

Sophia hanya angguk setelah itu. Dah pak cik kata macam tu, siapa lah saya nak bantah pak cik. Dah lah hot pulak tu.

Selebihnya mereka hanya diam bertemankan bunyi radio yang berkumandang. Sedar tak sedar, tahu-tahu Raykal membawa dia ke sebuah rumah mewah yang dia kenali.

“Eh? Ni kan rumah awak?” mata Sophia meliar memandang luaran rumah mewah itu. Kali kedua dia datang ke sini.

Ini lah rumah yang dikatakan Raykal tidak benarkan sesiapa masuk melainkan orang-orang tertentu sahaja.

“Yes, Rose. There's something I want to give you dari haritu lagi but terlupa." terlalu sibuk dengan kerja, sehingga dia sendiri terlupa yang dia memang mahu kasi Sophia sesuatu.

Sophia tersenyum. Tak semena-mena dia rasa teruja ingin tahu apakah yang Raykal mahu tunjukkan.

Raykal memberhentikan kereta mewahnya depan perkarangan rumah. Terus badan diboloskan keluar. Dengan lagak seperti lelaki budiman, dia tolong bukakan pintu Sophia.

“Thank you.”

“Your most welcome dear," sempat Raykal mengenyitkan mata.

Dia hanya melemparkan kunci keretanya kepada Adha yang kebetulan berada di situ. Lelaki itu hanya menyambut dengan pasrah.

Perlahan-lahan Raykal membawa Sophia masuk ke dalam rumah itu. Buat kali kedua, Sophia terpegun lagi. Kali pertama dia dalam rumah ini, bangun-bangun sahaja sudah berada atas katil.

“This way." Raykal membawa Sophia melalui sebuah koridor. Sempat gadis itu mengerling ke arah gambar-gambar yang tergantung sepanjang laluan koridor itu.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now