❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 30❦︎

1.8K 141 6
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        PANDANGAN matanya dilarikan di tempat lain. Apa-apa pun dia sanggup tengok sekarang ini daripada panahan mata tajam Raykal. Lelaki itu bagai mahu telan dia hidup-hidup.

Matanya melirik ke arah Raykal, cuba intai sama ada lelaki itu masih memandangnya.

Zap!

Terasa seperti badannya kena renjatan elektrik apabila matanya bertembung dengan sepasang mata helang lelaki itu. Memang betul macam nak telan.

“How about we start this conversation by looking at each other hm?"

Bagaikan patung, laju sahaja Sophia mengikut arahan lelaki itu. Badannya kini lurus menghadap Raykal.

Raykal mengeluh perlahan. “This won't work, Rose. Kenapa takut sangat dengan aku? Takut nak cerita pasal amnesia kau macam tu hm?"

Sophia menunduk. Sejujurnya dia cuma tak tahu nak cerita macam mana. Dia tak pernah ceritakan hal ini kepada orang luar. Bukan sebab dia ada rahsia besar, namun dia cuma rasa yang orang lain tak peduli pun.

Apa yang penting, dia sihat walafiat sekarang ini dan mampu teruskan hidup. Kesakitan yang dia hadapi dulu hanya lah kenangan.

“Bukan saya takut dengan awak. Saya cuma tak tahu nak mula dari mana.."

Raykal terus bangun dari duduknya. Langkah dibawa mendekati Sophia lalu ruang kosong di sebelah gadis itu diambil.

“Rose look up there," jarinya ditunjukkan ke arah langit malam. Mata Sophia mengikut arah jari lelaki itu. Daripada balkoni bilik lelaki itu, dapat dia lihat bulan yang berada nun jauh di sana.

“The moon is beautiful isn't it?" mata Raykal hanya terpaku pada Sophia.

Tanpa mengetahui ke mana hala tujunya apa yang dikatakan oleh Raykal, Sophia mengangguk. “Yes, it's beautiful."

Tanpa Sophia menyedari, bibir Raykal menguntum senyuman. Perlahan-lahan lelaki itu menarik Sophia mendekati. Badan mereka dibaringkan di kerusi.

"Raykal-"

“No wait." dia membetulkan posisi mereka kepada posisi yang lebih selesa dan santai. Kepala Sophia ditarik ke dadanya, menjadi bantal untuk Sophia.

Sophia meneguk liurnya. Jantung dia berdetak laju dengan apa yang Raykal lakukan namun dalam masa yang sama, dia juga dapat rasakan degupan jantung lelaki itu.

“Cuba relaks. Look at the moon, Rose." Raykal berbisik perlahan.

Sekali lagi, Sophia hanya turutkan. Dia memandang bulan sambil badannya disandarkan pada Raykal. Lama kelamaan, dia terasa selesa pula.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now