❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 18❦︎

2.2K 170 3
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

               SOPHIA cuba beriak tenang dan berpura-pura tidak endahkan pandangan tajam perempuan di depannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               SOPHIA cuba beriak tenang dan berpura-pura tidak endahkan pandangan tajam perempuan di depannya. Aiveen.

Barangkali dia marah sebab Sophia duduk di sebelah Raykal. Malahan kerusi dia betul-betul dekat.

Sophia melirik ke arah Raykal. Lelaki itu hanya diam menjamah makanan. Ini yang dia tak suka ini. Kalau diam biasa tak apa, namun ini diam yang dingin.

“Sorry to bother, but Raykal do you have a minute?” soal Adha yang baru tiba bersama ipad di tangan. Tengok muka nampak macam sesuatu yang serius sahaja mahu dibincangkan.

“Mm jap." Raykal angguk kecil. Dia memandang Sophia sebentar.

“Makan, jangan tak makan nanti sakit. Lepasni aku hantar kau balik." pesannya berbaur arahan.

Setelah itu dia dan Adha pergi meninggalkan ruang makan itu. Kini keadaan yang canggung tadi bertambah lebih canggung.

Sophia sambung menyuapkan makanan ke dalam mulut tanpa menghiraukan Aiveen.

“So kau dah berapa lama kenal Raykal?" soal Aiveen, memecahkan kesunyian antara mereka setelah beberapa minit. Sophia tersenyum kekok.

“Tak lama, baru je.” ye lah tak lama lah kan. Baru beberapa minggu.

“Huh." Aiveen seolah-olah tertawa mengejek.

“Dah tu kenapa kau boleh ikut dia balik rumah? Kau tak takut ke ikut lelaki yang baru kau kenal? Atau..” dia tersenyum senget. Berkerut dahi Sophia melihat perempuan itu.

“..atau kau memang dah biasa ikut lelaki balik rumah?"

Tanpa sedar Sophia menggengam kuat garfu di tangan. Perempuan di depan dia ini seolah-olah merendahkan maruah dia pula. Fikir dia ni murahan ke?

“Ahahaha alahai.. kesian kau kan? Kau dipergunakan je. I mean, tengok lah Raykal tu. Dia kaya, handsome dan berkuasa. Buat apa dia nak simpan kau lama-lama? Aku pasti, dia akan tinggalkan kau lepas sama macam perempuan lain."

Berasap sahaja telinga Sophia mendengarnya. Besar kecil besar kecil sahaja dia pandang perempuan di depan dia ini. Ikutkan gila dia, memang dia dah cucuk garfu ini di wajah tepung Aiveen.

Terasa sakit juga di hati dia apabila Aiveen kata 'perempuan lain'. Memang lah dia bukan perempuan simpanan lelaki itu, tapi adakah itu bermakna Raykal pernah bawa perempuan lain pulang?

Adakah apa yang Raykal kata pada dia malam tadi sekadar penipuan semata-mata?

'Ah! Bukan urusan kau, Sophia!'  Sophia kembali menyedarkan diri sendiri yang dia bukan lah teman wanita lelaki itu, jauh sekali isteri untuk dia kisah pasal hal kelambu lelaki itu.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now