𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
SOPHIA memandang ke arah laut yang berada di depannya. Jayden berhenti kereta betul-betul di bahu jalan. Tiada orang di sekitar kerana laut ini tiada pantai yang selamat untuk bermain.
Betul-betul di sebelah laut hanya ada tembok yang menjadi laluan jalan tar. Meskipun begitu, suasana di sini amat tenang.
“Okay I thought you would bring me somewhere fun" selamba Sophia berkata.
Jayden menyeluk tangan ke dalam poketnya. Kaca mata hitam memang terletak elok di mata.
“This is fun for me. It's calming."
Sophia tidak dengar. Dia kibaskan rambutnya ke belakang apabila angin menolak. Tangan pula terkial-kial pegang kain dia. Sudah lah paras peha.
Boleh nampak segala harta karun kalau terselak.
Jayden yang perasan akan hal itu geleng kepala. Dia kembali ke kereta lalu mengambil sesuatu dari bonet kereta. Dia pergi balik ke arah Sophia lalu tangan gadis itu ditarik.
Dia duduk di tembok lalu kaki dibiarkan terjuntai ke bawah. Apabila dilihat Sophia kaku sahaja.
“Sophia Rose kau tahu tak kau berdiri and aku duduk lepastu kalau angin tu tolak kain kau, memang-"
“Eee!” cepat-cepat Sophia duduk di sebelah Jayden.
“Tahu pun takut.” Jayden buka tuala yang dia ambil dari bonet tadi lalu dilipat dua dan diletakkan atas peha Sophia.
“Thanks”
Jayden hanya angguk lalu pandangannya dialihkan ke arah laut.
Tenang sahaja dia rasakan sekarang. Walaupun dalam beberapa jam lagi dia bakal berdepan dengan perlawanan yang mungkin terakhir buat dia.
Ya lah, siapa suruh cari masalah dengan dua manusia berbahaya.
Jayden tertawa kecil memikirkan itu. Tawa itu menarik perhatian Sophia.
“Kenapa awak gelak?"
“Dah suka hati aku lah. Kacau je."
Sophia mencebik. Dia goyang goyangkan kaki dia yang terjuntai itu. Sedap juga duduk di sini. Angin terasa tenang sahaja menampar kulitnya.
“How does it feel?"
Soal Jayden secara tiba-tiba.
Sophia keliru. Kemudian dia pandang sekeliling baru dia faham.
“Oh tempat ni? Rasa tenang je Jayden. Macam saya dekat-"
“No Sophia Rose. How does it felt when you woke up from the accident and you can remember nothing.”
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...