Raykal merenung ke arah tasik yang tenang walaupun fikirannya serabut. Sesekali angin menampar wajahnya menyebabkan dia memejam mata.
Fikirannya menerawang ke perbualan dia dan André beberapa jam yang lepas. Lelaki itu benar-benar buat dia rasa bercampur baur.
“Awak rasa dalam sebulan, berapa banyak syarikat awak dapat?” suara yang amat dia dambakan tiba-tiba muncul dari belakang. Lantas Raykal menoleh.
Sophia tersenyum manis ke arahnya, menyebabkan lelaki itu sendiri tidak tahan untuk senyum.
“Rose.”
“Berapa? Sejuta? Dua? Tiga? Lima?” soal Sophia lagi. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Raykal dengan selamba.
“Uh.. a lot more. Why Rose?” walaupun pelik dengan soalan Sophia namun dia tetap jawab.
Sophia duduk di kerusi bersebelahan dengan Raykal. Kini giliran dia memandang tasik yang tenang itu manakala Raykal sudah ralit memandang dia.
“Jadi maksudnya kalau awak tinggalkan kerja yang lagi satu tu, awak tetap boleh tanggung saya kan?”
Raykal tergamam. Dia tidak pernah terfikir pun begitu namun sekarang Sophia sudah katakan tentangnya, bermacam-macam soalan menyerang mindanya.
“Rose..what are you saying?”
Anak mata Sophia beralih memandang Raykal. Anak matanya berubah lembut. Dia hadiahkan senyuman lagi kepada lelaki itu.
“Look at this.” Sophia ambil rantai yang berada di lehernya lalu ditayangkan kepada Raykal. Lelaki itu jelas terkejut.
“It's not broken?”
“Awak..selagi saya bernafas selagi tu saya tak akan pernah tanggalkan rantai ni melainkan ada orang ambil. Awak nak tahu satu lagi benda? Selagi saya pakai rantai ni, maksudnya saya masih cintakan awak.”
Raykal terdiam. Debaran di hatinya saat Sophia berkata begitu hampir boleh didengari.
“Jadi encik Raykal Iman..saya ni masih lagi tunang awak and I'm planning on taking one step ahead. Lain lah kalau awak dah tak nak..”
"Nak! Nak!” laju sahaja Raykal menidakkan tanggapan Sophia tadi. Kerja gila kalau dia katakan tidak.
“Kalau betul awak nak angkat saya jadi isteri awak, saya minta tolong sangat. Awak tinggalkan kerja yang lagi satu tu ya?”
Raykal terdiam seketika. Reaksi sama seperti kali pertama Sophia sebut tadi.
“Saya tahu awak keliru sangat sekarang ni. So I'm going to make it easy for you. I love you, Raykal Iman. Walaupun lepas saya jumpa André dekat Paris, I've never stopped loving you."
“Memang tak dinafikan he was a part of my life. Tapi itu semua benda dah lepas. Waktu saya jumpa dia dekat Paris, I could only feel the bond between us. Saya tahu dia sayang saya but I couldn't feel any spark in that love compared to you and I.”
“Mungkin sebab dulu dia sayangkan saya sebab rasa bersalah dia dekat saya. Saya dah ingat semuanya sekarang dan saya tetap lebih cintakan awak. He was my first love and you're my last one. Kalau mati hidup balik pun saya tetap pilih awak.”
“Jadi, Raykal Iman. Saya cuma nak tahu satu benda je sekarang ni. Awak sanggup ke tinggalkan kerja tu untuk saya?”
Andai Raykal kata tidak dan lelaki itu masih mahu teruskan kerja itu, maka dia akan putuskan pertunangan ini. Bukan bermakna dia akan kembali kepada Andre.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Lãng mạn"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...