𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
SATU keluhan penat terbit di bibir. Sophia meletakkan begnya di atas sofa ruang tamu sebelum punggungnya dihenyakkan di atas sofa tersebut. Kepalanya disandarkan di sofa dengan mata terpejam.
Baru sahaja dia pulang dari studio Linda. Bukan berlatih ballet lagi, namun sebaliknya dia membantu wanita itu melatih pelajar lain. Walaupun umurnya lebih kurang dengan pelajar lain, namun setiap gerakannya boleh dikatakan sempurna.
Linda sendiri yang mengatakan sebegitu. Malah pernah meminta Sophia yang mengajarnya sehinggakan segan gadis itu jadinya.
Mata Sophia mencelik terbuka. Tiba-tiba sahaja terasa seperti ingin melihat gambar-gambar lamanya yang berada di atas perabot di ruang tamu itu. Terus dia bangun dari duduk lalu berjalan mendekati perabot itu.
Satu bingkai gambarnya diambil. Gambar sewaktu dia berumur 6 tahun sedang membuat gaya split dengan satu senyuman di bibir. Sophia tergelak kecil. Gambar yang lain pula diambilnya.
"Alahai comotnya aku dulu." gambar di mana aiskrim bersama-sama Linda dan kanak-kanak lain membuat Sophia tergelak kecil. Geli hatinya. Gambar itu diletakkan kembali.
Gambar yang lain pula dipandang sepintas lalu namun memori ketika gambar-gambar tersebut diambil tetap sempat berlayar di ruang mindanya.
Sebuah bingkai gambar yang berada di paling hujung menarik perhatian Sophia. Perlahan-lahan dia mengambil bingkai gambar tersebut.
"Mama..." terasa seperti tubir matanya mula merasa hangat namun Sophia membiarkan sahaja.
Gambar di mana dia dan ibunya berpelukan di kota cinta atau sebenarnya, kota Paris. Gambar yan diambil dua tahun lepas itu dipandangnya lama. Siapa sangka, di balik gambar yang mempamerkan dua wanita cantik itu sebenarnya mempunyai kisah gelap.
Tanpa sedar, ada air mata yang mengalir di pipinya. Masih Sophia ingat lagi bagaimana dia bangun dari pengsan dan mendapati yang dia berada di sebuah hospital. Apabila ditanya mana ibunya, ayah dia memberi jawapan spontan.
"Mama kau dah mati. Jangan tanya aku benda ni banyak kali dah."
Lelaki itu seolah-olah tidak peduli. Tidak, dia memang tidak peduli. Lebih pedih hati Sophia apabila ayahnya bertindak untuk menutup kes dengan menerima sejumlah wang yang besar.
RM4 juta diterimanya sebegitu sahaja. Usai menerima wang, lelaki itu lesap pula dari hidup Sophia seolah-olah dia tidak pernah wujud. Tetapi Sophia pelik. Kalau betul ayahnya tidak peduli, mengapa tinggalkan dia rumah besar berserta separuh dari wang itu?
Tindakan lelaki itu tidak sedikit pun menyentuh hatinya. Wang itu juga tidak sedikit pun diusik olehnya.
"Huh.."
Bingkai gambar diletakkan semula. Apa pun alasan lelaki itu, benda tetap sudah jadi. Dia tidak mahu memikirkannya. Apa yang dia tahu, sekarang ini dia penat dan berkira-kira mahu berhenti.
Entah apa lah kata Linda dan Rania nanti.
RAYKAL melilitkan pinggang di tualanya. Rambutnya yang basah dibiarkan sahaja. Langkah dibawakeluar dari tandas lalu Raykal keluar ke balkoni.
Angin malam yang menampar setiap inci kulitnya tidak sedikit pun membuatkan Raykal berasa ingin masuk ke dalam semula. Dingin malam itu tidak setanding dengan dingin yang dia rasakan dalam dirinya tatkala ini.
Masih berlayar di ingatannya di mana pagi tadi dia mendapati bahawa rumah lama dia dimasuki oleh orang. Siapa lagi kalau bukan dari pihak si musuh. Lagi berang dia kerana lelaki itu tak akan dapat masuk dengan kawalan ketat di rumah itu melainkan ada yang membantu.
Dia tak bodoh, dia boleh agak.
Tak teragak-agak dia memecat semua pekerjanya yang sepatutnya mengawal tempat itu. Dia tidak perlukan musuh dalam selimut.
Bzzz bzz!
Getaran di telefonnya manarik perhatian Raykal. Segera dia masuk ke dalam bilik semula lalu mengangkat panggilan telefon itu.
"Hello"
"Hm Adha. Ada apa?" Raykal meletakkan telefon di meja lalu dibuka menjadi speaker. Sementara dia bergerak ke almari, mahu memakai pakaian.
"Kita dah dapat tangkap pembelot. Omar, budak baru 3 bulan tu. Tapi macam mana dengan yang lain? Nak bagi diaorang berkerja semula ke?"
Raykal tergelak kecil namun lama kelamaan tawanya menjadi besar sehingga Adha pun dapat dengar. Serta merta Adha turut tergelak.
Tidak perlu berkomunikasi pun, mereka dah tahu apa yang berada di benak fikiran masing-masing.
"Bengong punya soalan."
Adha masih lagi tergelak. Tak tahu lah ulat mana yang sudah tersalah tekan suis di otaknya sampai dia tanya macam tu. Sah sah lah Raykal tak akan terima. Lelaki itu tidak akan memberi peluang untuk dibelot lagi.
"HAHAHA sorry. So sekarang ni kau nak buat apa dengan budak tu?"
"Campak dia tengah hutan. Mana tahu ada kampung bunian yang sudi terima dia. Malas aku kotorkan baju aku semata-mata nak bunuh dia." sungguh, Raykal memang tak ada niat nak membuat seni di bajunya menggunakan darah.
Lagipun budak tu tak penting mana baginya. Hanya sekadar cebisan yang meminta perhatian untuk ditepis.
"Okay. Aku buat sekarang."
Raykal hanya membiarkan Adha. Fon diambil lalu panggilan dimatikan. Raykal membaringkan tubuhnya ke katil pula. Nama seseorang dicari. Sekarang sudah terasa seperti tidak sah kalau tidak dengar suara gadis itu dalam sehari.
Dapat sahaja nama tersebut, ikon hijau bentuk telefon ditekan. Terus Raykal melekapkan telefon di telinga, menunggu panggilannya diterima.
"Hello" tidak sampai sepuluh saat pun, suara lembut itu sudah didengarinya. Raykal tersenyum.
"Kau busy?" soal Raykal walaupun hakikatnya dia tidak peduli. Yang penting dia dengar suara Sophia.
"Tak pun. Awak nak apa-apa ke?"
"Good thing kau tanya. Esok aku nak jumpa kau dekat cafe kau."
"Tapi esok saya tak ada shift." memang selalu dia direhatkan pada hari Sabtu dan Ahad seperti biasa. Baik pula assistant manager dia untuk memberinya kelonggaran berbanding yang lain. Nasib baik tiada yang iri hati.
"Hm baguslah kalau macam tu. Aku nak jumpa kau sebab ada benda aku nak bagi."
"Benda? Apa dia?"
"Tch ada lah." rosak lah rancangan dia kalau dia bagi tahu Sophia terlebih dahulu.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...