𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
“BODOH!" Adha mengusutkan rambut sendiri. Wajah Raykal di depan dipandang. Dia kesal malam semalam dia lalai dan Raykal pula di mabukkan. Memang lelaki itu minta masa sendirian, namun dia betul-betul tidak beri perhatian.Raykal pula sudah pucat lesi. Dengan tenaga dia sudah tiada setelah muntah berkali-kali.
“Tak guna punya Jayden! Dia ni memang tak boleh duduk diam lah!”
Raykal hanya diam. Dia penat, dia pening kepala dan dalam fikiran dia ada nama Sophia sahaja.
“Dia ada curi apa dari kau? Ada hint dekat mana cip tu ke dia dah ambik?" kalut Adha bertanya.
Raykal keluh perlahan “Aku tak ingat apa jadi semalam...aku mabuk sangat. Tahu-tahu aku..aku dekat rumah ni.”
Seingat dia semalam dia bercadang mahu tidur di rumah Sophia lagi, mana tahu gadis itu pulang. Namun hampa, dia terlupa apa jadi.
Adha jadi lagi pening. “Ah sudah lepastu apa yang dia ambik dari kau?"
“Aku pun tak tahu. Tak ada pulak barang aku hilang. Dah lah aku penat weh, kau keluar dulu.” tiada mod dia hendak berbual. Sudahlah tekaknya kering, sakit.
Adha diam memerhatikan Raykal namun keningnya berkerut tajam. Dia puas memikirkan apa yang Jayden mahu dan motif dia mabukkan Raykal.
Sekadar main-main?
“Rehat ah kau. Aku nak cari Jayden ni dulu. Perangai macam ey.” dia tak selit pula nama Sophia walaupun dia memang nak cari Sophia juga kerana dia tahu gadis itu sudah pulang dari Paris.
Namun Raykal terlalu lemah untuk fikir tentang perkara itu. Sebagai kawan dan pembantu, biar dia sajalah yang selesaikan.
Klak!
Belum sempat Adha mahu membuka pintu, pintu sudah dibuka dari luar oleh Hafiz. Wajah lelaki itu kalut semacam.
“Kau kenapa Hafiz?”
“We have problems!”
“I can clearly tell that," sempat Adha kerling Raykal namun mata lelaki itu sudah terpejam.
“It's no time for joke Jayden dah dapat Sophia!" ujar Hafiz senafas.
Adha tergamam. Raykal pula terus celikkan kembali matanya. Badannya yang baring tadi terus duduk.
“What?"
“Semua orang terlampau lalai sangat malam tadi. Kitaorang tak perasan Jayden dah dekat dengan Sophia. Sekarang ni nak buat apa?"
Raykal mengetap rahangnya. Wajah dia serta merta berubah garang. “You're saying that she's with him?"
Hafiz sedikit serba salah namun dia keluarkan juga telefon dia. “I'm sorry Raykal. Tapi kitaorang dapat video ni pun baru tadi. Sebab baru tadi aku check video from camera yang kau letak kat kereta Sophia."
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romantik"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...