❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 4 ❦︎

4.2K 283 10
                                    

𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

PINTU rumah ditutup. Kasut dibuka. Raykal mengerling jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul 12 malam.

Satu keluhan penat terbit di bibir dia. Mujur esok Sabtu. Masuk sahaja Isnin, dia akan mula bekerja semula tapi dengan skop kerja yang berbeza daripada sebelumnya.

Langkah dibawa ke arah tangga. Rumah penthouse miliknya memang sunyi kerana dia memang tinggal sendirian.

Terus Raykal melangkah masuk ke dalam bilik dia. Badan direbahkan di atas katil. Soal mandi itu kejap lagi lah.

Ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon dia menarik perhatiannya. Raykal berdecit kasar.

"Tch rimas pulak aku." bukan apa. Sejak daripada majlis tadi, telefon dia asyik bergetar dan dia tahu gerangan siapa yang mesej dia tidak berhenti itu.

Lantas dia mengeluarkan telefon dari poket. Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Aiveen terpacak di atas sekali. Dengan malasnya, Raykal menekan mesej sepupu dia itu.

Mesej diatas dia langkau sahaja. Dia hanya baca mesej di bawah, yang terbaru.

Aiveen

Abang Raykal, tahniah atas kenaikan pangkat abang.

Raykal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan dia dah kata ke sebelum ini?

Raykal

Thanks

Dia pun tidak tahu lah nak kata apa. Kalau bukan kerana perempuan itu mempunyai ikatan persaudaraan dengan dia, barangkali sudah lama dia sekat nombor.

Aiveen

Abang mesti penat kan? Abang rehat lah dulu.

Raykal

Okay

Setelah itu Raykal hanya mencampakkan telefon dia di tepi. Tangannya didepakan sambil mata memerhati siling biliknya.

Ting!

Kepala Raykal menoleh memandang skrin telefon dia. Mesej daripada Aiveen terpapar di notifikasi dia.

Aiveen

Assalamualaikum.

"Waalaikummussalam," Raykal hanya membalas salaman di bibir dia tanpa membalas mesej Aiveen.

Pandangan dia dilontarkan pula ke luar tingkap. Tiba-tiba fikirannya dipenuhi dengan sesuatu. Tidak, seseorang.

Bibir Raykal mengukir senyum apabila sepasang mata violet gadis itu terlakar dalam kotak fikiran dia.

"Sophia Rose. Such a beautiful name." bicaranya sendiri serupa orang angau sudah.

Walaupun hanya untuk masa yang singkat, tetapi dia memang tidak akan lupakan sepasang mata violet itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now