𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
PEJAM celik pejam celik sudah sehari dia berada di Perancis. Cepat sahaja dia perlu membuat persembahan.
Sophia menunjukkan kadnya kepada pengawal yang menjaga ruangan dewan persembahan itu. Pengawal itu mengangguk, membiarkan dia masuk. Kad itu sahaja yang menjadi akses untuk dia masuk ke dalam rumah agam bak istana ini.
Cita rasa orang Perancis yang memiliki rumah ini memang tip top. Segalanya nampak mahal. Termasuklah kad yang dipegangnya. Kad itu umpama tiket ke konsert artis yang mahalnya mencecah ribuan.
Baru Sophia faham mengapa Linda sakit hati sangat apabila Qila mengambil mudah hal ini seolah-olah majlis ni bapak dia punya. Memang betul hanya orang terkemuka sahaja yang berada di sini.
Linda hanya duduk di ruangan penonton. Walaupun di bahagian hujung, namun dia tetap gembira. Bukan main lagi wanita itu berdandan, ingin setanding dengan wanita seksi yang lain di dunia mat saleh ini.
Sempat Linda berpesan, jangan terima apa-apa air di sini. Rata-rata orang berpengaruh ini hanya minum arak mahal.
Sophia memasuki ruang bersiap yang disediakan untuknya. Meliar mata Sophia memandang ruang bilik persendiriannya. Rasanya bilik ini boleh beli seluruh hidup dia. Punyalah mewah.
Dia hanya duduk di birai katil, menunggu dipanggil kerana dia sudah bersiap awal dari hotel lagi. Veil muka yang menutup separuh wajahnya diketatkan agar tidak terbuka sewaktu membuat persembahan nanti.
Tunggu, dengan penuh sabar.
Hampir 30 minit juga dia menunggu, dan banyak kali dia menguap. Sedaya upaya dia tahan diri daripada tertidur. Tak boleh jadi ni.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di pintu itu mengejutkan Sophia. Terus segar semula segala inci di badannya.
"Miss Sophia Rose, you'll be performing next." seorang mengendali majlis memanggil Sophia.
Segera gadis itu meletakkan begnya lalu berlari kecil ke arah pintu. Pintu dibuka dan dapat dia lihat seorang perempuan mat salleh berkulit cerah tersenyum ke arahnya.
"You can wait behind the stage by now." beritahunya kepada Sophia. Sophia membalas senyuman lalu wanita itu pun beransur pergi, menguruskan perkara yang lain.
Perlahan-lahan Sophia keluar dari bilik itu lalu berjalan ke arah pentas. Dapat dia dengar suara merdu nyanyian seorang wanita. Walaupun tidak faham satu butir pun yang keluar dari mulut wanita itu, namun tak dinafikan suaranya memang sedap.
Sophia menarik nafas dalam-dalam. Gementar dia datang pula. Manakan tidak. Daripada pintu masuk tadi dia hanya nampak kereta-kereta yang mececah juta. Tak campur lagi dengan hiasan di tuan punya badan. Mahu makan puluh juta.
Tiba-tiba terdengar bunyi tepukan dari orang ramai. Sophia meneguk liur. Sudah selesaikah? Dah lah dia yang terakhir. Bagaimana kalau orang sudah bosan dan hanya mahu pergi makan sekarang.
Ni yang dia takut ni.
"Huuu haaa. Kau boleh, kau boleh."
"And for the last performer, I present you Miss Sophia Rose!" hujah pengacara majlis itu mendapat sorakan dan tepukan dari orang ramai. Sedikit sebanyak menghilangkan sedikit rasa gentar Sophia pada malam ini.
Perempuan yang tadi memanggilnya menyuruh Sophia untuk naik ke pentas. Sophia mula berdiri di hujung jari seperti biasa. Dia melangkah ke tengah pentas.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romantik"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...