❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 13❦︎

2.4K 179 1
                                    

𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

                  GAUN paras bawah lutut itu dikerling seketika. Memang sesuai dengan kulit putih mulusnya dan mata violet dia. Sophia menarik nafas dalam-dalam seketika. Kini dia berada di depan hotel, menunggu driver lelaki itu.

Entah driver itu dapat cam dia atau tidak, lantak lah. Tangannya masih lagi memegang topeng muka. Dia tidak memakai kerana risau nampak pelik. Walaupun orang di sini sudah biasa dengan topeng ini,namun tidak bagi dia.

"Miss Sophia Rose?" suara garau seorang lelaki menyebabkan gadis itu menoleh. Mendongak kepala Sophia memandang susuk tegap dan tinggi di depannya. Wajah lelaki itu kosong dan beku.

Namun satu Sophia pelik, mengapa pakai kaca mata gelap waktu malam? Dibuatnya terlnggar tiang atau tahi anjing, tak ke malu. Dah gelap, nak gelapkan lagi.

Lelaki itu menyuakan tangannya ke arah sebuah kereta seolah-olah mempelawa Sophia untuk masuk. Terangkat kening gadis itu melihat kereta yang menunggu dia. Gila apa jemput pakai limousine?

Sophia berdehem kecil apabila menyedari dirinya memerhatikan kereta itu terlalu lama. Terus dia berjalan menuruni tangga dengan berhati-hati. Perlahan-lahan dia memasuki tempat duduk belakang. Meliar matanya memandang isi dalam kereta itu.

Cantik! Jerit Sophia dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantik! Jerit Sophia dalam hati. Kulit tempat duduk itu diusapnya perlahan. Entah kenapa, nampak macam baru sahaja lagi kereta ini dibeli. Ataupun mungkin sentiasa terjaga dengan kemas.

Dalam diam Sophia memuji diri sendiri. Baru dua hari duduk di bumi Perancis ini, sudah ada orang yang mengenalinya. Malahan bukan orang sembarangan. Tengok gaya pekerjanya pun dah tahu.

Selang 30 minit, mereka sudah mula sampai ke laluan yang lebih tertutup. Boleh tahan juga jauh tempat majlis ini diadakan. Sophia menjegulkan kepalanya memandang tingkap. Dapat dia lihat kereta yang dinaikinya sekarang ini memandu di laluan batu-batu kecil putih.

Di kiri dan kanan laluan tersebut terdapat pokok-pokok yang tersusun dengan cantik, menambahkan lagi kecantikan laluan itu. Makin lama memandu, mereka makin tenggelam dalam haluan yang disediakan.

Sampai sahaja di depan kawasan rumah yang besar, atau lebih tepat dipanggil villa itu. Mulut Sophia ternganga sedikit. Tak berkelip matanya memandang orang ramai yang berada di situ. Ada yang berjalan masuk ke dalam villa, ada yang berbual di luar.

Masing-masing mengenakan kostum mereka dan dipadankan dengan topeng di wajah. Tidak ada seorang pun yang terlepas dari memakainya. Rata-rata kereta di sini semuanya atas rendah ataupun hanya mempunyai dua pintu sahaja. Terteguk liur Sophia.

Tiba-tiba dia terasa gugup. Rasa dirinya kerdil sekali. Kalau boleh, dia nak suruh pemandu itu bawa dia pulang ke hotel. Tapi itu akan dianggap kurang ajar. Sophia menggigit bibir bawahnya apabila limousine yang dipandu oleh driver tersebut berhenti di depan tangga villa itu.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now