❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 44❦︎

1.4K 133 13
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SOPHIA hanya diam tanpa memandang Linda. Kini mereka sedang berada di kapal terbang, menunggu masa untuk berlepas. Linda sudahpun menyibukkan diri sendiri.

Manakala Sophia hanya diam merenung ke luar tingkap. Mujur suasana sedang gelap dalam kapal ini, jadi Linda tidak akan nampak sangat wajah sembap Sophia.

Ya, dia menangis sepanjang perjalanan ke lapangan terbang tadi. Seperti yang dikatakan tadi, dia kecewa. Kecewa apabila dirinya ditipu oleh Raykal.

Tapi dia rasa sedikit sebanyak ini salah dia juga. Salah dia kerana terlalu mudah terpedaya dengan layanan Raykal terhadap dia. Sehinggakan dia tidak pernah rasa pelik pun dengan segala yang lelaki itu ada.

Dia tahu tak mustahil untuk jutawan ada rumah sebesar istana. Namun rumah rumah milik Raykal terasa lain. Segala harta yang lelaki itu miliki terasa seperti mustahil.

Bodohnya dia kerana tidak pernah tertanya hal itu walhal dari awal lagi dia sudah dapat merasakan ada sesuatu yang pelik.

Sophia meraup wajahnya. Walaupun dia patah hati, namun semua ini ada hikmahnya. Dia patut bersyukur yang dia dapat tahu siapa Raykal sebenarnya sebelum kahwin. Kalau sudah kahwin, memang tak ke mana lah dia.

Patut ke aku pergi macam ni je?

Datang satu suara dalam hati dia. Mula lah Sophia ragu ragu dengan keputusan dia sekali lagi.

Patut ke dia berikan Raykal peluang untuk menjelaskan atau tidak? Ya, lelaki itu sebenarnya berhak untuk diberikan peluang untuk menjelaskan. Namun dia tidak dapat lihat muka Raykal sekarang.

Dia takut.

Takut apabila teringat semula wajah lelaki itu yang bersalut darah. Apabila mengingatkan hal itu, dia akan teringat pula tentang bagaimana lelaki itu mengelar leher seseorang.

“Ya Allah.." tangannya mula menggigil semula. Nafas dia semakin laju.

Dia takut. Takut sangat. Dia tidak berani hendak berdepan dengan Raykal sekarang. Lelaki itu sudah bagaikan raksasa di mata dia.

Biarlah benda ini berlalu pergi dahulu. Biar dia tenang dahulu sebelum dia mula buka bicara dengan Raykal.

Perlahan-lahan Sophia menutup kelopak matanya apabila suara pilot mula memenuhi ruang kapal. Dia akan ke bumi Paris tak lama lagi, buat kali ke dua.

 Dia akan ke bumi Paris tak lama lagi, buat kali ke dua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         “DID she?"

“She did."

Cukup dua perkataan itu mampu membuatkan bibir André melakar senyuman namun hanya untuk sesaat. Wajah anak buahnya dipandang semula. Jack tahu bosnya sedang gembira dengan apa yang dia beritahu tadi.

“combien de temps avant qu'elle arrive?” how long before she arrive?

“5 heures” 5 hours.

“Excellent!" André tutup semua buku yang dibacanya tadi. Gelas berisi air lemon pudina dihabiskan sebelum dia meletakkan kembali atas meja.

Jam tangan dikerling. Sudah pukul 12 malam di sini, bermakna Sophia bakal tiba dalam pukul 5 pagi.

Jack meninggalkan ruangan bacaan itu, membiarkan André bersendirian. André tersenyum sambil memerhati segenap ruang perpustakaan peribadi itu.

Macam tak percaya, dia dapat jumpa Sophia sekali lagi setelah 6 bulan yang lalu. Bagaikan baru teringat sesuatu, André terus keluar dari bilik itu.

Langkah dibawa menaiki tangga dan terus menuju ke bilik anak gadisnya. Perlahan-lahan daun pintu dibuka, takut dia mengganggu lena si kecil. Namun dia sedikit terkejut apabila Rose masih belum tidur.

“Hey why aren't you asleep yet?" terus André mendekati Rose. Dia duduk di sisi katil.

“Papa c'est vrai ? maman vient à Paris ?” Papa is it true? Mama is coming to Paris?

André tertawa kecil “Yes, it's true.”

“Can I meet her? I wanna see her!" Rose terus bangun dari duduknya lalu dia duduk di atas peha André.

André tertawa kecil. Rambut anaknya diusap perlahan “Well if you promise me to behave I'll let you meet her."

“Really?" mata violet milik Rose seakan bersinar sahaja mendengar tawaran ayah dia itu. Hati kanak-kanak dia mula teruja.

“Yes I promise you.”

“je veux lui montrer le jardin!” I want to show her the garden!

André angkat semula badan Rose lalu dibaringkan atas katil. Dia geleng perlahan. “Calm down, Rose. You can show that to her later. Get to know her first okay sweetheart?"

Rose tersengih namun dia angguk juga. André mencuit puncak hidung anak gadisnya.

“Get to sleep first."

“D'accord. Goodnight papa."

“Goodnight Rose." André menutup lampu tidur, menyebabkan bilik besar itu menjadi gelap dan hanya diterangi oleh lampu dari cahaya luar.

Tak boleh layan sangat Rose ini. Dia tidak mahu budak itu tidur lewat. Kata nak jumpa mama kan? Mesti lah kena bangun awal esok hari.

Mengingatkan tentang hal itu, André kembali tersenyum. Tidak dia sangka yang Sophia akan datang ke majlis ini walaupun bukan dia yang anjurkan. Dia tahu Sophia sudah berhenti menari.

André mengeluarkan telefon dia. Dia ingin memberi arahan kepada anak buah dia untuk awasi Sophia di sini. Gadis itu tak tahu betapa berharganya dia dan betapa bahayanya kalau dia bersendirian.

Dan kali ini, André tidak akan lepaskan peluang untuk bercakap dengan Sophia sekali lagi. Untuk mendengar suara wanita itu. Rindunya tak dapat tertahan lagi.
Kali ini dia akan pastikan Sophia berjumpa dengan Rose juga.

Wajah Rose yang sudah mula dibuai lena itu dipandang.

“I promise I'll make it all right again."

“I won't let you go again, Rose."

Dan dia akan pastikan Sophia tidak pulang ke Malaysia lagi. Tempat wanita itu di sisi dia. Bukan Raykal,

 Bukan Raykal,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now