❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 32❦︎

1.5K 113 0
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


           BADANNYA dihempaskan di atas tilam katil biliknya. Walaupun tidak lah terlalu empuk seperti katil tilam Raykal, namun dia suka juga.

Eh?

Kenapa lah dalam banyak-banyak katil, dia fikir pasal Raykal punya juga. Sophia menggeleng perlahan. Telefonnya dikeluarkan dari poket lalu dibelek.

“Hmm bosannya. Tak ada benda best ke.." memang tak ada benda menyeronokkan pun dalam telefon dia. Betul lah kata Shasha, dia memang tak main fon.

Sosial media tiada, maka tiada lah hiburan dia. Nak tengok tv pula, banyak drama cinta. Akhirnya Sophia mengambil keputusan untuk turun ke dapur, melihat apa yang ada untuk makan.

“Hmm teringin nak makan maggie" gumamnya perlahan. Rasanya kali terakhir dia makan makanan itu pun 5 bulan yang lepas. Nak kena jaga badan lah katakan.

Namun sekarang berat badan dia dah tak akan kena ukur setiap minggu seperti biasa. Bukan lah dia tak akan jaga, namun nak juga lah rasa bebas tu sekarang.

Almari dibuka, kakinya tak perlu jengket pun untuk ambil pek maggi kari itu. Kaki dengan tangan dah panjang, ambik je lah.

“Satu je lah." satu paket dikeluarkan daripada paket besar itu lalu diletakkan atas kaunter dapur. Dia berjalan ke bahagian luar dapur untuk mengambil kuali.

Baru sahaja kuali diletakkan atas dapur, bunyi loceng pintu rumah ditekan mematikan apa yang Sophia buat.

Ding Dong!

Terus sahaja Sophia meninggalkan kuali tadi lalu berlari pergi ke arah pintu. Daun pintu dibuka perlahan, wajahnya dijegulkan sedikit untuk melihat gerangan yang berada di luar rumahnya.

“Hi my Rose!"

Terus bibirnya melakar senyuman sebaik sahaja Raykal ada depannya bersama sebuah senyuman manis.

“Awak! Hi!"

“Oh sorry sangat datang tiba-tiba malam macam ni. I hope I'm not bothering you," rasa bersalah memang ada kerana dia datang malam tak beritahu dahulu. “Kau tak tidur lagi kan tadi?"

”Eh no no. Saya kat dapur tadi, tak tidur pun." padahal jam baru pukul 8.50 malam, mana mungkin dia tidur seawal itu.

“Oh glad to hear that. Look apa pun kau buat tadi kau boleh sambung kejap lagi, aku datang sini kejap je nak bagitahu something."

Sophia mengerutkan dahinya sedikit "Kenapa tak message je?"

“It's kind of important so aku takut kau dah tidur and tak sempat baca malam ni." belakang tengkuknya diusap perlahan. Mengapalah setiap kali dia berdepan dengan gadis ini, dirinya bagai ulat.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now