𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
NAFASNYA tidak teratur. Haluannya bukan lagi jalan menuju ke rumah dia, namun Sophia tidak tahu. Matanya kabur apabila air mata bertakung di tubir mata.Sophia menggigit bibirnya kuat. Apa salah dia sehingga Raykal tipu dia bulat-bulat? Lelaki itu banyak membohong dan merahsiakan perkara sebenar.
Kesannya dia rasa seperti diri sendiri kotor sangat. Dia biar suami orang dekat dengannya. Dia kurang ajar dengan Aiveen sedangkan wanita itu isteri sah Raykal.
Malah dia rasa bersalah kerana rapat dengan André sedangkan dia tak patut pun bercinta dengan suami orang.
“Kenapa awak buat saya macam ni Raykal..” dia rasa kesal walaupun bukan salah dia.
Namun hatinya lebih kepada rasa kecewa terhadap Raykal. Lelaki itu mengaku sayang, namun menipu. Dia mengaku cinta, namun tidak jujur.
Apakah barangkali ayat ayat cinta itu pun cuma sekadar lakonan semata-mata? Namun apa motif dia? Sophia tiada apa pun untuk ditawarkan melainkan hatinya.
Srett!!
Sophia berhentikan keretanya betul-betul di bahu jalan di jambatan. Dia keluar dari kereta, serta merta terasa angin malam yang sejuk menampar kulitnya.
Oleh kerana jam sudah larut pukul 3 pagi, maka tiada yang menggunakan sangat jambatan tersebut. Memang lengang sahaja.
Sophia terus bergerak ke arah penghadang di jambatan itu. Dia memandang ke bawah. Laut tenang sahaja, berbeza dengan gelora di hatinya.
Jika mampu, dia mahu menjerit. Dia mahu menghamburkan segalanya namun dia tidak mampu. Dia tidak ada cukup tenaga untuk lakukan semua itu.
“Awak jahat..awak jahat sangat..” dia mahu bencikan Raykal, namun dia masih sayangkan lelaki itu. Mustahil perasaan dia boleh lesap begitu sahaja.
Srett!!
Bunyi tayar berhenti menarik perhatian Sophia. Lantas dia memandang ke belakang, ada 5 buah kereta hitam berhenti mengelilingi dia.
Sophia mula berfikir macam-macam namun dia kekal kaku. Dapat dia lihat seorang lelaki berpakaian sut lengkap dan berwajah hampir kacak keluar dari kereta.
Dengan penuh bergaya, lelaki itu berjalan ke arah Sophia dan berhenti betul-betul di hadapan gadis itu. Senyuman manis dihadiahkan namun Sophia hanya membisu.
“I bet you're wondering who am I, well I am-”
“I don't care who you are, or what you want. I don't know you people and I'm planning on keeping it that way. So leave me alone,"
Sophia memusingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu. Jayden tercengang beberapa saat sebelum dia mula tertawa sinis.
“Now I get it why they're so obsessed with you Sophia Rose,"
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...