𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
BEGNYA dimasukkan ke dalam kereta. Memang sekejap sahaja dia pulang, tak ada niat pun hendak berlama-lamaan di kampung ini.“Nenek, salam.” Sophia menyalami tangan wanita berumur 70an itu.
“Awal ye balik. Tapi tak apa, nenek faham. Hati-hati ya memandu tu.” sempat dia menitip pesan buat cucunya.
Sophia tersengih “Bukan Sophia yang nenek patut pesan. Tu abang grab dekat sana tu yang nenek patut pesan."
Pap! Wanita tua itu menepuk bahu Sophia “Selamba kamu je panggil dia abang grab. Dah alang-alang tu, panggil dia ke mari. Nenek nak soal siasat."
“Ish tak payah nak soal siasat sangat lah. Macam bakal suami Sophia pulak," omel Sophia pada akhirnya.
Nenek dia hanya tersengih. Macam tahu-tahu sahaja apa yang berada di mindanya. Sophia mencium pipi nenek dia sekilas sebelum bangun menuju ke Raykal yang berada di pintu.
“Awak..nenek saya nak jumpa awak sekejap."
Raykal terus mengalihkan perhatian dia daripada telefonnya kepada Sophia. Dia angguk kecil sebelum gadis itu terus pergi menunggu dalam kereta.
Perlahan-lahan Raykal membawa langkah mendekati nenek Sophia. “Ya, nek?”
Wanita itu tersenyum. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk perlahan. Raykal yang mengerti terus duduk di sebelah wanita itu.
“Kamu ni, dah berapa lama kenal Sophia tu?” masuk sudah mode serius nenek ni.
Raykal diam sejenak pada awalnya. “Tak lama. Baru sebulan dua."
“Oh..cepat pulak budak tu terima orang. Biasanya setahun dua baru dia terima orang.” nenek mengangguk perlahan sendirian, seolah-olah mengagumi.
“Nenek tak nak cakap banyak. Tapi kalau kamu dekat dengan dia sebab ada niat tak baik, tolong pergi.”
Raykal sedikit terkedu dengan apa yang keluar dari mulut wanita itu. Tak semena-mena matanya menjadi tajam. Dia berniat buruk kepada Sophia? Itu hanya akan menjadi perkara yang dia tidak akan sesekali buat.
“Tak mungkin. Dia terlampau berharga untuk saya buat benda tak elok dekat dia. In fact, saya sendiri yang akan halang benda tak elok tu dekat dia.” jelas Raykal. Terselit nada tegas di situ.
Wanita tua itu tersenyum. Lega hati dia mendengar jawapan dari mulut Raykal sendiri.
“Bagus lah kalau macam tu. Jadi cuba bagi tahu nenek, kamu dekat dengan dia sebagai kawan ke? Mustahil kawan boleh tolong hantarkan Sophia jauh-jauh macam ni. Nenek tengok gaya kamu pun nenek tahu, memang jenis orang busy.”
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Любовные романы"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...