❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 29❦︎

1.6K 128 11
                                    

𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

         "HOW?" soal Raykal tidak sabar mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "HOW?" soal Raykal tidak sabar mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Amri tersenyum segaris. "Dia pengsan tadi sebab kepala dia sakit sangat. Maybe disebabkan stress atau ada apa-apa yang jadi dekat dia. Tapi sekarang badan dia cuma panas-panas. Make sure dia makan ubat ni bila dia bangun nanti."

Raykal tidak alihkan pandangan dia daripada Sophia yang terbaring atas katilnya itu. Dia masih tidak puas hati lagi mengapa Sophia sakit kepala hingga begitu sekali.

Sebelum ini baik-baik sahaja. Tiada pula tanda-tanda yang gadis itu tertekan dengan sesuatu. Atau adakah dia tersalah cakap sesuatu?

Amri memandang Sophia yang terbaring dia atas katil itu “Sophia Rose," dia kenal siapa budak perempuan itu. Walaupun setelah beberapa tahun dia tidak jumpa Sophia, namun dia masih cam gadis bermata violet itu.

Mendengar nama gadisnya keluar dari mulut Amri, Raykal terus menoleh. “Macam mana kau tahu nama dia apa? Aku tak bagi tahu pun."

Amri tergelak kecil. Tadi Raykal sendiri memanggil dia datang ke rumah lelaki itu. Dari pertama kali dia jejak kaki dalam bilik ini, dia sudah dapat cam Sophia.

Namun dia diam sahaja. Kecil betul dunia ini.

“Aku kenal budak ni. Dia dulu pesakit aku."

Berkerut dahi Raykal. “Maksud kau?" jadi lelaki ini sudah kenal Sophia sebagai pesakit dia sebelum ini. Namun sakit apa yang budak ini ada?

Amri mengeluh perlahan. Bahu kawannya itu dipegang, memberi isyarat yang dia mahu teruskan perbualan di luar.

Raykal hanya akur. Sempat dia mengerling Sophia yang masih tidak sedarkan diri sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Pintu hanya dirapatkan namun tidak tutup habis.

Dia membawa Amri ke ruang tamunya. Sempat dia memesan kepada pembantu rumah untuk menyediakan air.

“So apa maksud kau dia pesakit kau dulu?" soal Raykal sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di sofa empuk miliknya.

Amri tersenyum nipis “Sebelum aku jawab. Aku nak tanya kau, bila kau kenal Sophia tu?"

“Sebulan lepas." walaupun tak sabar mahu tahu, namun dia jawab juga.

“Raykal aku nak tanya kau ni. Kau kenal ke budak tu siapa sebenarnya? Kau tahu tak anak perempuan siapa yang tengah baring atas katil kau tu?"

Soalan yang dilontarkan menyebabkan Raykal tiba-tiba rasa sangsi. Badannya yang santai tadi kini duduk tegak. Dahinya berkerut musykil.

Gaya soalan Amri seolah-olah menyatakan sesuatu tentang Sophia namun dia tidak dapat tangkap. Nak kata Sophia ni orang jahat ke apa?

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now