𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
LAPTOPNYA ditutup setelah selesai membuat kerja. Kunci kereta diambil lalu langkah dibawa keluar dari bilik kerja.
Dia sudah berjanji akan bawa Sophia pulang. Dengan satu syarat, iaitu gadis itu juga janji tak akan lalu laluan gelap lagi.
Pintu bilik dia menempatkan Sophia dituju. Berkerut dahi Raykal melihat pintu bilik itu sedikit terbuka. Dia menoleh ke arah tangga. Kosong.
Tiada pengawal dia pun disitu. Tiba-tiba hatinya mula risau. Terus Raykal menolak daun pintu dengan kasar.
"Rose?"
Kelibat Sophia dicari namun tiada di situ. Raykal mencari di dalam tandas pula namun tetap kosong.
"Rose where are you?" sudah ke mana pula Sophia ini.
Raykal berlari menuruni anak tangga. Nampak sahaja kelibat Adha yang baru keluar dari dapur dengan sepeket keropok terus dia memanggil.
"Adha. Mana Rose?"
"Rose?" berkerut dahi lelaki itu dengan nama yang baru disebut oleh Raykal.
"Tch that girl yang aku bawak balik lah."
"Ohhh." ingatkan Rosnah mana tadi. Adha hanya angkat bahu. Tidak pula dia nampak gadis itu di mana-mana. Dia cuma sibuk memilih makanan ringan.
Raykal berdecit kasar. Terus dia melangkah keluar rumah tanpa menghiraukan Adha. Lelaki itu memang cekap buat kerja.
Tapi kalau masuk sahaja hari Sabtu dan Ahad, dia lah manusia paling tidak boleh pakai sekali.
"Rose?" Raykal menuju ke bahagian belakang rumah pula. Mana tahu pengawal di belakang ada nampak Sophia.
Dari jauh dapat Raykal lihat pengawal yang sepatutnya menjaga tangga tadi berada di belakang. Raykal makin mendekati.
"Rose...?"
"Hehe comel nya awak ni! Emm comel comel comel."
Terangkat kening Raykal melihat apa yang dilakukan oleh Sophia. Entah sejak bila ada kucing dalam rumah dia pun, dia tidak tahu.
Sophia menggomol-gomol bulu gebu kucing itu.
"Eee comel!" geram sahaja Sophia melihat mata bulat kucing itu. Sudah lah biru.
Raykal tergelak kecil. Nafas lega dihela. Ingatkan pengawal dia bawa Sophia lari.
"Leave." Raykal mengarah pengawalnya untuk memberi mereka ruang kepada mereka.
Sophia masih lagi tidak perasan dengan kehadiran Raykal. Kusyuk betul dia bermain dengan anak kucing comel itu.
Perlahan-lahan Raykal berdiri di belakang gadis itu.
"Comel hm?"
Terhinjut sedikit bahu Sophia apabila ada suara garau di belakang.
"Eh awak." Sophia meletakkan kucing tersebut ke bawah.
Raykal tersenyum sebaris.
"Come aku bawak kau balik. Tapi kau makan dulu."
Sophia terus mengangguk. Memang dari tadi dia menunggu Raykal siapkan kerjanya untuk balik.
Terus dia mengikuti langkah lelaki itu masuk ke dalam rumah.

KERETA diberhentikan betul-betul di hadapan rumah Sophia. Tajam sahaja mata Raykal memerhatikan setiap inci luaran rumah itu.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...