𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
RAYKAL menggenggam kuat buku limanya. Sudah beratus kali dia cuba membuat panggilan kepada Sophia namun panggilan tidak bersambung.
The number you have dialed is not in service. Please dial
“KEPALA KAU NOT IN SERVICE! AKU NAK ROSE AKU BUKAN KAU!"
“Sabar, Raykal." Adha di sebelah menggeleng perlahan. Dah hampir sepuluh minit dia rasa macam tunggul. Bila Raykal marahkan suara perempuan itu, terasa macam dia pula yang kena marah.
Raykal menghela nafas kasar. Pasti Sophia punya telefon dimatikan kalau sudah begitu gayanya. Ataupun sesuatu yang tak baik jadi.
“Ah!" seketika kemudian dia teringatkan sesuatu. Sesuatu yang hanya dia tahu. Segera dia mengeluarkan telefon dia.
Dia membuka sesuatu. Laju sahaja jari jemarinya menekan skrin telefon. Adha cuba mengintai namun Raykal halang. Dia sahaja boleh tahu.
“Yes!" hilang sudah rasa amarahnya tadi berganti dengan rasa gembira.
“Why? Dah dapat tahu dia dekat mana? Ke kau nak aku detect je." soal Adha.
“No need. She turned off her phone. Tak apa Adha, kau balik je. Aku settle sendiri."
Adha memandang lelaki itu. “Betul ni?” tanya dia walaupun tidak peduli sangat hakikatnya. Dia tahu bos dia mampu jaga diri dan semestinya jaga Sophia.
“Ye. Dah jangan duduk depan rumah My Rose lama-lama. Go!"
Adha tersenyum senget. Apa-apa lah Raykal. Padahal dia juga yang ambil gadis itu di depan rumahnya apabila Sophia mahu pergi kerja.
Atas arahan Raykal sendiri.
SOPHIA meregangkan tubuhnya sebaik sahaja tiba di stesen bas. Jam tangan dikerling. Pukul 2 pagi.
Lama juga dia dalam bas. Kalau naik kereta biasanya sampai 2 jam lebih sahaja. Tapi oleh kerana bas, dia jadi sampai 5 jam.
Sophia mengeluarkan telefon dia. Terkejut juga dia melihat telefon dia sebenarnya dimatikan. Buka buka sahaja telefonnya, sekali lagi Sophia terkejut apabila menerima notifikasi berlambak.
“Mak aih! Mamat ni dah gila apa?!" mana tidaknya. 108 messages. 203 missed calls.
“Ya Allah, dah kenapa dia ni?" pelik tapi risau juga. Kot kot ada perkara tak baik berlaku.
Sophia membuka whatsapp. Tepat pada waktunya, nama Raykal juga tertera online di bawahnya. Sophia menggigit bibir.
“Kalau aku call pun, tak ada masalah lah kan? Lagipun dia yang beria call." sudah lah 3 hari menghilang. Tiba-tiba buat panggilan.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...