𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
I have a special surprise for you Rose. Adha will pick you up on 8 sharp. Don't be late°^°
Sophia mengemam bibirnya menahan senyum apabila membaca mesej itu sekali lagi. Maaf, dia kena jaga imej 'marah' dia tu. Nanti Adha nampak, kantoi dekat bos kesayangan dia itu.
Pandangan dilontarkan ke luar. Dapat dia lihat ada lampu led yang digantung di pokok sepanjang jalan mereka. Memang cantik mereka hiaskan sebegitu.
Tambah pula laluan mereka sekarang ini di jambatan. Sophia kurang pasti mereka berada di mana namun apa yang jelas, ada laut di sini. Bukan jambatan Pulau Pinang ya.
“Cik Sophia, kita dah nak sampai." suara Adha mematikan lamunan Sophia daripada jalan tadi.
Entah berapa lama dia berangan, sampai tak perasan yang kereta sudah berhenti di bahu jalan. Berkerut dahi Sophia.
“Ni dah kenapa? Nak bagi saya jalan balik rumah ke apa?"
Adha tergelak. Agak-agak lah kalau ya pun. Mati dia kena kerjakan dengan Raykal nanti. Kalau bukan sebab Raykal sekalipun, dia tak akan biar gadis ini jalan seorang malam-malam. Bahaya.
“Cik Sophia cuba tengok betul-betul. On your left.” mengikut arahan Adha, Sophia menoleh ke kiri.
Membulat mata dia apabila melihat apa yang ada di depannya sekarang ini.
“Kapal?! Dia dah gila ke Adha?!" bingit jugalah bunyi suara perempuan itu apabila terkejut. Mana tak gilanya kalau depan dia ada kapal pesiar yang tidak terlalu besar namun masih kelihatan gah mewah. Kemungkinan besar kapal persendirian.
Adha tergelak kecil ”Yes. Now let's go, cik Sophia. Raykal dah lama tunggu dalam tu."
Tidak menunggu balasan Sophia kerana gadis itu masih terpegun dan terkejut. Adha terus keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Sophia.
“Cik," sekali lagi dia tegur barulah Sophia pandang dia.
“My name is Sophia not 'Cik' 'Cik'." sempat lagi gadis itu marah. Ya lah, siapa cik? Nama dia Sophia Rose.
Adha hanya senyum segaris. Pintu dibuka lebih besar. Perlahan-lahan Sophia keluar dari perut kereta. Beg tangannya digenggam kuat. Dia tidak pasti sama ada dia takut atau terlalu teruja.
Agaknya dia terlalu teruja lah kut. Adha mengetuai langkah terlebih dahulu. Dia membawa Sophia ke arah masuk. Bukan main lagi dia pastikan gadis itu berhati-hati agar tidak terjatuh semasa melintas untuk naik ke kapal.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...