𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
TANGAN dilambaikan ke arah kereta hitam. Perlahan-lahan kereta itu mula menjauh dari rumahnya. Sophia mengeluh perlahan. Entah apa yang dia rasa.
Langkah dibawa masuk ke dalam rumah. Rumah. Bila dah jumpa rumah, jumpa lah katil. Bila dah jumpa katil, tidur lah. Bila dah tidur tahu tahu esok bangun kena pergi kerja.
Biasalah. Dia bukannya orang kaya nak duduk melantak sahaja. Orang yang kaya seperti Raykal pun bekerja.
Sophia menghenyak punggung dia di sofa ruang tamu. Siling ditenung. Tanpa sedar, tangannya naik memegang loket yang diberikan oleh Raykal tadi.
“Raykal..." entah apa lah perasaan dia terhadap lelaki itu. Dia selalu berasa gementar apabila lelaki itu mendekati.
Bukan lah gementar seperti setiap kali sebelum dia membuat persembahan. Gementar dia lain. Gementar dia sama seperti sewaktu dia bersama lelaki misteri pada malam di parti masquerade itu.
Lelaki itu!
Baru Sophia teringat tentang lelaki itu.
“Who are you?" daripada kapal terbang lagi dia tertanya-tanya.
Lelaki itu auranya sama seperti Raykal. Walaupun baru dua kali dia jumpa. Namun sudah terasa. Tetapi lelaki bermata biru itu lebih misteri.
“Kenapa kau panggil aku bunga?" sumpah dia sangkakan lelaki itu tak tahu bahasa Melayu.
Muka 100% Perancis. Terkejut Sophia apabila lelaki itu kata bunga. Kiranya dia boleh berbicara bahasa melayu la?
“Hahhh pening." Raykal dan lelaki itu. Dua duanya misteri dalam cara masing-masing.
DIA berjalan dengan penuh yakin di ruang lobi diikuti dengan pengawal peribadi dia. Semua pekerja menunduk hormat sebaik sahaja nampak kelibat dia lalu.
Mahupun yang sedang melayan tetamu, turut tunduk hormat. Bos mereka lebih penting daripada segalanya kalau di sini.
Tidak menghiraukan mereka, dia berjalan ke arah biliknya. Pengawal dia hanya berhenti sampai situ sahaja sebelum meninggalkan dia sendirian.
A.C
Itu yang tertera di pintu biliknya dan semua orang tahu itu adalah bilik bos tertinggi di hotel itu. Langkah dibawa masuk ke dalam.
ANDRÉ CLAUDE duduk di kerusi meja kerjanya sambil tangan membuka kot. Kemudian kot disangkutkan di tepi. Lengan baju ditarik hingga ke siku, menampakkan lengannya yang berurat.
Tangannya naik memegang fail yang terletak di meja. Baru sahaja dia hendak mulakan kerjanya, tanpa sengaja mata dia melirik ke arah sebuah bingkai gambar di meja kaca itu.
Terus terhenti segala pergerakan dia. Fail diletakkan semula. Kini dia mengambil bingkai gambar itu pula. Perlahan-lahan jari jemarinya mengusap gambar itu.
“I wonder what you're doing now bunga." bibirnya hampir sahaja melakarkan sebuah senyuman sebelum ketukan di pintu menghentikan segalanya.
Terus dia meletakkan kembali bingkai gambar itu.
“Entrez!" (masuk!) laungnya dari dalam.
Perlahan-lahan pintu terbuka. Julie, pembantu lelaki itu memasuki bilik.
“Désolé de vous déranger, mais M. Dominique est en bas. Il a dit qu'il voulait voir le maître." (Maaf ganggu tuan, tetapi encik Dominique sudah menunggu di bawah. Katanya dia mahu berjumpa tuan.)
Serba salah Julie mahu menyatakan perkara itu. Dia tahu, Andre pasti tidak suka diganggu. Pantang nenek moyang lelaki itu kalau diganggu waktu kerja.
Andre mengeluh kasar.
“Je viens de trouver un travail, que veut le vieil homme ?" (Saya baru masuk kerja, orang tua tu nak apa?)
“Désolé monsieur. Je ne sais pas non plus." (Maaf tuan. Saya pun tak tahu.)
Andre mengeluh kasar. Dia menyuruh Julie sambung kerja sahaja.
Andre bangun dari duduknya. Tanpa mengambil semula kot dia, Andre turun ke aras bawah. Entah apa lah yang ayah tiri dia itu mahukan lagi.
Sudah lah baru sahaja dia masuk pejabat, dah keluar balik. Kalau lelaki itu sekadar mahu berbual kosong, memang dia naik kembali.
Sampai sahaja di bawah, matanya meliar memandang segenap ruang itu. Nampak sahaja kelibat pengawal peribadinya, terus Andre panggil.
“Where is he?"
“He told you to meet him at Le Cave Café.” balas Marcel dengan riak mendatarnya.
“Is he fvcking with me right now?" berang dia. Kata nak jumpa di bawah, namun pandai pandai pula ubah tempat hingga ke Cafe. Nampak sangat yang lelaki itu tak mahu Andre lari sebelum dia habis cakap.
“You want me to-"
“No. I'll just walk.” cafe itu memang dekat sangat. Dia hanya perlu melintasi 2 blok dari jalan ini, kemudian sampai lah dia ke sana.
Marcel hanya angguk faham. Terus Andre berjalan keluar dari kawasan hotel. Langkah dibawa berjalan di depan kedai-kedai rumah di jalan itu.
Lintas sahaja di sebuah kedai bunga, langkah dia terhenti. Haruman bau bunga yang menusuki rongga hidungnya membuatkan Andre terdetak untuk berhenti.
Matanya tertancap pada bunga ros yang ada di kedai itu. Serta merta dia teringatkan seseorang.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...