SOPHIA hanya diam mengikuti langkah Alex di depan. Namun makin lama dia perasan langkah lelaki itu makin perlahan dan tahu-tahu sahaja Alex berjalan di sebelahnya.
“I nak tanya you something boleh?” soal Alex. Sophia mengangguk sebagai balasan.
“Ada apa-apa ke jadi waktu you duduk dengan Jayden?”
Sophia diam seketika.
“What do you mean by 'jadi'? Banyak benda jadi tapi tak ada yang serius sangat.”
Alex menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Jap. Let me rephrase soalan I tadi. Apa yang jadi waktu dia culik you? Did he hit you? Dia marah you? Atau dia buat benda bukan-bukan dekat you? Tell me the whole thing.”
Dahi Sophia berkerut, entah mengapa dia rasa tak puas hati pula dengan soalan Alex. Bukan dia seorang sahaja malah ramai lagi tanya begitu.
“Kenapa semua orang suka tanya macam tu? Teruk sangat ke Jayden tu? He's not that evil, Alex.”
“So he didn't hurt you?”
Sophia mengeluh agak kasar. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum dia mencari ayat untuk menjawab soalan Alex.
“Okay so soalan you tadi, no. Dia tak ada sakitkan I sikit pun. Sama ada physically or mentally. In fact, dia layan I elok. Sometimes I even forgot that I was being kidnapped because of how kind he is.”
“‘Jayden culik Sophia’. Itu yang semua orang kata and people will automatically think all the bad things that could've happened. Dia baik dengan I, dia jaga I elok-elok.”
Alex terdiam. Pelik tapi dia tidak akan ulas lebih. Mereka pun sudah sampai di ruang bawah tanah tempat di mana dia kurung Jayden.
Tangan diletakkan di tombol pintu, ingin dipulas namun dia terhenti saat Sophia menegah.
“Boleh tak kalau I masuk sendiri?”
“Sorang-sorang? Sophia no. Kalau apa-apa jadi-”
“Nothing will happen. You percaya je cakap I, Alex. He's fine.”
Alex mengeluh berat. Dia mana boleh biarkan Sophia masuk sendirian. Apa-apa jadi susah dia nanti.
“Tapi André-”
“Sekarang ni depan muka you André ke I? Tolonglah I just nak jumpa Jayden kejap lepastu I keluar. I janji.”
Alex memandang gadis itu atas bawah. Macam tidak boleh percaya sahaja.
“K. 30 minutes and kalau lebih dari tu you tak keluar lagi, I masuk.”
Sophia tersenyum puas. Dia bukannya mahu sangat bersendirian dengan Jayden namun dia mahu Jayden dapat privasi.
“Thank you Alex.”
”Oh kejap Sophia. Ada one more thing.”
Sophia mengangkat keningnya tanda 'apa?’
“Dah alang-alang you ada dekat sini, tolong suruh budak tu makan. Dah dua hari dia tak sentuh makanan dengan minuman dia."
Mata Sophia membulat sesaat.
“Kenapa?
“Apparently dia dah minta nak jumpa you since the first day he got here. And I said no. Jadi sebab tu dia tak nak makan or minum.”
Terangkat sepasang kening Sophia, tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar. Perasaan dia bercampur baur sekarang ini. Ada juga rasa nak marah Alex sebab tak beritahu awal.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romansa"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...