❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 47❦︎

1.4K 127 9
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

           DENGAN berhati-hati, Sophia berjalan menuruni tangga yang banyak itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           DENGAN berhati-hati, Sophia berjalan menuruni tangga yang banyak itu. Dia terpegun melihat hiasan yang dibuat oleh pengerusi majlis itu.

Mati matian dia fikir yang mereka akan adakan majlis di tempat tertutup seperti dewan namun mereka adakan majlis di luar dan orang ramai boleh turut menonton sekali.

“So pretty," ada kolam air pancut di tengah ruangan persembahan itu dan Sophia sudah boleh agak mengapa ballet juga menjadi pilihan pengerusi majlis itu.

Keindahan tarian ballet menambahkan lagi suasana elegan dan tenang pada malam itu. Langit juga dipenuhi dengan bintang malam. Rasa beruntung sangat apabila dapat berada di sini pada malam ini.

“Oh sorry” Sophia menunduk ramah apabila dia baru perasan yang dia menghalang laluan orang lain.

Sophia berundur ke belakang, memberi laluan. Kemudian dia berjalan pula ingin mengambil tempat duduk. Baru sahaja dia ingin berjalan, lengannya ditarik ke belakang menyebabkan Sophia hilang
imbangan.

“Ah!" matanya dipejam. Ingatkan ingin jatuh, tiba-tiba terasa seperti ada sepasang tangan kekar yang memeluk dia dengan erat.

“I got you love,” suara garau seseorang menyapa gegendang telinga Sophia membuatkan dirinya terasa tenang sedikit.

Perlahan-lahan Sophia membuka matanya. Dapat dia lihat seorang lelaki yang begitu kacak berada dekat dengannya...dan dia tahu lelaki itu.

“Y-you..A.C?"

André tertawa kecil. Sumpah kacaknya bertambah walaupun lelaki itu senyum sedikit. Boleh nampak lesung pipit di pipi kirinya.

Putain tu es si belle,” Damn you are so beautiful,

André berbisik perlahan membuatkan dahi Sophia berkerut pelik.

“I'm sorry what?"

“No," Andre geleng “Nothing." dia lepaskan pelukan di pinggang Sophia lalu menyelukkan tangan ke dalam poket.

“You are AC right?” soal Sophia lagi. Dia mahukan kepastian sahaja. 5 bulan lepas sewaktu dia berjumpa lelaki itu, dia hanya dapat lihat wajahnya samar samar sahaja.

Namun dia ingat sepasang mata biru laut itu. Dingin namun terselit ketenangan apabila merenungnya.

“Please, call me André. André Claudé." tutur bahasa lelaki itu amat kemas membuatkan Sophia berasa gugup pula ingin bercakap.

Namun Sophia laju menangkap nama Claudé di belakangnya. Miss Claudé?

“Wait does that mean-” André tidak memberi peluang untuk Sophia habiskan ayatnya.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now