𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
SOPHIA merenung ke luar tingkap. Acara yang mereka akan pergi itu berlangsung esok jadi dia ada masa untuk berehat di bilik hotelnya.Linda ada mengajak dia pergi jalan-jalan namun Sophia telah memberi alasan nak tidur.
"Hm" cawan berisi air kopi yang dibuatnya diambil lalu diteguk sedikit.
Dia tahu lambat laun dia akan jumpa dengan Raykal lagi dan mereka akan bicarakan tentang hal ini. Namun buat masa ini biarlah dia sendirian dahulu.
"Huh tak boleh macam ni." pipinya dipegang lalu digeleng perlahan. Dia datang sini bersama Linda untuk menonton persembahan kawan-kawan dia.
Kalau bersedih begini, alamatnya merosakkan suasana sahajalah. Sophia tunduk memandang cincin yang berada di tangannya. Tanpa berfikir panjang, dia buka cincin itu lalu diletakkan atas meja solek.
Sophia bangun dari duduknya lalu beralih ke cermin besar. Dia memandang segenap tubuhnya. Matanya jatuh pada rantai antik yang tersarung di lehernya.
"Need to remove this too," rantai pemberian Raykal ditanggalkan lalu dicampak atas katil.
Dia tak perlukan itu. Dia mahu lupakan Raykal buat sementara dan menikmati saat di Paris ini. Sudah terlalu banyak benda yang dia pendam sendiri, dia rasa dia berhak untuk dapat masa yang menenangkan.
Sophia menguntum senyum segaris. Bukan bermakna dia mahu terus buang Raykal dari hidup dia. Mustahil dia boleh buat begitu. Dia cintakan lelaki itu.
Masa. Dia perlukan masa. Dan dia janji, dia akan bertemu Raykal semula. Cuma bukan sekarang. Dia sendiri tidak tahu bila.
"SOPHIA. You're not wearing that tonight right?" Linda memandang baju yang tergantung di almari bilik hotel Sophia.
"Why miss? Okay lah baju tu lawa kot." baju itu sudah cukup cantik dah dia rasa. Gaun berjenama DIOR dan berwarna hitam paras lutut.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
عاطفية"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...