❦︎ 𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 2 ❦︎

4.4K 295 3
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

         RAYKAL menyisip rambutnya melalui cermin pandang belakang. Dia berada di tempat duduk penumpang belakang.

Berkali-kali dia kata dia mahu memandu sendiri tapi ditegah oleh Adha. Punya lah semangat lelaki itu nak tolong.

Macam tahu-tahu sahaja kalau Raykal sendiri memandu, kereta tidak akan sampai di sini. Malah barangkali sudah selamat merayau tempat lain.

Malas pergi punya pasal.

Dapat dia lihat di cermin belakang, ada beberapa kereta hitam yang mengikuti. Tak lain tak bukan, pasti anak-anak buah dia juga.

“Tuan, kita dah sampai.” suara Adha mematikan lamunan dia.

Raykal angguk kecil. Pintu kereta dibuka lalu kaki kanannya yang panjang dilunjurkan keluar.

Sebaik sahaja dia keluar, dapat dia rasakan ada mata-mata yang memerhatikannya.

Para wanita memandangnya dengan penuh minat walaupun sudah ada pasangan di sebelah. Para lelaki pula memandang Raykal dengan penuh cemburu.

Ada juga pandangan yang penuh dendam. Pasti, itu adalah konco-konco pihak musuh.

Namun Raykal tetap Raykal. Nak pandang macam mana sekali pun, boleh. Tapi sentuh jangan harap.

Raykal berjalan ke arah pintu utama. Adha setia mengikuti langkah bos dia. Mereka memasuki bangunan hotel mewah milik Adrian Mateen itu.

The hall?”

Tingkat dua, tuan.”

Raykal hanya berdehem kecil apabila menerima jawapan Adha. Langkah dibawa ke arah lif. Cepat-cepat setiausaha dia melekapkan kad bagi memberi akses untuk menggunakan lif.

Dalam menunggu lif terbuka, anak-anak buah dia yang lain sudah sampai. Mereka semua mengenakan kot bewarna hitam.

Kalau lalu sebelah, pasti toleh dua kali untuk melihat para jejaka kacak ini. Aw

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Raykal melangkah masuk. Punat 2 ditekan lalu dia hanya tunggu lif naik ke aras atas.

Ting!

Pintu lif terbuka semula. Raykal keluar dari perut lif, diikuti dengan yang lain. Lelaki itu hanya pandang lurus ke depan.

Tak ada yang menarik pun untuk dia toleh-toleh ke arah lain.

Buk!

“Aduh!”

Shit..”

Badan sasa Raykal terdorong ke depan sedikit. Tolakan kecil tadi tidak mampu membuat dia terjatuh tetapi masih dapat memberi kesan kecil.

“Tuan, tuan okay?” Adha memeriksa lelaki itu. Gerangan yang terjatuh akibat langgaran tadi tidak dihiraukan.

Anak buah dia yang lain memandang dengan risau. Bukan risau pasal Raykal, tapi kepada gadis malang yang telah langgar dia.

Mula lah kening Raykal bertaut. Wajahnya menjadi garang. Sudah lah dia memang tak mahu hadir ke majlis ini, lepastu ada orang nak langgar-langgar dia pula.

Raykal menoleh ke arah gerangan yang langgar dia tadi. Gadis itu terduduk di atas karpet merah yang memang dipasang di seluruh hotel.

Gadis itu masih tunduk memandang bawah. Kaki dia terasa sakit. Sudahlah dia perlu membuat persembahan sebentar lagi.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now