NAFAS ditarik dalam-dalam sebelum tombol pintu dipulas perlahan. Pintu dikuak tanpa mengeluarkan bunyi. Badan Sophia terkaku melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil.
"R-Raykal.." berlari dia pergi ke sisi katil Raykal. Wajahnya lebam, penuh dengan luka. Di mulutnya juga ada alat bantuan pernafasan.
"Ya Allah" terasa seperti hatinya dihentak dengan batu besar. Sophia menangis. Dia tak sanggup melihat keadaan Raykal sebegitu rupa.
Rasa marah semakin membuak apabila mengenangkan gerangan siapa yang lakukan perkara ini.
"Raykal.." Sophia seakan berbisik kepada lelaki itu. Jari jemarinya mengelus lembut rambut Raykal. Sophia cuba buang rasa sedih.
Dia sepatutnya bersyukur lelaki ini masih dipanjangkan umur. Bibirnya mengoyak senyum pahit.
"Raykal, saya ada dekat sini. Lepas ni, saya tak akan lari lagi. Awak boleh reka cerita apa sekalipun, saya janji saya tetap tak akan pergi lagi. Jadi awak bangun cepat ya?"
Air matanya tumpah lebih banyak. Tangan Raykal dicapai lalu diletakkan di pipinya. Dia rindukan kehangatan lelaki itu.
"Bangun ya? Saya nak kita kahwin cepat-cepat." Sophia mengemam bibirnya, menahan air mata daripada mengalir lagi. Akhirnya dia tertunduk, menghamburkan tangisan dia semahu-mahunya di sisi Raykal.
JAM tangan dikerling. Sudah 4 jam dia berada di sisi Raykal, kini tiba masa untuk dia pulang dan bersihkan diri. Sophia membuka langkah ke arah pintu rumah.Sepanjang menemani Raykal, dia hanya bermonolog sendirian dan kadang-kadang tertawa seakan-akan Raykal berbual dengan dia.
Mungkin boleh anggap yang dia dah gila, namun dia tak peduli.
"Lawat lah dia bila-bila masa kamu nak, Sophia. Uncle tahu dia bagi kamu datang anytime you want." Idris mengiringi tetamu dia itu.
Sophia tersenyum.
"Baik, uncle. By any chance, boleh tak kalau uncle straight up call me kalau Raykal dah sedar?"
"Mesti lah uncle akan call Sophia."
Sophia tersenyum lega. Sekurang-kurangnya tak ada lah dia risau sahaja akan keadaan Raykal.
"Sophia terus balik ya? Nak driver uncle hantarkan ke?" pelawa Idris. Sophia geleng perlahan.
"Tak apa uncle. Ada tempat yang Sophia nak pergi dulu sebelum balik." dia memang sudah rancang dari awal lagi hendak pergi ke situ.
Idris hanya angguk. Langkah dibawa ke luar rumah. Sedang Sophia berjalan, ada sebuah kereta yang datang dan berhenti betul-betul di depan mereka. Wajah Idris berubah bersalah.
"Uh-"
"André? Dia buat apa dekat sini?" soal Sophia. Dahinya berkerut musykil. Dia kenal itu kereta siapa, dan yang pasti dia tidak mahu berjumpa lelaki itu pada ketika ini.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...