𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
SEBAIK sahaja Raykal menghantar Sophia pulang, laju sahaja gadis itu terus kurung diri dalam bilik.
Sophia memegang dadanya. Bibir dikemam rapat. “Tu aku ke siot?"
Macam tak percaya yang dia bidas Aiveen sebegitu rupa tadi. Seolah-olah dia dirasuk dengan aura Raykal untuk pertahankan diri sendiri.
“Weh gilanya aku! Mampus aku kalau Raykal tahu aku buat sepupu dia macam tu, aaa." Sophia berlari anak ke arah katil.
Tanpa fikir panjang, badan dia dihempaskan atas tilam itu. Sumpah dia tak percaya dengan apa yang dia buat tadi. Ada rasa takut sikit, namun ada juga rasa bangga.
I am his girlfriend. Pilihan hati dia
Sophia menampar bibirnya sendiri “Aduh apa aku fikir tadi?! Ya Allah malunyaaa" wajahnya ditekup di bantal.
Sumpah dia rasa hendak tanam sahaja tubuhnya dalam tanah biar orang tak boleh nampak lagi. Confident beli dekat shopee bak kata melayu sekarang.
“Ah lantaklah! Siapa suruh dia cari masalah dengan aku, kan dah mendapat!" terang lagi bersuluh Aiveen memang cari pasal dengannya.
“HAHAHA are you being serious? My sweet Rose tak mungkin jadi ganas macam tu." Raykal menggeleng kepala.Tangannya menarik tali leher lalu dibuka. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap. Rasa tenang sahaja dengan suasana malam itu.
“Betul bro. Buat apa aku nak tipu kau? Aku nampak dengan mata aku sendiri yang dia tolak Aiveen." jelas Adha lagi.
“Haih dah kenapa pulak dia nak tolak Aiveen?"
“Memang betul lah kau kata Sophia tak akan buat macam tu. Tapi tadi, Aiveen tu sakitkan hati dia. Aku rasa sebab tu lah dia jadi macam tu."
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romantizm"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...