Bab 7

134 13 2
                                    

Mustika enak diulit mimpi, malam ini mudah sahaja dia tidur mungkin kerana terlalu lelah bekerja siang tadi.

Prakk...

Terjaga Mustika seketika apabila terdengar bunyi hentakan di lantai kayu rumahnya. Terkejut dia apabila disebelahnya ada lembaga hitam yang betul dekat dengannya. Memgucap dia dibuatnya.

“Upss... kita mengejutkan tuan hambakah?” tanya Puteri Bakawali sambil tersenyum bersalah. Mustika menenangkan dirinya seketika.

“Ap...apa yang tuan hamba lakukan disini, bagaimana tuan hamba masuk?” tanya Mustika takut-takut.

Sudahlah malam, bila teringatkan keberadaannya di mana lagi membuatnya takut.

“Eh, tidak perlulah terlalu takut wahai si gadis. Kita tidak akan membahayakan kamu.” kata Puteri Bakawali memujuk supaya Mustika bertenang. Mustika melihat pintu rumahnya.

‘Rasanya sudah aku kunci tadi?’

Mustika menyoal sendiri. Puteri Bakwali tersengih.

“Ya, kamu sudah kunci pintunya. Cuma... pintu ini tidak la terlalu tebal kalau kita berjaya menembusinya.” kata Puteri Bakawali dengan bangga sambil menepuk-nepuk pintu itu perlahan.

Mustika ketawa pada dirinya sebentar. ‘Mustika kau sudah lupa kau dimana?’

“Bagaimana keadaanmu wahai si gadis, baik-baik sahaja?” tanya Puteri Bakawali. Mustika tidah tahu mahu membalas apa. Dia pun tidak tahu dia baik atau tidak.

“Oh, maaf. Pasti tidak bukan” Puteri Bakawali ketawa dengan soalan yang dia ajukan. Manusia mana tidak gerun pada makhluk halus. Puteri Bakawali hanya menatap Mustika sambil berfikir. Mustika janggal.

“Ke...kenapa pandang kita begitu?”

“Aneh... kita cuma aneh. Bagaiman manusia seperti dirimu boleh termasuk ke alam kami.” Puteri Bakawali meluahkan apa yang terpendam di dalam fikirannya. Mustika pelik.

“Bukan sudah ada manusia yang masuk ke alam ini?”

“Ya memang ada, sudah ramai manusia yang termasuk ke alam kami. Cumanya bukan manusia seperti kamu, bukan manusia istimewa seperti kamu wahai si gadis.” Mustika mengerut dahi tidak mengerti.

‘Manusia istimewa?’

Puteri Bakawali menghela nafas. “Manusia sepertimu tidak sepatutnya berada disini, jika mereka tahu keberadaanmu pasti kamu dalam bahaya.”

Mustika teringat, “Kerana itukah lelaki itu mengatakan kepada kita untuk kekal di kampung ini jika mahu selamat?” tanya Mustika.

“Lelaki mana?” Mustika menggeleng, tidak tahu nama lelaki itu.

“Ya benar kata lelaki itu, jika mahu selamat kekal di kampung ini. Kami akan melindungimu dari jatuh ke tangan mereka.” kata Puteri Bakawali menasihati.

“Siapa mereka itu, tuan hamba?” soal Mustika. Puteri Bakawali menggeleng, “Kelak kau akan mengetahuinya wahai si gadis.” Mustika menunduk mendengar jawapan itu.

“Panggil sahaja kita Ratna, tak perlu bertuan hamba dengan kita. Nama kamu pula siapa?” tanya Puteri Bakwali. Mustika tidak mahu memberi tahu, dia masih keliru dan tidak mahu percaya pada golongan mereka.

Dia masih rasakan golongan mereka semuanya jahat dan kalau benar mereka ini baik kenapa ada yang hilang disebabkan mereka?

Puteri Bakawali ketawa halus, dia mampu membaca apa yang Mustika fikirkan. Itu satu kelebihan yang Allah berikan pada golongan mereka.

“Kami tidak jahat seperti yang manusia sangkakan. Kami juga tidak menculik manusia untuk masuk ke alam kami, manusia sahaja yang terlalu leka. Mereka alpa mereka lupa bahawa ada yang sudah berpesan pada mereka supaya jangan datang ke kawasan kami. Mereka tahu, tetapi mereka tidak percaya. Adakah manusia tidak tahu bahawa di alam ini bukan manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja hidup? Ada juga makhluk lain yang Allah telah ciptakan. Tetapi mereka sengaja datang kesini untuk mengetahui sendiri bahawa kami benar-benar wujud ataupun tidak. Memang benar kami bukan manusia, tetapi kami juga seperti manusia. Kami berbual, bermain, bekerja dan juga bercinta. Kami juga mencari kekasih, mana mungkin kita bisa melepaskan kekasih hati kita untuk meninggalkan kita. Tak mungkin, mungkin kerana itu manusia menganggap bahawa kami menculik mereka. Sedangkan kami tidak ada niat pun untuk menganaiya manusia” kata Puteri Bakawali panjang lebar.

Kadang dia marah juga sikap manusia yang mengada-ngada mencari masalah. Setelah itu, menyalahkan mereka bahawa ini semua perbuatan mereka. Sedangkan manusia sendiri yang datang ke tempat mereka.

“Sudahlah, hari sudah gelap. Maaf kita ganggu kamu tidur, tidurlah selepas ini ia akan menjadi hari yang mencabar. Ahh tak usah risau, jika benar masanya telah tiba akan kita hantar juga kamu pulang wahai anakku.” pesan Puteri Bakwali sebelum bergerak ke pintu.

“Nama kita Mustika... Mustika Delima” Puteri Bakawali memandang Mustika sambil tersenyum.

“Sungguh indah namamu Mustika. Seindah rupamu, tidurlah kita keluar dahulu.” Puteri Bakwali pergi dan berjalan menembusi pintu rumah Mustika untuk keluar. Dia tidak berniat untuk membuka pintu kerana ia mungkin akan mengeluarkan bunyi bising.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now