Keesokanya hari Mustika terasa lain, dia terasa tenang dan seperti berada di perkampungan Manusia. Bukan di perkampungan penduduk Wangsa Ghaib, entahlah...
Burung juga membunyikan suara alam, seperti sedang bermain bersama teman-teman sambil bergelak ketawa.
Bayu juga meniup lembut, dedaunan juga bergerak mengikut arah angin. Terasa indah dan tenang. Sudah lama Mustika tidak merasa perasaan tenang begini sejak dia datang kemari.
Tapi dia terasa aneh seketika, selalunya ada sahaja dia melihat laki-laki bekerja tetapi harini tidak ada pula. Yang ada hanya wanita, anak dara dan anak perempuan sahaja.
“Amboi, apalah yang ditenungkan itu,” usik Puspa yang baru tiba bersama Intan dan juga Maya.
Terperanjat Mustika apabila disergah begitu rupa. “Jejaka manalah yang diteringatkan tu ya,” kata Intan pula. Mustika hanya menggeleng sahaja, jajaka manalah yang mahu dia ingatkan. Tiba-tiba sahaja dikata begitu.
Tiba-tiba Mustika memandang mereka bertiga aneh. Dia mengimbas pakaian mereka atas bawah. “Kalian mahu kemana memakai pakaian begini?” tanya Mustika apabila melihat mereka bertiga hanya berkemban dengan kain sutera unggu kosong tidak bercorak. Mereka tergelak dengan soalan itu. Mustika pun tidak tahu apa yang kelakar.
“Ini yang mahu dikatakan ni, mari ikut kami.” ajak Puspa. Terkejut Intan dan Maya. Terkejut lagi Mustika, mahu membawanya kemana pula?
“Mahu kemana?” soal Mustika.
“Ke Sungai Baiduri, sudah ramai menunggu kita disana. Nah pakai kain ini untuk mandi disana.” hulur Puspa kain sutera unggu untuk membaluti badan. Mustika pelik, “Mandi?”
‘Apa rumah dah tak ada airkah?’ soal Mustika dalam hati. Mereka memandang Mustika sambil ketawa lucu. Mustika menepuk kepala perlahan lupa bahawa mereka semua boleh mendengar bicara hati manusia.
“Tu...tunggulah sebentar. Eh tapi, tidak mengapakah kalian berkemban begini. Tidak ada yang melihatkah?” soal Mustika risau.
Puspa menggeleng, “Tidak ada Mustika, ketika ini hanya wanita sahaja berada di kampung, yang laki-laki semuanya sudah naik ke gunung membuat kerja.” terang Puspa.
Mustika hanya mengangguk. Kerja apa tidak pula dia menanya, kenapa dia perlu bertanya. Tak mahu dia melayan perasaan ingin tahunya disini. Nanti lain pula yang terjadi.
“Kau mahu mengajaknya juga kah? Ingatkan mahu memberitahu sahaja.” tanya Intan setelah Mustika masuk kerumahnya. Puspa mengangguk.
“Gilakah mahu ditinggalkan, takkan mahu biar dia duduk seorang diri? Jika terjadi apa-apa bagaimana?” terang Puspa yakin. Intan dan Maya hanya mengiyakan sahaja. Betul tak betul juga.
“Sudah siap, sebentar ya.” kata Mustika yang ingin menurun tangga dan berpaling kebelakang untuk menutup pintu. Terkejut mereka bertiga melihat Mustika berkemban begini, pertama kali juga mereka melihat Mustika melepaskan rambutnya tidak diikat.
Mustika melihat mereka pelik. “Kenapa? Ada yang tidak kena? Kita ikut sahaja kalian untuk berkemban.” kata Mustika janggal.
Sempat juga dia menutup kepalanya dan bahagian badan yang terdedah dengan kain sutera yang dia selalu bawa. Tidak selesa pula apabila mereka melihat dia begini.
Mereka bertiga tersengih sambil menggeleng. “Tidak ada apa-apa, mari.” ajak Puspa dan lekas menarik lengan Mustika. Intan dan Maya hanya ikut sahaja dari belakang.
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...