Bab 52

81 10 1
                                    

“Aku harap, selepas kau keluar dari sini, kau mulakan hidup baru. Bercinta dan bernikah dengan golongan seperti kau.” kata Adi dengan senyuman lembutnya. Mustika memandang Adi. Adi tersengih menampakkan giginya.

“Kau pandang pun aku,” Mustika menggigit bibir bawahnya.

“Kenapa tuanku berkata begitu?”

“Berkata apa?”

“Yang tadi?”

“Oh,” Adi ketawa halus. Mustika suka sisi Adi yang sekarang, cukup untuk membuatkan jantungnya berdebar hebat.

“Saja mahu peringatkan kau. Jaga diri kau baik-baik ya, adinda sayang” mata Mustika terjegil sedikit bila Adi memanggilnya begitu.

Dia kata kat aku? Betulkah? Ke orang belakang dia? Tak, belakang dia tidak ada sesiapa.

Adi ketawa halus melihat tingkah Mustika ketika ini. Dia juga tak sangka akan terlepas kata begitu. Itu lah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mengorat? Tenung-tenungkan....

“Selepas ini jika terjadi apa-apa, aku tak dapat selamatkan kau lagi. Jadi kau harus melindungi diri kau sendiri. Jadi kuat, jadi yang terbaik. Jangan biarkan sesiapa pun jatuhkan kau, faham?” nasihat Adi dengan lembut. Selembut kasih, dia tak tahu bila lagi atau mungkin tidak akan berjumpa dengan gadis dihapannya ini.

Mustika hanya merenung muka manis Adi. Macam tak ada benda lain dah yang nak ditenung, muka Adi sahaja dia mahu tenung sekarang ini. Entah lepas ni, boleh tenung lagi ataupun tidak. Wallahua'lam.

“Sungguh aku katakan, aku tak pernah segembira ini bila ada manusia yang tersesat masuk kesini. Kau bawa sinar kepada hati ini Mustika,” kata Adi ikhlas sambil menyentuh dadanya. Mata mereka merenung sesama sendiri.

Mustika mencari anak mata Adi, ya dia nampak keikhlasan itu.

“Kau patut beruntung, kau manusia pertama yang aku bawa kesini, dan kau juga manusia pertama menemani aku disini,” kata Adi sambil mengangguk dan tersenyum lebar. Pantas tangannya menongkat dan merenung Mustika disisinya.

Malu pula kena tenung sebegitu, pantas Mustika mengalihkan pandangannya dan menggigit buah ditangannya. Adi menghela nafas perlahan.

“Kau manusia yang terpilih Mustika. Jiwa Nirmala itu satu dalam sejuta. Jangan pernah rasa menyesal pernah masuk kesini ya,” Adi berkata lembut.

Mata mereka bersatu, masing-masing leka bertatap sesama sendiri. Tiba-tiba Adi tersenyum manis.

“Lepas ni, hanya aku sahajalah makan disini, tiada teman. Haih, sunyi” Adi ketawa halus sambil menggigit buah ganjil ditangannya.

“Penduduk yang lain? Mereka tak makan buah ini? Lanang kan ada? Kenapa pula tuanku kesunyian?” Mustika pelik dengan kenyataan Adi. Adi menggeleng sambil tersenyum.

“Hanya aku yang makan buah ini. Hanya aku dan kamu,” Adi nampak tepi bibir Mustika comot terus ibu jari kasarnya mengesat kotoran itu dengan lembut. Kaku Mustika ditempatnya, matanya merenung perbuatan Adi. Adi ketawa halus.

“Lapar sangat kah? Sehingga comot kamu makan?” Adi tegur Mustika seperti anak kecil. Lembut dan menawan.

TIba-tiba Mustika mencebik, matanya berkaca. Hatinya sebak, terus air matanya laju mengalir.

Mata Adi terbeliak. “Hey, kenapa kamu menangis Mustika?” kata Adi sambil mengesat air mata gadis itu.

Hilang akal agaknya diri dia ni, berani-berani menyentuh anak dara orang. Kalau nampak dek bondanya mahu ditazkirah dua hari dua malam.

“Selepas ini, kita dah tak dapat berjumpa lagi kan? Masih ada untuk kita berjumpa lagi?” kata Mustika teresak-esak. Mata Adi memerah dan menggeleng perlahan. Esakan Mustika makin kuat.

“Biar sahaja takdir yang menentukan,”

“Kita.... sudah jatuh cinta pada tuanku,” Mustika memberitahu isi hatinya.

Pergerakan Adi terhenti, dia memandang Mustika tak percaya.

“Jadi, kamu mahu bernikah dengan aku?” tanya Adi berseloroh. Mustika terdiam, air matanya makin lebat. Adi kecewa, sudah semestinya takkan. Mustika harus keluar dari sini!

“Temukan cinta yang baharu, itu lebih membahagiakan,” kata Adi lembut dan mengusap rambut Mustika perlahan, dadanya rasa sesak. Bodoh dia kali ini, kenapa terasa mahu menangis?

Dia memandang sayu gadis dihadapannya ini, “Tuanku pasti tidak ada apa-apa perasaan pada kita kan?” Muka merah Mustika menatap mata merah Adi. Adi diam.

Mustika menahan air matanya supaya tak jatuh, tapi bila melihat senyapnya Adi. Air matanya meminta untuk keluar!

“Aku juga cintakan kamu, adinda”
-
-
-
-
“TIdaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya,”
(Surah Yasin ayat 40)

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now