Bab 55

144 10 6
                                    

Sejak Mustika ditemui oleh Tuan Sulaiman di dalam hutan, Mustika menjadi semakin pendiam. Orang kampung juga sudah berbual tentang perkara itu.

“Anak Sulaiman tu kena culik bunian,”

“Syukur sekurang-kurangnya dia pulang,”

Kata-kata itu dia boleh terima lagi, tapi yang paling mengguris hatinya.

“Mungkin lelaki bunian disana tak mahu dia, sebab itu dia pulang kesini sendiri,”

“Kesian, kalau sudah tak laku. Sampai bila-bila pun tak laku”

Astaghfirullahalazim, sungguh hatinya sebak. Fikirannya terus mengingatkan Adi. Dia tak tahu kenapa dia jadi begini. Bukan Adi sahaja, malah semuanya.

Mereka baik-baik sahajakah? Mereka tidak cederakan?

Jauh Mustika termenung di tepi pondok menghadap sawah sebelum lamunan itu dimatikan oleh adiknya.

“Kakak baik-baik sahaja?” tanya Malik perlahan. Dia sedih melihat sifat ceria kakaknya sudah pudar. Mustika hanya tersenyum nipis. Mata masih tak memandang adiknya.

“Malik minta maaf, kerana Malik kakak jadi begini. Malik janji! Lepas ini Malik tak nakal lagi,” kata Malik bersemangat memujuk kakaknya sambil tangan kanan diangkat berjanji. Dia sedar kalau bukan dia sengaja mahu bersembunyi darinya kakaknya takkan mencari dia sehingga tersesat.

Mustika memandang Malik tanpa bicara apa-apa “Kakak tidak terluka dimana-mana kan? Pasti sudah banyak hal yang kakak lalui disana,” kata Malik sambil menarik perlahan hujung selendang yang Mustika pakai.

“Tidak apa-apa Malik sekurang-kurangnya kau baik-baik sahaja,” kata Mustika ikhlas. Dia tak mahu menyalahkan sesiapa.

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah walaupun terkadang kita menyoal kenapa perkara itu dan ini harus terjadi. Tapi kita harus percaya pada ketentuan Allah, yang terjadi dalam hidup pasti ada hikmah.

Jadi kuat, yang terbaik. Jangan biarkan sesiapa pun jatuhkan kau, faham?
Ya terkadang perpisahan adalah satu bentuk Allah menguji kita dan menjadikan kita lebih kuat.

“Nah, ambil wang ini”  Mustika memandang maknya yang menghulur beberapa keping wang timah kepadanya. Berkerut dahi Mustika.

“Ambil sahaja, kamu pergilah berjalan di pasar seperti dulu. Kamu suka kan menghabiskan wang membeli barangan dan makanan,” maknya mengambil hati Mustika. Mustika tersenyum nipis dan menggeleng.

“Tak perlu la mak, baik Mustika duduk dirumah sahaja,”

“Tak, sudah pergi. Malik teman kakak kamu. Dan jangan pergi berjauhan dari dia, faham?” mak memberi nasihat.

Malik mengangguk dengan senyum lebarnya. Sukalah dia nanti boleh minta kakaknya belikan makanan.

                                                               “Eh kau tengok tu”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                              
“Eh kau tengok tu”

“Wah ingatkan sudah tidak mahu keluar rumah,”

“Ya lah, dah orang bunian tak mahu dia. Dia mahu cari manusia la pula,”

Celuparnya mulut! Panas telinga Malik mendengar kumpulan ‘makcik bawang’ yang tidak jauh dari mereka mengutuk kakaknya. Dia memandang kakaknya yang sedang membeli makanan, kakaknya hanya beriak tenang.
Kakaknya tak dengar. Atau pura-pura tak dengar?

“Kalau orang lain, punyalah menggila, meroyan seperti tak ada esok. Dia biasa-biasa sahaja,” Mustika mendengar perlian itu dan hanya mengendahkan sahaja. Baik dia beli makanan, dia dah tak larat nak tadah air mata. Bukan boleh buat wang pun.

“Kau tengok tu, bukan dia layan kita pun. Memang padan kena culik bunian pun,” langkah kaki Mustika terhenti dan memandang ‘makcik bawang’ yang mengutuk dia.

Ya kutuk belakang-belakang berdosa, jadi kutuklah depan-depan. Tapi kutuk depan-depan pun berdosa juga ya. Sudahlah mengutuk, memfitnahnya pula. Kena minta maaf pada tuannya sendiri, jika tidak merangkak la di akhirat nanti meminta maaf.

Mustika memandang mereka dengan mata yang tajam. Terdiam wanita-wanita itu, kaki sudah menggelabah. Mustika tersenyum.

“Makcik, makcik tahu kah orang-orang bunian kat sana tak mahu kita? Lagi satu, memang orang bunian tu jahat, mereka culik orang. Tapi jahat lagi mulut kalian. Sekurang-kurangnya mereka tak berhati busuk. Mulut busuk,” Mustika berbicara lembut tapi cukup tepat pada hati-hati wanita-wanita itu.

Pantas sahaja Mustika memberi salam dan menarik tangan Malik untuk pergi. Sempat Malik mengemam bibirnya menahan ketawa. Ini baru kakak kita!

Selepas pulang dari pasar terus Mustika masuk kebiliknya. Dia membuka laci mencari sekeping kertas yang dia tuliskan sesuatu.
                                                                                                       " أيك أسمارا "
                               أدي راجونا   

Lama dia tenung kertas itu.

Mustika melihat suasana tenang sawah dari jendelanya.

Eka asmara, satu cinta.

“Kita berharap untuk bertemu lagi, walaupun sekadar mimpi,”

“Kita berharap untuk bertemu lagi, walaupun sekadar mimpi,”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                               Tamat

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now