Bermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya.
Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain.
Adi Rajuna s...
“Kau adalah orang pertama yang aku lihat sedang makan buah ini dengan selera sekali” kata Adi menarik perhatian Mustika yang sedang selera menggigit buah. Mustika tertarik dengan apa yang Adi katakan, dia mengangkat kening. Adi duduk dan bersandar di pohon bersebelahan dengan Mustika.
“Setiap manusia yang tersesat ke alam ini aku bawa datang ke sini untuk makan, tapi semuanya menolak dan lebih untuk memilih makan makanan yang penduduk kampung itu jamukan.” terang Adi. Mustika membuat muka loya tanpa Adi melihatnya. ‘Bagaimana mereka boleh makan?’
“Kenapa pula?” soalnya. Adi mengangkat bahu, “Mereka kata buah ini kurang enak berbanding makanan di kampung sana, rasanya tak manis” kata Adi sambil ketawa perlahan bila teringat karenah manusia yang dia pernah bawa ke pokok Buah Ganjil ini.
Kenapa diberi nama ganjil? Kerana buah ini sahaja yang selamat untuk manusia yang tersesat disini, tapi buah ini tidak kena pula dengan selera mereka.
Mustika pelik, “Kita makan manis sahaja.” kata Mustika dan menyambung memakan buah ditangannya. Adi tersenyum lagi melihat Mustika.
“Mungkin kerana kau lain daripada yang lain, kau istimewa Mustika.” kata Adi. Mustika memandang Adi dengan wajah polos. Mata mereka bertatapan.
“Ah sudah, lekas makan.” kata Adi mengalihkan pandangan dah terus dia ambil satu buah di pokok itu dan makan. “Tuan hamba makan juga buah ini?” soal Mustika.
“Jika manusia boleh memakannya, kenapa tidak aku?” soal Adi kembali. Mustika tersengih ibarat Adi sedang membalas ‘Kenapa? Tak boleh?’
“Terima kasih tuan hamba.” kata Mustika ikhlas. Ya dia ikhlas, kalau tidak memang benar dia boleh mati kebulur. Adi hanya mengangguk sambil menggigit Buah Ganjil itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“Sudah pergi masuk kerumahmu, nanti Puspa akan mencari pula.” pesan Adi setelah menghantar Mustika pulang dari tempat tadi. Mustika mengangguk, tiba-tiba dia terasa berat mahu meninggalkan Adi. Dia terasa tidak puas mahu bersama Adi, entah apalah yang dia rasakan. Cepat sahaja dia beristighfar membuang perasaan itu.
“Ahhh satu perkara lagi, jangan kau memberitahu mereka kemana kita pergi ya.” pesan Adi sebelum pergi dari situ. Mustika hanya mengangguk sahaja mengikut arahan itu.
“Cik, haihh kemana sahaja cik pergi. Risau kita dibuatnya.” jerit Puspa yang sedang tunggu dihadapan rumah Mustika. Mustika tersengih janggal, mahu dia memberitahu tiba-tiba dia teringat pesanan Adi.
“Lain kali jika mahu kemana, cik beritahulah kita. Jika ada hal yang buruk berlaku bagaiman?” kata Puspa risau. Mustika hanya tersenyum, tidak tahu pula disini dia dilayan bagaikan puteri. Sedangkan dia datang kemari sebagai tetamu yang tak diundang.
“Tak usah bimbang Puspa, kita baik-baik sahaja. Puspa... panggil sahaja kita Mustika.” kata Mustika memberitahu namanya. Rasanya tidak menjadi masalah jika dia memberitahu namanya. Ratna dan juga lelaki itu juga sudah mengetahui namanya.
Puspa tersenyum, “Sedap juga nama kamu, Mustika” puji Puspa ikhlas. Mustika hanya tersenyum, bersyukur mak dan bapaknya memilih nama ini untuk dirinya.
“Sudah masuk la kerumah Mustika, waktu begini sudah tiada siapa yang berada diluar.” baru Mustika perasan hanya dia dan Puspa sahaja berada di luar rumah. Pantas Mustika mengangguk dan masuk kerumah. Lagipun dia belum solat Asar lagi.