Adi berseorang berjalan menuju ke kampung, tidak tahu dia bermimpi apa tiba-tiba sahaja dia sampai. Sengaja dia mengelilingi kampung itu mengambil angin.
Salah, bukan mengambil angin sengaja dia ingin mencari seseorang.
Dia berjalan ke kawasan yang ramai penduduk sedang membuat kerja, dia memandang ke arah satu pondok buluh. Pondok itu diduduki oleh seorang gadis, tersengih dia seketika.
Dia sudah jumpa orang yang dicari.
Perlahan dia berjalan menghampiri gadis itu, tanpa mengeluarkan suara dia memerhati apa yang gadis itu lakukan.Gadis itu sedang bersungguh-sungguh mengukir corak bunga pada sebuah kayu tebal besar yang berbentuk dadu. Kadang bibir gadis itu mendecit geram kerana ukiran yang dia buat tidak menjadi. Adi tersenyum senget.
“Kau sedang membuat apa?” tanya Adi sambil mengambil tempat di hadapan gadis itu. Mustika terkedu sebentar dengan kehadiran Adi.
Sudah dua hari dia tidak melihat wajah lelaki itu, berdebar pula yang dia rasakan ketika ini.
Adi memandang wajah polos dihadapannya dengan kepala disengetkan sedikit. Mata Mustika berkelip beberapa kali memikir apa yang perlu dia jawab. Mustika memandang ukiran yang dia lakukan, tiba-tiba sahaja kayu yang dia ukir itu diambil oleh Adi.
Mustika terkejut terus sahaja memandang Adi yang sedang membelek ukirannya itu.
“Kita tahu ukiran kita buruk..”
“Cantik” ucap Adi memotong percakapan Mustika. Mata Mustika membulat menerima pujian itu.
“Tapi...sedikit kasar” Adi menambah pendapatnya. Dia meletakkan kayu itu dengan perlahan dan menatap wajah jelita Mustika. Mustika tersengih melihat ukirannya.
“Ini pertama kali kita membuatnya, kita terima pendapat tuanku,” Mustika membalas pendapat itu dengan senyuman.
“Panggil sahaja aku Adi, orang lain juga panggil aku Adi,” tegur Adi pada Mustika. “Kenapa tidak tuanku?”
Adi mengangkat bahu.“Tiada yang memanggil aku begitu,”
“Kalau begitu biar kita yang panggil,” kata Mustika sambil tersengih
Adi turut tersenyum melihat senyuman itu, dia suka melihat senyuman Mustika. Senyuman itu sungguh manis dimatanya. Dia juga tidak sedar bahawa dia tersenyum.“Mustika sudah siap?” tanya Lanang yang baru tiba sambil meletakkan beberapa kayu tebal berbentuk dadu dan alat mengukir ke lantai pondok buluh.
Lanang mengambil kayu ukiran itu dan membelek. Mustika tekun melihat Lanang menunggu ulasan dari dia.
Lanang mengangguk, “Cantik cuma... sedikit kasar,” kata Lanang ikhlas sambil tersenyum pada Mustika.
Mustika hanya mengangguk pasrah. Sama sahaja pendapatnya dengan Adi sebentar tadi.
“Tapi, ukiran ini comel. Sama seperti pengukirnya,” puji Lanang mengambil hati Mustika sambil tersenyum gatal. Mustika menahan malu apabila dikata begitu manakala Adi sudah menjengket bibirnya tanda dia meluat dengan Lanang.
Dia melihat wajah Mustika yang menahan malu, panas pula yang dia rasakan. Lanang ni kalau hal pikat-memikat dialah juara “Sudah mari Mustika,” arah Adi secara tiba-tiba dan bangun dari situ untuk pergi.
“Eh mahu mengajak Mustika ke mana?” tanya Lanang kelam kabut.
Adi memandang Lanang “Pergi ke mana-mana sahaja kenapa ada masalahkah?” tanya Adi tak mahu kalah.
“Ya ada masalah, Mustika anak murid aku ketika ini. Harus diminta izin dahulu wahai Adi,” balas Lanang berlagak angkuh. Adi mengangkat kening, Mustika hanya memerhati tidak mahu bersuara.
“Oh perlukah?” tanya Adi memandang Lanang atas bawah.
Lanang kecut perut “Pe...pergi la kalian,” Lanang mengalah.
“Mari Mustika,” Mustika tidak berkata apa dah terus mengekori Adi. Lanang hanya mencebik “Ya lah, ya lah. Dia tu siapa, aku ni siapa. Tahu la anak pemimpin sesuka hati sahaja mau membuat apa cis,” Lanang melepaskan sebal didadanya sendirian.
“Aku dengar Lanang!” jerit Adi mengejutkan Lanang yang masih mengutuk Adi, terdiam dia.
“Kita jumpa nanti Lanang,” kata Mustika sambil melambai mesra. Lanang tersengih dan membalas senyuman itu.
“Tata...”
Mustika tersengih mendengar ungkapan lambaian perpisahan itu. Adi di hadapan sudah membuat muka toya, meluat. Ceh cemburu la tu.
-
-
-
-
Elelelele...ghisauu
![](https://img.wattpad.com/cover/305787070-288-k280414.jpg)
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...