Bab 34

81 6 1
                                    

“Adi nampak begitu rapat dengan gadis itu,” kata Anggun memecah kesunyian mereka. Selepas pertemuan tadi mereka membuat keputusan untuk pulang bersama.

Alang-alang jalan yang mereka mahu lalu adalah sama, tak salah mahu jalan sekali.

Anggun memandang Adi meminta jawapan. Adi hanya tersenyum nipis dan menoleh pada Anggun yang seperti telah berfikir perkara yang bukan-bukan padanya.
“Eh, Anggun jangan berfikir bukan-bukan. Aku cuma menemani dia sahaja,” jawab Adi membetulkan prasangka Anggun. Anggun tersenyum lebar.

“Teman sampai ke dalam rumah?” Adi terhenti gerakkanya. “Jangan berfikir bukan-bukan. Aku takkan membuat apa-apa dengan Mustika,” balas Adi dan bergerak kehadapan.

“Adi sukakan dia?” Adi tidak membalas soalan itu. “Jika Adi sukakan dia, baik Adi berhenti!” Adi menoleh kebelakang melihat Anggun.

“Apa yang salahnya?”

“Adi lupa siapa Anggun pada Adi?”

Adi diam tidak membalas pertanyaan itu. Puteri Bakawali pernah merancang untuk menyatukan Anggun dan Adi. Tapi Adi menolak, Anggun pula menerima rancangan tersebut.

“Cantik sangatkah gadis itu berbanding Anggun?” Anggun menyoal dan mendekati Adi. Adi bergerak kebelakang. Tak mahu terlalu dekat dengan Anggun.

“Kecantikan sahaja tidak mampu memutikkan cinta,” Adi membalas dengan suara yang perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Anggun.

“Jadi betul Adi cintakan gadis manusia itu?” Adi diam lagi. Ketika ini diam adalah jawapan yang terbaik.

“Adi, kita berdua berkenalan lebih lama berbanding Adi mengenali Mustika,” suara Anggun naik seoktaf.

Dia perlu ingatkan Adi, dia tak mahu Adi terus terjerumus ke dalam hati Mustika. Adi milik dia!

“Pasti ada lelaki yang lebih baik untuk kau Anggun,”

“Tapi aku mahukan Adi!” Adi menggeleng dan pergi dari situ.

“Mustika pasti tidak akan menerima kau Adi, kau harus sedar diri kau siapa Adi,” langkah Adi terhenti. Tangannya digenggam menjadi penumbuk.

“Kalau begitu biarkan, itu lebih baik,” Adi pergi meninggalkan Anggun.

Anggun dibelakang menggeletar menahan marah. Tangannya digenggam, dia tercabar. Dia merasakan dirinya lebih layak berbanding gadis sesat itu.

Kau yang perasan diri kau dicintai Adi sekarang kau mahu berdendam pula dengan gadis itu?

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now