Bab 28

91 11 0
                                    

Mustika dan Puspa berada di hadapan istana utama selepas selesai bersantap pagi bersama Puteri Bakawali. Sengaja mahu mengambil angin pagi disini, ini pengalaman baharu buat Mustika. Pengalaman yang hanya datang sekali seumur hidup.

Selepas ini dia tidak pasti, sama ada dia dapat merasai suasana alam seperti ini. Di sini, di dunia ini. Dia menyentuh lembut bunga kemboja yang tumbuh mekar dengan perasaan tenang. Sengaja dia pergi ke bahagian taman bunga untuk melihat.

“Mustika!” jerit Intan riang sambil berlari ke arah Mustika. Mustika terkejut apabila Intan memeluknya dengan kuat, kaki dia mengundur ke belakang. Nasib tidak jatuh, baru sahaja kedudukannya mahu stabil tiba-tiba Maya datang kemari memeluknya.

“Mustika!” jerit Maya sambil memeluk Intan dan Mustika. Puspa yang melihat hanya menggeleng kepala. “Apalah yang kalian jeritkan...” kata Puspa pasrah.

“Mustika kamu baik-baik sahajakah? Ada luka dimana-mana?” tanya Intan prihatin sambil memusingkan badan Mustika melihat jika ada luka dimana-mana. Mustika hanya tersenyum lucu dengan tingkah Intan dan Maya ketika ini.

“Kita baik-baik sahaja. Tak usah risau,” kata Mustika meyakinkan mereka. Maya mencebik “Mustika kita rindu, semua penduduk kampung risaukan kamu,” ucap Maya sambil mengusap lembut tangan Mustika.

Mustika turut tercebik sambil tersengih “Kita juga rindukan kalian semua,” balas Mustika.

“Sudah, kalau begitu mari pulang. Mereka semua menunggu kepulangan kamu.” kata Intan dengan gembira. Mustika mengerut dahi.

“Pulang? Sekarangkah?” tanya Mustika gelabah. Mereka bertiga memandang sesama sendiri apabila melihat air muka Mustika yang tak mahu pulang.

Puspa tersengih “Kenapa? Sudah tak mahu pulangkah? Atau sudah gembira berada disini?” tanya Puspa mengusik. Intan dan Maya turut tersengih.

“Iyalah kan. Disini ada Adi Rajuna, di kampung nanti jarang-jarang sahaja mahu ketemu kan?” tambah Maya dengan senyum nakal sambil menjuntal hujung lengan baju milik Mustika.

Muka Mustika naik merah. Segan “Eh mana ada, tak baik kalian menuduk kita begitu,” balas Mustika menafikannya. Sebenarnya memang ya, tapi eh sudah la.

Mereka ketawa melihat wajah malu Mustika, suka mereka mengusik gadis dara itu.

“Kalian sudah bersiap?” tanya Puteri Bakawali yang baru tiba.

Mereka semua mengangguk. Puteri Bakawali pergi ke arah Mustika dan menggapai tangan milik Mustika dan diusap lembut.

“Di kampung nanti kalian jagalah Mustika baik-baik ya. Mereka pasti sangat merindui tuan hamba,” pesan Puteri Bakawali dengan lembut pada mereka semua. Puspa, Intan dan Maya mengangguk kepala mendengar arahan itu.

“Sudah pergilah, nanti jika ada masa kita berjumpa lagi ya,” kata Puteri Bakawali dengan senyuman manisnya. Dayang-dayang istana di situ aneh dengan perwatakan Puteri Bakawali ketika ini. Dengan Mustika pasti bibirnya ringan untuk menhadiahkan senyuman.

Mustika mengangguk. Mereka berempat perlahan berjalan ke gapura istana untuk pulang. Puteri Bakawali setia melihat mereka sehingga bayang mereka hilang.

Tiba-tiba Adi datang dan duduk di sebelah bondanya. Puteri Bakawali meihat anaknya lama “Lama kamu pulang ke kamar malam tadi. Apa yang kamu lakukan?” tanya Puteri Bakawali tidak memandang Adi.

Adi tersentak dengan soalan itu. Bondanya perasan? “Ada hal yang perlu diselesaikan,” balas Adi dengan tenang. Puteri Bakawali tersenyum senget “Kawal perasaamu, jangan ikutkan nafsu. Kelak kamu juga yang rugi,” Puteri Bakawali memberi nasihat.

Sempat dia menepuk lembut bahu Adi sebelum beredar dari situ.
Adi termenung, memikirkan pesanan nasihat bondanya tadi. Dia tersenyum nipis dan beredar dari situ.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now