Mustika duduk termenung melihat kanak-kanak bermain di pondok buluh. Tak tahu kenapa dengan dia, tapi dia rasa mahu termenung.
“Kak Mustika, mari kita bermain!” teruja Ayu mengajak sambil menggoncangkan tangan Mustika.
Mustika menggeleng tanda tidak mahu. “Ala, Kak Mustika. Marilah kita bermain besama,” ajak Ayu lagi.
“Kenapa Ayu? Kenapa kau mengganggu Mustika?” tanya Puspa yang baru tiba di pondok itu. “Ayu mahu mengajak bermain,” kata Ayu sambil mencebik comel.
“Main apa?”
“Galah panjang!” beritahu Ayu teruja. Puspa tersengih “Nampak menarik, mari Mustika” ajak Puspa kepada Mustika. Mustika menggeleng kepalanya “Tak mahu la Puspa, kita malas,” Mustika memberi alasan.
“Alah, bukan selalu pun kan? Mari!” ajak Puspa sambil menarik lengan Mustika.
Mereka bermain galah panjang yang hanya disertai beberapa gadis dan anak perempuan. Anak dara diberi satu kumpulan dan perempuan kecil di beri satu kumpulan. Agak lama mereka bermain permainan ini dimenangi oleh kumpulan perempuan kecil.
“Ahhh kalian lari terlalu laju, tak sempat mahu menangkapnya” kata Puspa tidak puas hati. “Sapa suruh kalian lambat, bluekk” kata Ayu menjelir lidah. Puspa mencengkak pinggang tanda geram terhadap Ayu.
Mustika hanya menggeleng kepala melihat mereka sambil mengelap peluh di dahi.
“Kalian bermain apa?” tanya Lanang yang baru tiba bersama Adi dan beberapa budak lelaki yang lain.
“Kami bermain galah panjang!” kata Ayu teruja. “Wahhh main tak ajak, mari main lagi sekali” kata Budi budak lelaki yang datang bersama Lanang dan Adi tadi.
“Ahh tak mahu la, malas” kata Puspa selamba.
“Mari, main baling selipar!” ajak Lanang secara tiba-tiba. “Baik, mari!” ajak Puspa yang nampak teruja. Tak tahulah apa yang teruja sangat gadis itu pada petang ini.
“Kau mahu bermain Adi?” tanya Lanang disebelahnya. Adi diam.
“Kamu mahu bermain Mustika?” tanya Puspa. Mustika mengangguk “Dengar macam menarik,” kata Mustika sambil tersengih.
Tadi rasa tidak bermaya, sekarang rasa tak mahu berhenti bermain pula.
“Baik, aku main,” kata Adi selepas mendengar apa yang Mustika katakan.
“Baik, berkumpul semua! Kita bahagikan dua kumpulan,” mereka mengundi untuk menentukan kumpulan mana mereka akan ikut serta.
“Ahhh aku mahu kumpulan bersama Mustika” kata Puspa tidak puas hati.
“Ahhh kumpulan sahaja dengan aku,” kata Lanang memaksa. Puspa hanya menjeling pasrah.
“Kita satu kumpulan” kata Adi. “Ya kita satu kumpulan, tuanku,’ balas Mustika sambil tersengih.
“Baiklah siapa mahu mula dahulu?” tanya Lanang.
“Kumpulan kami mula dahulu!” kata Budi sambil mengangkat tangan.
“Tidak kumpulan kami mula dahulu!” lawan Ayu mahu mula dahulu.
“Tidak kumpulan aku!”
“Kumpulan aku!”
“Errr apa kata kalian berdua mengundi? Tidak perlu bergaduh begini,” kata Lanang sambil membawa jari telunjuknya ke pipi.
Undian telah dibuat dan kumpulan Budi akan membaling selipar dahulu, dimana ahli pasukannya ialah Adi, Mustika, Deman, Nilam dan Budi.
Manakala pasukan lagi satu akan menjaga selipar iaitu kumpulan Ayu yang ahli kumpulannya ialah Lanang, Puspa, Intan, Awang dan Ayu.
“Bersiap sedia semua, kita mahu baling!” kata Budi setelah kasut telah disusun menjadi segi tiga. Budi membaling selipar ditangannya untuk meruntuhkan susunan selipar itu. Malangnya tiga kali percubaan sekali pun selipar itu tidak terkena.

ANDA SEDANG MEMBACA
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...