Bermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya.
Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain.
Adi Rajuna s...
Sudah dua hari kejadian itu berlaku, keadaan Mustika masih sama. Tidak sedarkan diri dan badannya kaku terbaring.
Penduduk sudah mengeluarkan banyak kesimpulan.
Mustika sudah tenatkah? Sudah mahu matikah? Adakah dia akan mati di alam ini kah? Malah siapa yang membuat dia sebegini juga turut ditanya oleh mereka.
Sudah semestinya Adi tidak menceritakan siapa dalalng disebalik kejadian ini kepada mereka.
“Puspa, Mustika belum sedar lagi?” tanya Puteri Bakawali risau. Adi hanya diam di belakang ibundanya.
“Belum lagi tuanku, tetapi badan Mustika sudah kurang sejuk seperti sebelum ini,” lapor Puspa.
“Tuanku jangan risau, pasti Mustika akan bangun tak lama lagi,” kata Intan pula. Mereka berdua telah ditugaskan oleh Puteri Bakawali untuk menjaga Mustika. Puteri Bakawali mengangguk.
“Baiklah kalau begitu, pastikan tiada siapa yang berjumpa dengannya. Adapun, lelaki dibelakang kita sekalipun jangan kalian benarkan dia masuk,” Lelaki yang dimaksudkan ialah Adi.
Tersentak badannya apabila ibundanya memberi arahan sebegitu.
Puspa dan Intan memandang muka merah Adi menahan malu. Mereka tahu selepas kejadian tempoh hari dia sudah ditazkirah oleh Puteri Bakawali kerana sesuka hati memeluk anak dara orang.
Mereka berdua nak masuk campur membantu Adi juga tidak berani, takut.
Tapi Puteri Bakawali tidak menyalahkan Adi sepenuhnya.
Tindakannya itu boleh dianggap betul, jika tidak Mustika pasti sudah mati. Jangan tanya macam mana Puteri Bakwali boleh tahu, sudah semestinya dia tahu.
Selepas Puteri Bakawali beredar meninggalkan mereka, Puspa dan Intan memandang Adi yang menunduk. Mereka tersengih kecil.
“Apa kalian sengih-sengih?” Adi melarikan pandangan dari mereka berdua. Senyuman mengusik mereka terus galak.
“Saja mahu senyum, tak bolehkah Tuanku Adi?” tanya Intan menyakat. Adi tak mahu duduk disitu lebih lama. Dia masih malu dengan mereka berdua setelah apa yang terjadi. Masakan tidak? Dia menangis dan perkara itu mereka dua melihatnya.
“Ceh, malu-malu pula” kata Intan meluat dengan tindakan Adi. Tetapi bibir masih menguntum senyuman.
“Erghhh!” terkejut mereka berdua apabila mendengar suara itu dari dalam rumah Mustika, pantas mereka berlari mendapatkan Mustika.
“Mustika!” Mereka berdua menjerit.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“Nah, minum air ni dulu.” arah Puspa pada Mustika yang sedang bersandar di kepala katil buluh itu dengan kaki yang mengunjur.
“Terima kasih,” Mustika hirup perlahan air itu dengan tekan yang perit. Dia tak mahu tapi dia gagahkan juga.
“Kamu betul baik-baik sahaja?” tanya Intan risau. Mana tak risau? Terkejut bukan kepalang mereka apabila melihat mustika yang terbaring di katil buluh tadi tiba-tiba sudah berada di lantai.
Kelam kabut mereka mengangkat Mustika untuk duduk. Entah bila Mustika sedar, tiba-tiba boleh jatuh.
“Kita baik-baik sahaja, jangan risau,” kata Mustika sambil mengurut pinggangnya.
Sakit haritu tak habis lagi. Sudah la baru sedar, jatuh katil pula. Nasib tak patah saja tulang. Dia patut bersyukur sekurang-kurangnya katil itu tak tinggi.
“Muka kamu terlalu pucat, Mustika,” beritahu Intan prihatin. Mustika hanya tersenyum nipis.
“Haish, berani-berani si Anggun buat begini pada Mustika,” marah Puspa secara tiba-tiba. Sempat lagi tangannnya membuat gaya mahu menumbuk seseorang.
“Kalian tahu?” tanya Mustika pelik. Mereka berdua mengangguk.
“Sudah semestinya kami tahu. Kenapa Mustika tak beri tahu kami mahu keuar bersama Anggun.” tanya Puspa dengan lantunan suara yang tinggi.
Lagak maknya sedang marah anaknya kerana jatuh ketika main, tapi hati masih risau.
Mustika menunduk bemain jari. “Kita mahu memberi tahu, tapi Anggun tak bagi. Dia kata pasti kalian mahu ikut, dia tak mahu kalian ikut. Dia mahu bersama kita sahaja.” Mustika mengadu mengharapkan belas kasihan dua wanita dihadapannya suapya tidak terus memarahi dia.
“Sungguh licik wanita ini. Berani-berani dia ya!” Intan naik berang. Dia memandang mata bulat Mustika yang sedang memandangnya. Terus dia cuba redakan kemarahan dia.
“Tapi.... siapa yang membawa kita ke sini?” Dua wanita dihadapannya mengerut kening. “Kamu tidak ingat?” Mustika menggeleng tidak ingat.
“Kamu memang tidak ingat apa yang terjadi?” Mustika mengerut kening.
“Ada terjadi apa-apakah?” mereka berdua diam.
“Kali terakhir kita ingat sewaktu Anggun menolak kepala....tidak sewaktu kita di sungai bersama Anggun. Selepas itu kita tidak ingat,” Mustika tidak mahu mengingati peristiwa hitam itu.
Sungguh ngeri, alhamdulillah dia masih bernafas.
Intan dan Puspa mencebik sambil mengangguk faham. “Ada apa-apa terjadikah?” Mustika mengulangi soalannya yang tadi. Mereka berdua tersengih seperti kerang busuk dan menggeleng.
“Tidak ada apa-apa. Kamu berehatlah dulu, kami keluar sebentar,” pinta Puspa dan Intan sebelum keluar. Mustika termenung jauh melihat dinding papan rumahnya.
“KALAU ADI TIDAK MEMILIH KAU. AKU TIDAK AKAN BUAT BEGINI!”
“KAU PERLU MATI!”
Mustika menggelang kepala menghilangkan suara Anggun yang bermain difikirannya.