Bab 24

85 8 2
                                    

Malam sudah menjelma, bulan juga sudah mengambil alih pekerjaan matahari untuk menyinari bumi.

Menyinari malam dengan cahaya bulannya. Dan juga menjadi peneman bagi hati-hati yang sedang berduka mahupun sedang dalam kesunyian.
Mustika berada di jendela sambil menatap bulan dengan wajah yang kosong.

Fikirannya jauh melayang akan perkara yang berlaku siang tadi. Ngeri, seram dan menakutkan. Dia tidak boleh tidur gara-gara perkara itu.

Mahu sahaja dia menutup mata pasti ketawa ngilaian wanita pontianak itu akan berkumandang di telinganya. Naik bulu romanya, mahu tidur juga tidak aman.

Bila perkara itu terlintas di fikirannya, pantas sahaja dia mengusir fikiran itu. Sedang kusyuk dia mengelamun sambil ditemani bulan tiba-tiba dia terasa meremang. Terasa ada mata yang melihatnya, pantas dia menoleh memeriksa sekeliling kamarnya.

Dia tidak menemui apa-apa, dia cuba menenangkan dirinya. Mahu dia berjalan ke katil tiba-tiba hadapanya di halang sesuatu susuk hitam yang melintasinya.

Zasss....

Prak...

Mustika tersentak, dia perasan benda itu.

Tanpa menunggu lama pantas sahaja dia keluar dari kamar dengan air mata yang keluar tanpa dia sedar kerana terlalu terkejut. Dia berlari sekuat hati hingga ke tapak luas di hadapan Istana Bongsu yang Mustika duduk.

Nafas Mustika menjadi tak teratur, air mata masih tak berhenti mengalir, kaki juga tidak beralas, rambut juga serabai. Seperti orang tak terurus.

“Ahhhh” terjerit Mustika apabila bahunya disentuh seseorang. Pantas dia mengundur melindungi diri. Mustika memandang susuk tubuh yang memegang bahunya. Gerangan itu sama terkejut sepertinya apabila Mustika menjerit.

“Tuan hamba...” kata Mustika perlahan. Adi pelik dengan tingkah Mustika yang seperti tidak waras.

“Kenapa kau menangis? Kau menangis?” tanya Adi lembut. Air mata Mustika jatuh dengan lebat.

Pantas dia berlari laju pada Adi dan memeluknya erat. Adi terkesima dengan tindakan Mustika.

“Mu...Mustika...” gagap Adi memanggil Mustika yang tak mahu melepaskannya.

“Ki...kita takut. Kita takut tuan hamba” kata Mustika dengan tersedu-sedan akibat tanggisannya yang tak mahu reda. Adi masih berdiam.

“Kemana tuan hamba pergi, tadi kita mencari tuan hamba. Tetapi tidak jumpa,” mengadu Mustika pada Adi. Dirinya masih tidak melepaskan Adi.
Adi makin tak keruan, air liurnya dia telan berkali-kali menahan diri. Ini kali pertama... ya kali pertama dia dipeluk oleh seorang gadis. Dadanya sudah basah akibat air mata milik Mustika.

“Ap...apa yang kau takutkan? Tidak akan ada siapa lagi yang akan menganggu kau. Kau selamat berada di sini,” balas Adi dengan tenang. Pembetulan, cuba untuk tenang.

“Benarkah? Tapi...apa yang kita lihat tadi,” tanggisan Mustika makin pecah. Dia juga keliru dengan diri dia.

Kenapa mudah sangat dia menangis di hadapan lelaki ini dan juga memeluknya. Tidak mahu lepas pula tu.

“Kau melihat apa?”

“Lembaga...lembaga hitam. Seram” adu Mustika lagi lagak anak kecil. Adi mahu ketawa tapi tidak boleh hatinya berbelah bahagi. Mahu ketawakah, mahu bersedih jugakah atau mahu menggila kerana gadis ini masih tidak mahu melepaskannya.

“Perasaan sahaja tu, ini istana. Mana mungkin mereka yang berbahaya bisa masuk ke kawasan ini. Kau tidak perlu risau. Tidak ada apa yang berlaku.” Adi memujuk dengan lembut sedangkan badannya masih keras dan kaku.

Mereka berdua diam seketika. Air mata Mustika makin kering, sudah tidak berdaya mahu mengeluarkan air mata lagi. Adi pula masih dalam kedudukan yang sama. Masih kaku.

“Err, kau tidak mahu melepaskan aku kah?”

Mata Mustika terbeliak, dia baru tersedar kedudukan dia ketika ini. Dia sedang memeluk Adi. Adi Rajuna!

-
-
-
-
Orang kata rezeki depan mata jangan ditolak... Tak gitu cik Mustika?

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now