Bermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya.
Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain.
Adi Rajuna s...
“Le… lepas!” Mustika mencengkam tangan wanita itu untuk melepaskannya. Jika wanita itu masih tidak mahu lepaskannya dia akan mati. Dia dah tak mampu bernafas dengan biasa lagi.
“AKU TAKKAN LEPASKAN KAU! HAHAHAHAHA SUNGGUH KASIHAN KAU WAHAI SI PEMILIK JIWA NIRMALA HAHAHAHAH!” Wanita itu ketawa mengilai, dia mahu Mustika mati. Kemudian baru senang jika dia mahu mengambil jantung Mustika lalu dimakan.
Ya dia mahukan jantung Mustika, jantung itu terlalu berkuasa bagi dia. Hati itu umpama permata ajaib. Dia mahukan jantung itu, Jiwa Nirmala....
“Jiwa Nirmala…” tiba-tiba suara bisikan itu bermain di telinga Mustika. Dia teringat, dia pernah dengar ayat itu. Mustika tidak lagi meronta, perlahan air matanya jatuh berguguran.
“To….tolong” kata Mustika perlahan hampir tak didengari. Wanita itu ketawa lagi.
“HAHAHAHAH TIDAK ADA SIAPA YANG AKAN MENDENGAR SUARA MU WAHAI MANUSIA! TERUSKAN MENANGIS, JIWA KAU AKAN AKU AMBIL! HAHAHAHAH” wanita itu ketawa mengilai. Mustika tahu harapan untuk dia hidup makin tipis.
Dia mengucap, mungkin inilah rasa sakaratulmaut, di cekik, di bunuh oleh wanita pontianak. Air matanya jatuh, perlahan matanya tertutup.
“HAHAHAHAHAHAH” ketawa ngilaian itu bergema di hutan itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Puspa dan Intan mencari Mustika merata-rata tapi tidak terjumpa. Puspa mula resah takut jika terjadi apa-apa pada Mustika, dia sedar Mustika mula berubah sejak pulang dari sungai kelmarin.
“Kakak berdua mencari siapa, kehulu-kehilir. Pening kepala Ayu meilihatnya.” kata Ayu yang sedang duduk di pondok sambil melihat Puspa dan Intan yang seperti ibu ayam kehilangan anaknya. Puspa pergi ke arah Ayu.
“Baru tadi Ayu lihat Kak Mustika mengikut Abang Adi pergi ke arah hutan.” kata Ayu sambil menyilangkan tangannya ke dada.
Puspa dan Intan pelik. Puteri Bakawali tiba disitu menarik perhatian mereka.
“Kalian sudah jumpa Mustika?” soal Puteri Bakawali gelisah. Mereka berdua menggeleng, “Ayu kata Mustika mengikut Adi Rajuna ke arah hutan.”
Kata-kata itu mengejutkan Puteri Bakawali dan beberapa lelaki dibelakangnya. “Kenapa sebut nama kita?” tanya Adi yang baru tiba dengan muka tidak tahu apa-apa. Mata Ayu membulat dan terus berlari ke arah Adi.
“Tadi Ayu lihat abang Adi bawa Kak Mustika. Ke arah sana. Apa yang abang Adi buat di sini? Mana Kak Mustika?” soal Ayu gelabah. Puteri Bakawali menjadi kelam kabut dan terus berlari ke arah hutan yang ditunjuk oleh Ayu. Adi segera mengikut, dia tahu itu bukan dia. Ada yang menyamar menjadi dia!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“CINDAI!!!”
Zappp...
Wanita pontianak itu terpelanting jauh sebelum sempat dia merobek dada Mustika…. Wanita itu menjadi marah melihat gerangan yang menyebut namanya dengan biadap itu.
Dia memandang wanita berkebaya hitam sedang mendekatinya dengan perasaan marah. Dia turut marah melihat itu.
“RATNA!!!!! KAU TAK GUNA!” Cindai mengamuk apabila Puteri Bakawali menganggu rancangannya.
“Aku tak akan benarkan kau sentuh gadis ini. TAK AKAN!” Puteri Bakawali memberi amaran.
“Mustika… Mustika bangun Mustika..” Adi mengangkat kepala Mustika dan diletakkan diribanya. Mustika masih bernafas cuma tidak teratur. Pantas dia mengangkat Mustika dan pergi dari situ. Sempat dia menutupi dada Mustika yang sedikit terdedah kerana baju Mustika telah dirobek oleh Cindai tadi.
Cindai yang melihat semakin marah.
“GADIS ITU KEPUNYAAN AKU!” jerit Cindai. Puteri Bakawali tersenyum sinis. “Gadis itu tak pernah menjadi kepunyaan kau”
Cindai mengetap gigi, “JIWA GADIS ITU AKU YANG PUNYA RATNA!”
“JIWA GADIS ITU BUKAN MILIK KAU, KAU HANYA PENCURI! PENCURI JIWA, KAU TAK LAYAK MENDAPAT JIWA DIA. KAU TAK LAYAK MENDAPAT JIWA NIRMALA!” Puteri Bakawali membalas dengan keras.
Mereka berdua sememangnya musuh, tidak akan pernah bersekutu. Walaupun mereka dua-duanya adalah Wangsa Ghaib tapi Cindai itu kafir. Dia tidak taat kepada Allah.
Cindai naik angin. Dengan menggunakan kekuatan yang ada, dia terbang dan bergerak laju menyerang Puteri Bakawali.
Zzzappp...
Belum sempat Puteri Bakawali mengelak dia telah ditendang oleh Cindai dengan kuat. Terpelanting dia.