Mustika termenung sambil duduk di tangga kayu rumahnya, dia tidak perasan akan pandangan sekeliling. Sudah dua hari kejadian itu berlaku tapi dia masih tidak dapat melupakannya, kejadian itu pertama kali dalam hidupnya. Sudah pasti ia meninggalkan kesan yang agak lama padanya.
‘Jiwa Nirmala...’
Mustika menggeleng kepala setiap kali suara bisikan itu muncul di tepi telinganya seperti ‘benda’ itu betul-betul disebelahnya. Dia memegang dada dan menenangkan diri.
‘Jiwa Nirmala? Nama orang kah? Benda tu salah orang kah? Haihh tak faham’ soal Mustika dalam hati seorang diri. Dan soalan itu juga sudah banyak kali dia ajukan seorang diri setiap kali dia terdengar bisikan itu.
Tiba-tiba Mustika perasan ada seseorang yang sedang memandangnya, pantas dia memandang kehadapan melihat gerangan itu. Berkerut dahinya.
“Mari ikut aku.” ajak Adi dengan selamba. Mustika dalam dilema mahu ikut atau tidak. Adi menghela nafas kecewa sedikit, sudah lama Mustika tidak berkelakuan takut-takut pada mereka. Dan sekarang ia datang kembali.
“Kita pergi makan, aku tahu kau lapar.” pujuk Adi lagi dengan wajah yang tak berperasaan. Mustika masih diam.
Adi menghembus nafas kuat “Lekas, atau aku biarkan sahaja kau mati kelaparan.” cuak Mustika dibuatnya.
“Satu....dua...”
“Ahhh ba...baik, tuan hamba.” kelam kabut Mustika, tak mahu dia mati kelaparan disini. Minta dijauhkan. Pantas dia mengikut belakang Adi.
Adi tersenyum menang tanpa memandang Mustika yang seperti lembu dicucuk hidung, mengikut sahaja langkah Adi kemana.
Mustika hanya memandang sahaja Buah Ganjil dihadapannya, sepi. Adi hanya berkerut melihat tingkah gadis itu, “Mahu lihat sajakah?” kata Adi pelik. Terangkat bahu Mustika terkejut, tiba-tiba sahaja dia mengelamun. Pantas dia mengambil buah itu, sebenarnya dia lapar tapi dia tiada selera nak makan.“Kau baik ataupun tidak?” tanya Adi risau dengan tingkat Mustika. Bukan apa, Mustika juga sudah dipertanggungjawab kepada dirinya untuk menjaga. Jadi tidak ada salahkan nak bertanya khabar?
Mustika hanya tersenyum nipis sambil memandang buah yang sudah berada digenggamannya. Adi menghela nafas dan duduk bersandar di pohon Buah Ganjil itu. Sempat dia mengeluarkan keris pendek dari selitan di pinggang dan diletak disebelahnya.
“Penduduk di sini tidak akan menganggu manusia seperti itu, mereka menghormati manusia jika manusia tidak mengganggu mereka.
Aku harap kau percaya dan jangan disebabkan hal ini, kepercayaan kau kepada mereka runtuh begitu sahaja dan kau menganggap mereka jahat.” terang Adi berharap Mustika percaya.Dia perlukan kepercayaan Mustika, jika tidak perkara lebih buruk akan terjadi. Tiba-tiba Mustika menghulurkan sebahagian Buah Ganjil itu kepada Adi. Adi memandang pelik, Mustika senyum.
“Separuh untuk tuan hamba, separuh untuk kita.” kata Mustika tidak bersalah. Adi mengecilkan matanya memandang Mustika, tangannya masih menyambut huluran itu.
“Kau tak dengarkah?” tanya Adi sambil memandang tajam wajah jelita Mustika.
Mustika tegelak halus, “Kita dengar...” itu sahaja yang dibalas Mustika. Dia mengelamun jauh, buah ditangan masih tak diusik. Adi masih tidak lepas memandang Mustika, dari mata, hidung, bibir semuanya menarik perhatian seorang Adi Rajuna. Dia menelan air liur, pantas dia mengalihkan pandangannya.
“Kita tak bersangka buruk pada mereka, cuma kita takut.... aneh” sambung Mustika. Adi berkerut dahi memandang Mustika tapi kali ini tidak pada wajah, takut jika dia hilang kawalan jika memandang wajah jelita itu. Dia hanya memandang tangan Mustika yang mengenggam buah.
“Kenapa benda itu ganggu kita? Rasanya kita tak buat apa-apa sehingga menyebabkan kemarahan siapa-siapa. Haihh... sesungguhnya kita patut sedar, kita berada di mana ketika ini.” kata Mustika sambil ketawa halus, ya dia gelakkan dirinya yang hampir terlupa dia berada di mana. Dengan siapa dia bercakap juga dia hampir terlupa.
Sungguh jika bersama Adi dirinya terasa lain, jiwa gundah gulana menjadi tenang. Aura Adi padanya sangat lain. Dia memandang wajah Adi dengan senyuman nipis. Mereka berpandangan, Adi menelan air liur lagi, keris di tangan dia genggam kuat manahan dirinya.
Mustika yang tidak perasan apa-apa pada Adi hanya tersenyum manis, Mustika memandang ke arah lain. Dia mendongak melihat susana dia hutan ini. Nyaman.
-
-
-
-Lain macam Adi nih...
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
Storie d'amoreBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...