Mustika terjaga dari tidur dengan keadaan mamai. Sempat dia menguap kerana terlalu penat. Dia bangun dan duduk bersila sambil termenung menghadap dinding papan rumahnya.
Dia teringat mimpi yang dia baru dapat tadi. Adi menangis sambil memeluk dia, dan suasana tempat itu dia ingat, tempat dimana dia tersedar sebelum dia pengsan kembali. Berkerut dahi dia seketika.
Mimpi? Atau memori? Ahh mustahil seorang Adi akan menangis kerana dia.
Intan dan Puspa juga tida berkata apa-apa atau menceritakan apa-apa tentang perihal itu. Ya mimpi. Sekadar mimpi! Jangan terlalu percaya.
Pantas dia bangun untuk mengerjakan solat subuh. Walaupun dia tahu dia dimana dia tetap akan melakukan ibadah wajib itu, takkan dia tinggal! InsyaAllah.
“ Ya Allah, aku tahu aku ini hambamu yang sering melakukan dosa. Aku hina Ya Allah, aku minta padamu ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini ya Allah, sesungguhnya kau lagi maha pengasih lagi maha penyayang. Kau tempat aku bergantung ya Allah, kau tempat aku berharap. Jika bukan kau Ya Allah siapa lagi ya Allah yang akan aku meminta ya Allah. Ya Allah kau terima amal ibadah aku ini ya Allah, kau pandang lah amal ibadah aku ini ya Allah, kau jauhkanlah aku dari bahaya ya Allah dan kau letakkanlah aku dalam lindunganmu ya Allah. Ya Allah kau permudahkanlah urusan aku ya Allah....” terhenti seketika doa yang Mustika titipkan. Badannya tersedu-sedan kerana menangis, sungguh apa yang dia katakan ikhlas dari hatinya. Laju air matanya jatuh ke kain solatnya.
“Ya Allah, aku tidak tahu apa yang terjadi kepada orang tuaku ya Allah, hanya kau yang maha mengetahui, kau lindungilah mereka ya Allah, kau permudahkanlah urusan mereka ya Allah. Sesungguhnya aku merindui mereka ya Allah....” dia menangis lagi.
Akhir doa dia berselawat keatas nabi Muhammad dan ucapan amiin di sebut beberapa kali mengharapkan kabul dari Yang Maha Agung, Allah.
Jauh dia termenung dengan keadaannya masih sama sejak tadi. Dia beristighfar dan berzikir, tiba-tiba dia terasa sakit di bawah perut. Kejang tiba-tiba, perlahan dia mengusap sambil mengerut dahi menahan sakit.
Dia mengunjurkan kakinya membetulkan kedudukannya mungkin dia duduk dalam keadaan tahiyat akhir terlalu lama jadi sebab itu sakitnya datang.
Mungkin, mungkin. Jenuh dia menahan sakit sehingga terguling-guling di kain sejadahnya. Sakit sangat!
Puspa mengetuk pintu bertalu-talu meminta Mustika untuk membukanya.Dia datang ke situ kerana sudah tengah hari tetapi Mustika masih terkurung di dalam rumahnya, risau jika terjadi apa-apa. Ketukan bertalu-talu itu mengejutkan Mustika, perlahan dia membuka mata dengan lemah.
Perutnya terasa masih sakit, tapi taklah sesakit yang tadi. Dia salah makan kah? Masuk angin kah?
“Puspa buka sahaja pintu itu...” kata Mustika perlahan. Tak larat dia untuk bangun untuk membuka pintu. Terkejut Puspa melihat Mustika yang terbaring dilantai dengan pakaian solatnya. Laju dia mendapatkan Mustika, muka Mustika pucat.
“Mustika kamu kenapa? Kenapa terbaring dilantai?” kelam kabut Puspa bertanya sambil membantu Mustika bangun. “Baik-baik sahaja, sakit perut sikit sahaja.... jangan risau,” Mustika berkata perlahan. Sakit diperut makin membaik.
“Kamu mahu air? Sekejap kita ambil...” Puspa terus berlari keluar dari rumah Mustika tanpa menunggu jawapan darinya. Mustika membaringkan dirinya, penat duduk dengan perutnya yang masih sakit.
“Kau tergesa-gesa kemana Puspa?” tanya Lanang yang dari tadi memerhati Puspa yang berlari mengambil air.
“Ni aku mahu bawa air ke Musika, mukanya pucat. Aku risau kau tahu” kata Puspa laju.
“Hah? Kenapa dengan dia? Dia kenapa?” Adi hanya memerhati Lanang yang bertanya cemas itu. Hatinya juga berasa cemas tapi dia pandai menyorokkannya.
“Tidak tahu, tapi dia kata perutnya sakit. Eh aku tak tahulah dengan penyakit manusia ni, sudahlah” kata Puspa sebelum pergi ke arah rumah Mustika.
Adi hanya memerhati sahaja Puspa dengan dahi yang berkerut.
-
-
-
-
Katakanlah: “Hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah Az-Zumar ayat 41)
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...