“Puspa, kita takut...” adu Mustika sambil menyandar kepalanya pada bahu Puspa. Terasa seperti sentuhan maknya yang dia rindukan. Puspa hanya mengangguk dan menepuk-nepuk belakang Mustika.
“Apa yang kamu takutkan Mustika? Siapa yang menganggu kamu?” tanya Intan pula lagak pegawai istana yang sedang menyiasat masalah jenayah penduduk tempatan, sempat dia menutup pintu supaya yang lelaki tidak melihat Mustika yang masih berkemban.
Mustika menggeleng, mana mungkin dia kenal siapa yang menganggu dia, yang dia tahu itu hantu! Makhluk halus! Mana mungkin dia tahu siapa yang menganggu. Dia terlupa agaknya, yang sedang memeluknya juga makhluk halus.
“Takkanlah kamu tidak nampak rupanya bagaimana?” tanya Intan lagi. Mustika diam.
“Lembaga....hitam....takut.” Mustika meraung perlahan sambil mencebik. Seperti anak kecil yang baru dibuli teman sepondok. Mata Puspa dan Intas terbuka luas, mereka memandang sesama sendiri. Mata mereka sekejap luas, sekejap mengecil bagaikan sedang bekomunikasi menggunakan mata dan bukannya mulut.
Sambil itu tangan Puspa masih tak behenti menepuk-nepuk belakang Mustika menenangkan mangsa keadaan.
“Sudah, shh..shh..shh..shh” pujuk Puspa seperti sedang memujuk bayi berhenti menangis. Dan perkara itu membuatkan Mustika masih ingin menangis, sudah! Dia rindukan maknya, sungguh Puspa mengingatkan dia pada maknya pula sekarang ini. Nak balik!
“Takpalah Mustika, jangan risau kami semua ada disini. Pergilah menukar pakaian, kelak kamu mahu solat kan?” tanya Puspa mengingatkan Mustika yang tidak mahu melepaskan dia. Dalam risau Puspa terasa mahu ketawa pula melihat Mustika yang seperti anak kecil sahaja di matanya. Tapi dia tahan, ini bukan masa yang sesuai untuk ketawa.
Mustika memandang wajah Puspa sambil mencebik dan mengelap sisa air matanya, lantas dia bangun dan duduk di katil buluh berkat bantuan Puspa.
“Kami pergi dulu Mustika, jika terjadi apa-apa lagi menjerit sahaja, ataupun terus pergi ke rumah kami, ya.” pesan Puspa sebelum pergi. Mustika mengangguk perlahan, sayu.
Jika diikutkan mahu sahaja dia meminta Puspa dan Intan menemaninya, tapi rasa malu pula. Sudahlah menumpang, meminta pula. Lagipula dia tahu Puspa dan Intas juga haru bersiap untuk solat nanti.
Matahari sudah menjelmakan diri, maka penduduk sudahpun memulakan kerja mereka seperti biasa. Kadang sewaktu mereka bekerja ada sahaja perbualan yang mereka ingin bualkan, salah satunya perkara yang terjadi pada Mustika malam tadi.“Manusia itu kena ganggu..”
“Eh gadis itu cari masalah apa? Siapa yang ganggu.”
“Gadis itu sengaja mungkin, mahu memburukkan penduduk kita la tu.”
“Penduduk kita takkan menganggu manusia.”
Itulah perbualan yang Mustika dengar bila melalui orang-orang yang bekerja, dia hanya biarkan sahaja. Dan berita itu sampai di telinga Puteri Bakawali. Terkejut dia jadinya, pantas sahaja dia mencari Puspa untuk bertanya hal lanjut.
“Puspa!” panggil Puteri Bakawali tergesa-gesa. Terkejut Puspa dan Intan yang sedang berbual.
“Tu...tuanku.” Puspa cuak apabila melihat wajah Puteri Bakawali seperti mahu memarahi dia akan apa yang terjadi pada Mustika.
“Kamu membawa Mustika sekali ke sungai?!” tanya Puteri Bakawali. Puspa dan Intan menunduk, takut mahu melihat wajah ketua mereka.
“Am...ampun tuanku, kita mengajaknya sekali supaya dia tidak tinggal keseorang di kampung. Itu sahaja. Ampun tuanku, kita minta maaf.” kata Puspa sambil duduk melutut. Takut jika dia penyebab Puteri Bakawali murka.
Pantas Puteri Bakawali memegang Puspa untuk bangun. “Kenapa tak cakap pada kita dulu, sekarang ini apa yang terjadi? Takut sahaja jika mereka sudah menyedari keberadaan Mustika disini. Mustika dalam bahaya.” terang Puteri Bakawali cemas.
Puspa menunduk menyesal, Intan hanya memandang simpati. Tidak tahu nak kata apa.
“Tapi tak apa Puspa, cukup kamu mampu menjaga Mustika dengan baik. Kita sangat hargainya, kamu juga Intan.” kata Puteri Bakawali sambil menghadiahkan senyuman manisnya. Lega Puspa dan Intan mendengarnya.
“Sudah, jika mahu membawa Mustika kemana-kemana beri tahu kita dulu.” pesan Puteri Bakawali sebelum pergi. Mereka berdua menunduk hormat. Mereka memandang sesama sendiri. Intan memegang bahu Puspa.
“Dia tanggungan kita, jika terjadi apa-apa bersedia saja menghadap kemurkaan Puteri Bakawali sekali lagi.” kata Intan sebelum beredar dari situ.
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...