Bab 25

93 9 1
                                    

Adi menemani Mustika hingga ke kamarnya. Adi berjalan ke hadapan manakala Mustika bersembunyi di belakang Adi sambil mengintai-intai keadaan sekeliling laluan ke kamarnya. Takut jika lembaga hitam itu muncul kembali.

Adi hanya terseyum lucu melihat telatah Mustika.

“Tuan hamba pastikah lembaga itu sudah tiada?” tanya Mustika membisik. Adi hanya diam dan terus berjalan sambil keris di tangan kanan masih elok dipegang. Mustika memandang Adi lama.

“Ahhh m...maksud kita tu..tuanku, tuanku Adi,” dia membetulkan panggilannya. Dia sudah tahu siapa Adi sebenarnya jadi dia harus menukarkan panggilan. Adi ini pewaris pemimpin Wangsa Ghaib.

Adi masih diam dan terus berjalan hingga ke pintu kamar Mustika. Mustika hanya mengikut sehingg mereka berhenti. Adi pantas menoleh memandang Mustika. Mustika menegakkan badannya dan memandang Adi dengan mata bulatnya.

“Kau sudah boleh masuk,” arah Adi dengan perlahan. Mustika mengerut dahi, dia memandang pintu dan Adi bersilih ganti. Betulkah? Kalau lembaga itu datang lagi bagaiman? Dia mati kutu.

Adi menghela nafas “Tidak akan ada apa-apa, benda yang kau lihat cuma perasaan kau sahaja. Istana ini tidak akan dimasuki mana-mana pembawa sakti hitam. Gapura istana ini sudah diberi pendinding,” terang Adi dengan lembut sambil menatap wajah cantik Mustika. Mustika teragak-agak untuk mempercayainya.

Mustahil tadi tu cuma perasaan. Dia pasti apa yang dia lihat.

“Sudah pergi tidur, biar aku sahaja yang berjaga” Adi membuka pintu sambil menolak badan Mustika yang berlapik masuk ke dalam kamar.

Mustika tidak sempat menolak terus sahaja badannyanya berada di dalam. Dia memandang Adi yang sedang merenungnya.

Perlahan dia berjalan pergi ke katilnya. Sejujurnya dia agak mengantuk, mungkin kerana menangis tadi. Tapi...

“Tidak usah bimbang, baring sahaja di katilmu,” arah Adi belum sempat Mustika bersuara. Mustika hanya mengangguk dan perlahan merebahkan badannya di katil bulat itu. Badannya mengiring menghadap Adi yang sedang duduk bersandar di pintu kamar.

Dia berjaga dari situ sahaja sambil melihat jendela di ruang depan yang terbuka. Dia menatap langit malam dengan tenang sambil menemani Mustika tidur.

Dari katil, Mustika boleh melihat wajah tampan Adi yang disinari cahaya rembulan dari jendela kamar yang tidak ditutup. Mustika tidak lepas memandang ketampanan wajah Adi. Dalam gelap malam masih terlihat wajah suci itu.

Kadang dia kagum dengan wajah-wajah makhluk yang dia nampak di sini, semua cantik, tampan. Masuk akalkah kecantikan wajah mereka ini? Yaa katakan sahaja, tiada apa yang mustahil di muka bumi ini dengan kuasa tuhan. Allah yang memberi kecantikan, Allah juga yang menarik kecantikan tersebut.
-
-
-
-
'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?' [Ar-Rahman 55:13]

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now