Bab 37

75 8 0
                                    

“Apa yang kau baling, Budi?” tanya Ayu menyakat sambil ketawa sakan. Budi menjeling Ayu panas. Selipar untuk dibaling beralih tangan ke Adi. Adi pula membuat balingan, dengan sekali balingan dari Adi, kasut yang disusun sudah runtuh.

“Kalian! Susun kasut itu!” jerit Budi. Mereka semua berlari mengelak dari terkena kasut yang dibaling oleh pasukan Ayu. Jika terkena kasut itu mereka akan tersingkir.

“Eish tidak kena!” serabut Lanang jadinya apabila kasut dibaling tidak terkena sasaran. Mustika sampai di tempat susunan kasut, pantas sahaja dia ingin menyusun kasut yang berselerak menjadi segi tiga semula untuk memenangi permainan ini.

Pantas mata Lanang melihat apa yang Mustika lakukan. Pantas juga dia mengutip seliparnya tadi untuk dibaling ke Mustika. Dia membaling dengan kuat agar selipar itu terkena badan Mustika. Belum sempat selipar itu mahu terkena Mustika Adi menepis kasut itu menggunakan tangannya.

Terkejut Mustika jadinya, kerana kasut itu jika tidak dihalang pasti mukanya akan menjadi sasaran. “Kau baling terlalu kuat Lanang!” marah Adi. Mustika tidak layan dia terus menyusun kasut itu semula, baru berapa minit hendak menjadi dia dibaling selipar oleh Puspa. Susunan kasut yang dia bina jatuh semula.

“Puspa! Susunan ini mahu menjadi tadi!” geram Mustika dibuatnya sambil menyapu lengannya yang terkena selipar tadi. Puspa hanya buat tak tahu dengan jeritan Mustika tadi dan memandang sekeliling.

“Semua sudah mati! Yeahh kumpulan kita menang!” bersorak Puspa gembira dan diikuti yang lain.

Mustika memandang Adi dihadapannya yang duduk mencangkung. Adi melihat gelagat Lanang, Puspa dan Intan yang bersorak riang. Ketawa dia sebentar, sudah tua bangka pun macam budak-budak lagi.

Mustika turut ketawa sepeti Adi, dia juga ketawa dengan karenah mereka.

Penduduk-penduduk disitu hanya menggeleng kepala melihat mereka.

“Terima kasih, tuanku. Nyaris kepala kita terkena selipar tadi,” ucap Mustika. Adi hanya tersenyum dan memandang selipar dihadapan mereka.

“Selipar ini yang tidak faham bahasa, tuanku. Lagi sikit kita mahu menang,” Mustika menunjuk kasut dihadapannya menggunkan jari telunjuk.

Adi hanya ketawa melihat telatah Mustika memarahi selipar dihadapannya.

Puspa dan Lanang terkedu melihat tawa Adi. Mereka berpandang sesama sendiri “Kau lihat apa yang aku lihat?” tanya Lanang. Puspa mengangguk.

Teruntuk kalian yang tidak mengerti kenapa mereka berdua terkejut beruk ketika ini.

Ini kali pertama mereka melihat Adi gembira begini rupa. Adi sangat terkenal dengan sikap pendiam dan dinginnya jadi amat hairan dan aneh dan takjub MasyaAllah jika Adi ketawa dan tersenyum kita ini.

“Mari kita main lagi sekali!” ajak Budi dengan semangat.

                                                              Mustika duduk bersama anak kecil yang lain di pondok buluh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                             
Mustika duduk bersama anak kecil yang lain di pondok buluh. Mereka duduk dalam bulatan, ramai anak-anak yang datang ke arah Mustika yang sedang menulis sesuatu di atas daun lebar dan ditunjukkan kearah anak-anak kecil disitu.

“Ini caranya mahu mengeja nama kamu, budi,” kata Mustika lembut sambil menyelitkan rambutnya yang terjuntai ke belakang telinga. Semua teruja dengan tulisan tangan Mustika.

“Wah, begini rupanya tulisan manusia!” kata Budi teruja

“Ayu mahu juga!”

“Nilam juga mahu!”

“Awang juga,” Ayu hanya tersenyum sambil mengangguk, sebenarnya tadi dia kebosanan dan ternampak daun kering dihadapannya, dia kutip dan mencelupkan sebatang kayu kecil yang hujungnya tajam ke dalam air dan menulis sesuatu pada daun kering itu.

Apabila dilihat Budi terus bertanya dan meminta Mustika menulis sesuatu. Kata Budi mereka tidak pandai menulis mahupun membaca.

mustika tidak berkata apa, terus dia ikut permintaan anak kecil itu.

Adi memerhati dari jauh tingkah mereka. Matanya tertumpu pada Mustika, dia tertarik dengan wajah itu. Dia menghembus nafas berat 

Apa yang boleh aku lakukan? Patutkah aku pendam sahaja?
Tiba-tiba Lanang datang dan duduk disebelah Adi yang sedang mengelamun jauh.

Dia melihat arah yang Adi pandang, dia tersengih nakal dan menyondol bahu Adi lembut dengan menggunakan bahu miliknya.
“Kalau sudah jatuh cinta, kenapa dipendam?” tanya Lanang perlahan supaya tiada siapa yang mendengar.

Dahi Adu berkerut, pura-pura tak mengerti. “Wahai Adi Rajuna,usahlah kau bersembunyi. Kami semua sudah tahu perasaan kau pada dia,” kata Lanang melondehkan semua prasangka penduduk di situ.

Adi hanya diam, tidak membalas. Matanya tetap memandang Mustika. Lanang menggeleng kepala.

“Haih, terlepas lagilah pemuda di kampung ini mahu beristerikan gadis cantik seperti Mustika,” kata Lanang bersahaja. Adi memandang Lanang laju dengan mata tajam menusuk ke mata hitam Lanang. Lanang hanya tersengih.

“Baik kau lekas Adi, takut nanti aku pula yang petik bunga itu dulu,” Lanang menambah api pada Adi.

Bukan betul pun sengaja dia mahu melihat reaksi Adi bagaimana.

“Biarlah aku pendamkan sahaja, itu lebih baik,” Lanang terkejut dengan kata-kata dari lelaki di sebelahnya.

“Kenapa pula? Kau takut Mustika menolak kau?”

“Mustahil dia akan menerima aku, dunia dia dan kita berbeza,”

“Terbang mari batang mengkudu, bawak balik seorang satu, jangan lekas kata begitu, belum cuba belum tahu,” kata Lanang selamba.

Adi tergelak halus “Berpantun pula kau ya Lanang,” Lanang hanya mengangkat bahunya sambil tersengih.

“Abang Adi! Lihatlah, kak Mustika menulisnya untuk abang Adi,” Budi datang dengan teruja sambil menunjukkan barisan aksara jawi yang Mustika tulis di daun kering.

“Budi meminta kak Mustika buatkan satu untuk abang Adi,” Budi memberi tahu. Adi tersenyum nipis kepada Adi dan mengambil daun kering itu.

Lanang memandang Adi dengan senyuman dan menepuk lembut bahu Adi sebelum beredar dari situ.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now