Bab 15

95 10 3
                                    

Puspa, Intan dan Maya terus pergi pada Mustika yang baru pulang tah ke mana. Pelik juga mereka kerana mereka juga melihat Adi Rajuna pulang dari arah yang sama cuma waktu mereka tiba di kampung itu sahaja berbeza.

“Mustika kamu dari mana?” tanya Puspa tergesa bila mereka mendapat Mustika. Mustika terkejut bila diajukan soalan begitu.

“Arrr mana-mana sahaja?” jawab Mustika tidak yakin. Mereka semua mengecilkan mata. Mustika sengih tak bersalah. “Kenapa?”

“Takda apa.” jawab mereka serentak tak mahu ambil tahu. “Oh, Mustika mari ikut kami.” ajak Maya teruja sambil menarik tangan Mustika. Mustika hanya mengikut

“Mahu kemana? Kita baru sahaja pulang.” tanya Mustika musykil. “Kita pergi jumpa mereka.” kata Puspa disebelahnya.

Mustika angkat kening, “Mereka?” tanya Mustika lagi. Mereka bertiga mengangguk.

Mereka telah mendapat kebenaran dari Puteri Bakawali untuk membawa Mustika ke suatu tempat. Jadi mereka tidak terlalu risau dan tak perlu berkelakuan seperti sedang menculik seseorang.

                                                          “Di waktu malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                                                         
“Di waktu malam.... bulan mengambang...” Mustika terdengar suara nyanyian merdu seorang perempuan.

“Sunyi damai...haih...damai sekelilingku...” lagi sekali suara itu menyambungtapi kali ini suara wanita lain.

“Terdengar nan sayu....bintang beribu..” baiklah ini seram, suara siapa yang dia dengar. Dia menoleh melihat mereka bertiga, mereka bertiga hanya beriak biasa seperti tidak mendengar apa. Air liur dia telan banyak kali.

Suara-suara itu masih menyambung setiap lirik, sunggu suara itu bergema disetiap jalan yang dia lalui. Cepat dia mendekati Puspa dan memegang lengan bersembunyi. Takut.

Puspa pelik melihat wajah Mustika yang sudah pucat mayat. “Kamu kenapa Mustika?” tanya Puspa prihatin. Mustika telan air liur lagi, dia masih dengar suara-suara nyanyian itu.

“Kita dengar suara... suara nanyian.... seram” jawab Mustika takut-takut. Mereka bertiga tersengih melihat Mustika. Mustika kerut kening melihat mereka, apa yang kelakar?

Dia terasa nak terkencing dah ni.
“Itu suara-suara merduwati.” kata Intan dengan tenang. Mustika melihat dia, “Merduwati? Siapakah?”

“Gadis-gadis penyanyi.” balas Maya. Mustika pelik dan hanya mengikut sahaja arah mereka. Tangan dia masih tidak lepas dari memeluk lengan Puspa. Puspa hanya menggelang sahaja melihat Mustika yang sedang ketakutan itu. Manusia.

Sampai dia disana bersama mereka di sungai. Yang penting bukan sungai yang dia pergi dulu, sungai ini lebih nyaman dan cantik, ada air terjun yang tidak jauh dari mereka.

Tapi yang membuatkan bulu romanya menaik adalah, dia terlihat 3 gadis berpakaian cantik sedang duduk bersimpul di atas batu sambil bermain dengan rambut panjang mengurai mereka. Dia menelan air liur lagi, tah keberapa kali dia menelan air liur hampir kering tekaknya.

“Siapa mereka?” tanya Mustika perlahan sambil menunjukkan arah 3 gadis itu.

Mereka tersenyum manis, “Kalian!” jerit Intan lantang memanggil 3 gadis itu. Terkejut Mustika bila Intan menjerit, sudahlah dekat sahaja dengan telinga dia. Mahu pecah gegendang telinganya.

3 gadis itu memusingkan kepala mereka. Intan melambai tangan teruja kepada mereka.

“Buat apa kalian datang ke sini?” tanya gadis paling hadapan dengan senyum ramah. 3 gadis itu memandang Mustika pelik. Mustika terasa janggal.

“Mustika kenalkan teman kami, ini Anggun, ini Kejora dan ini Anggerik.” Puspa perkenalkan Mustika kepada mereka. Mustika hanya menunduk kepala, malu untuk melihat. Rupa mereka cantik, mempersona jika ada laki-laki yang melalui sungai ini sudah pasti tergoda dengan kecantikan mereka. Adakah mereka yang bernyanyi tadi?

Kejora menarik lengan Intan jauh dari Mustika. “Dia manusiakah? Kenapa kalian bawa dia kemari?” tanya Kejora aneh. Intan hanya tersengih. “Sengaja, biar kalian kenal. Tuanku puteri juga minta kami kenalkan dia pada kalian.” terang Intan tenang. Kejora aneh.

“Kenapa pula, siapa manusia itu?” Sampuk Anggerik yang baru tiba. Intan mengangkat bahu sambil mencebik. “Orang baik.” jawab Intan ringkas. Kejora dan Anggerik berpandangan, terkejut mungkin.
Dalam masa yang sama, Anggun masih tidak lepas memandang Mustika atas bawah.

Mustika tidak tahu mahu membuat apa. Yang lain sudah berbual tinggal dia sahaja yang tidak tahu nak buat apa.

Dia perasan wajah gadis yang melihat dia ini paling cantik antara tiga gadis merduwati ini. Malu dia seketika bila dipandang atas bawah oleh gadis yang berwajah jelita dan anggun ini. Ya kena dengan namanya Anggun.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now